C30

22.4K 572 46
                                    


Zharil memberhentikan keretanya betul-betul di hadapan pintu rumah banglonya. Pintu utama dibuka dengan sangat kasar oleh Zharil. Kaki melangkah masuk dengan terburu-buru mencari kelibat Aish di dalam rumah itu. Semua tempat di tingkat bawah sudah dia jejaki namun bayang Aish langsung tidak dia lihat.

Kini, kakinya laju mendaki naik anak tangga. Dia membuka semua pintu bilik dan arah tuju terakhirnya ialah bilik tidur mereka. Dia membuka pintu itu perlahan dengan perasaan yang takut. Dia takut sekiranya Aish pergi meninggalkannya kali ini. Sedangkan kesalahannya yang sebelum ini pun belum dia mendapat kata maaf, inikan pula kesalahan yang baharu.

"Sayang?" Panggil Zharil lembut.

Panggilannya tidak disahut. Bilik pakaian menjadi arah tujunya. Dia menolak daun pintu itu. Terlihat, masih tersusun rapi pakaian dan barangan Aish. Hatinya sedikit tenang apabila sangkaannya tidak berlaku. Aish tidak meninggalkannya tapi, di mana isterinya pergi?

Katil bersaiz king itu diduduknya. Tangan naik mengurut kepalanya yang sedikit pening. "Where are you Aish?" Katanya sendiri. Dia tidak tahu mahu mencari Aish di mana. Dia menarik nafas panjang sebelum keluhan berat dilepaskan. Dia penat. Hanya satu yang dia ingat sekarang ini. Kepalanya kini bercelaru dengan beban dan yang dia perlukan sekarang ialah minta petunjuk daripada-Nya.

Lantas, Zharil memaksa dirinya untuk bangun masuk ke bilik mandi mengambil wuduk. Lengan baju, dia lipat hingga ke atas sikunya dan melipat seluarnya sedikit bagi memudahkan dia mengambil air sembahyang. Dia keluar dari bilik mandi itu lalu mengambil sejadah yang tergantung rapi. Air sembahyang yang masih belum kering, dibiarkan mengalir dengan sendirinya dari hujung rambut dan wajahnya.

Usai mendirikan solat, kedua tangannya disatukan lalu diangkat. "Ya Rabb, kau kurniakan lah kebaikkan ke atas diriku dan keluargaku. Kau berilah aku kekuatan menghadapi segala ujian yang kau berikan kepada keluarga kecilku. Aku mohon petunjuk daripada-Mu Ya Rabb. Kau tingkatkanlah iman di dada ku yang banyak berbuat kezaliman kepada-Mu dan bidadari syurgaku." Air mata yang jarang sekali keluar dari matanya itu mengalir dengan perlahan ke pipi Zharil. Dia buntu. Fikirannya juga kusut. Dengan siapa lagi dia mahu mengadu selain sang penciptanya sendiri.

"Ya Rabb, kau peganglah hati kami daripada jatuh pada orang yang tidak sepatutnya Ya Rabb. Andai sahaja Engkau mahu menguji aku dengan ujian yang berat, kau berikanlah aku kesabaran yang tinggi agar aku dapat mengawal emosi aku sebelum membuat sesuatu keputusan itu Ya Rabb... Aminn Ya Rabbal A'laminn." Tangan disapu pada wajah bersihnya setelah dia merasa puas. Hatinya kini berasa lebih tenang. Nafas ditarik dalam lalu dihembus perlahan. Beban yang terasa itu, kian menghilang. Dia bangun dari duduknya dan melipat sejadah tadi sebelum digantung semula.

Badan dipusingkan mahu keluar dari bilik tidur mereka. Matanya terbuntang. Dia terkedu apabila pandangannya kini dihiasi dengan wajah bidadari syurganya yang dia cari sejak tadi. Adakah Aish mendengar apa yang dia doakan tadi? Tanpa menunggu lama tubuh kecil Aish, didakapnya erat. Mata juga dipejam dan tanpa dia sedar, air mata yang baru sahaja kering kembali membasahi wajahnya. Sungguh cepat Allah makbulkan doanya.

Aish yang dari tadi berdiri di depan bilik tidur mereka mendengar semua yang Zharil luahkan dan hanya membiarkan tubuhnya berada dalam pelukan hangat Zharil. Dia tahu Zharil sekarang sedang kusut dan buntu.

"Sayang, abang minta maaf. Apa yang sayang nampak tadi bukan macam yang sayang fikirkan. Abang langsung tak sentuh Marissa tapi dia yang sentuh abang tiba-tiba waktu abang sedang lalai. Sayang please, jangan lah pergi jauh dari abang." Zharil menjatuhkan tubuhnya melutut dihadapan Aish. Air mata dibiarkan mengalir dengan bebasnya.

"Abang tak nak jauh dari sayang. Abang dah tak mampu nak berlama-lama jauh dari sayang. Abang dah tak mampu menahan rasa rindu abang pada sayang dan anak kita. Tapi andai sayang masih perlukan masa untuk terima abang, abang redha. Abang akan beri sayang waktu itu."

Dr. Zharil DarrizWhere stories live. Discover now