BAB 2

1.3K 96 0
                                    

AKU pulas tombol pintu bilik yang terletak di tingkat lima blok kolej. Bilik aku kosong. Suis di dinding aku petik menghidupkan kipas siling. Rakan sebilik aku entah hilang ke mana tanpa berita. Keluar mengulangkaji pelajaran di perpustakaan barangkali. Nak-nak musim peperiksaan begini.

Sepanjang tempoh latihan industri, aku membuat keputusan untuk tinggal di kolej sahaja. Memandangkan syarikat tempat aku praktikal pun berdekatan dengan universiti. Jadi tiada masalah untuk aku bergerak pergi dan balik.

Aku baringkan tubuh atas tilam. Automatik senyuman terukir sambil pandang kipas siling. Lain macam rasa bahagia bila dah habis pembentangan. Syukur semuanya dah selesai. Semester hadapan aku kena hadap thesis pula. Tapi hal itu semua tolak tepi dulu. Ada masa lebih kurang dua bulan lagi sebelum menjelang semester baru.

Telefon pintar di atas meja aku capai. Berfikir sejenak, nak telefon ibu semula atau tak. Aku cari nama ibu dalam senarai kenalan. Ikon berwarna hijau aku tekan.

"Assalamualaikum, ibu," sapa aku dari hujung talian.

"Waalaikumussalam, Bunga. Macam mana presentation tadi?"

"Ok je. Mungkin berkat doa ibu kot. Hehe. Ibu dah makan?" Aku dengar suara ibu gelak kecil.

"Ibu baru siap masak. Harini ibu masak sayur kailan goreng dan asam pedas ikan pari. Kegemaran Bunga, kan?"

"Sedapnya! Bunga dengar pun dah terliur." Asam pedas ikan pari masakan ibu memang sedap. Antara makanan kegemaran aku juga sebaris dengan nasi lemak makcik kafe fakulti.

"Baliklah, Bunga. Kita makan sama-sama. Ibu dan ayah rindu. Lama tak tatap muka anak ibu. Lagipun dah nak cuti akhir sem, kan?" Aku jadi sebak bila ibu seperti merayu-rayu untuk aku balik. Bukannya aku saja-saja menolak untuk balik rumah ibu. Cuma...

Ayah. Rindu? Uwek! Aku buat muka menyampah. Bayang muka dia pun aku tak lalu. Jangan sampai makanan yang aku makan tadi keluar semula. Tak pasal-pasal alas cadar ni penuh dengan muntah hijau aku. Bertambah kerja aku nak kena mencuci nanti. Cakaplah aku derhaka atau biadap. Tapi suami ibu tak layak dapat kasih sayang daripada aku. Bukan semua lelaki ada kredibiliti untuk memegang status sebagai bapa.

"Ya, ibu. Nanti Bunga balik, ya." Tak sampai hati nak terus menolak permintaan ibu. Terpaksa juga aku pulang ke rumah ibu nampaknya. Kalau tidak aku nak menginap dimana semasa cuti akhir semester? Nak tinggal di kolej? Sah-sah kena halau keluar. Mana ada orang tinggal di kolej semasa cuti akhir semester.

"Alhamdulillah. Ibu tunggu Bunga balik ni. Apa-apa nanti bagitahu."

"Ok, ibu. Bunga nak mandi dulu ni. Lain kali Bunga telefon lagi. Bye."

"Yelah." Talian dimatikan. Satu keluhan kecil aku lepaskan. Satu demi satu pin tudung yang tersemat di kepala aku buka. Tudung di kepala aku tanggalkan. Dicampak dalam laundry bag. Nak pergi mandi sejukkan diri. Lari dari masalah keluarga walaupun hanya buat sementara waktu.

Usai menyiapkan diri, aku berdiri depan cermin di pintu locker untuk menatap wajah sendiri. Tangan kanan aku bawa ke dahi, memegang bahagian yang terluka tadi. Dah nampak sedikit kebiruan di sekeliling luka tersebut. Tiba-tiba teringat pada plaster yang diberi oleh manusia yang aku tak kenal siapa tadi.

Beg di atas meja belajar aku capai. Tangan aku menyelam dalam isi beg hanya demi sekeping plaster. Jumpa pun! Berhati-hati aku koyakkan sampul yang membaluti plaster. Sebab itu satu-satunya plaster yang aku ada. Dengan bantuan cermin, aku tampal plaster tersebut di bahagian yang terluka. Nampak macam gangster pula bila muka bertampal macam ni.

KHAI'S FLOARE ✓Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora