✿KHAI'S FLOARE✿

3.1K 108 1
                                    

AKIF KHAIZURAN.
Lelaki jambu yang diminati ramai kerana rupa fizikalnya. Wajahnya tak pernah lekang dengan senyuman. Sifat ramah sudah sebati dengan dirinya. Mulutnya suka menabur kata-kata manis sampai semut pun boleh berkerumun. Akibatnya, bermacam-macam khabar angin tentang dia tersebar di fakulti. Buaya darat, perempuan keliling pinggang, playboy.

BUNGA AIYANA.
Seorang perempuan yang anti lelaki kerana kisah lampau hidupnya. Hidupnya separuh hancur dek seorang individu yang tak bertanggungjawab. Disebabkan itu dia hilang kepercayaan kepada lelaki. Namun dia tetap cekal menghadapi kehidupannya walaupun kadangkala diri dia dihimpit trauma masa lalu. Padanya, hidup bukan berpaksikan lelaki. Dia yakin dia boleh berdiri di atas kaki sendiri.

Tapi apakan daya bila takdir menentukan yang dia perlu bertunang dengan lelaki pilihan ibunya, Akif Khaizuran. Lelaki yang tak asing dimata dia meskipun lebih sepuluh tahun mereka tidak bersua muka. Teman sepermainan sewaktu kecil dahulu. Asalnya dia menolak tetapi ibunya berkeras atas alasan demi melindungi anak daranya.

"So, mama, inilah bakal tunang Khai?" -AKIF KHAIZURAN
"Aku pun tak tahu kau bakal tunang aku. Kalau kau tak sebut tadi, entah sampai bila aku tak tahu." -BUNGA AIYANA

Bagaimana penerimaan mereka antara satu sama lain?

"Aku tak sangka kita boleh sampai sejauh ni. Kita bertunang. Tak lama lagi kita akan kahwin." -BUNGA AIYANA
"Aku akan cuba jaga kau macam mana arwah ayah kau jaga kau. Ini jaminan yang aku boleh bagi pada kau." -AKIF KHAIZURAN

Fasa pertunangan sudah tamat tempoh. Kini mereka sedang meniti hari sebagai suami isteri pula. Bagaimana hidup mereka selepas bernikah? Sedangkan sang wanita cukup sensitif dengan sentuhan daripada jantina bertentangan. Manakala sang jejaka sangat gemar dengan sentuhan. Itu satu cara untuk dia tunjukkan kasih sayangnya.

Bila hidup berumah tangga, pastinya banyak pasang surut dan asam garam yang perlu dilalui.

"Don't force yourself into something that you hate. Tidurlah, Bunga. Kita... penat." -AKIF KHAIZURAN

Hakikatnya, mereka tidak saling membenci. Kerana itulah perasaan tidak mahu kehilangan dan sayang hadir antara mereka tanpa dijemput. Cuma bila hati belum cukup pasti, perasaan itu hanya dipendam untuk tidak tahu berapa lama lagi.

Mampukah mereka pertahankan rumah tangga yang dibina bukan atas dasar cinta pada pokok pangkalnya? Yang pastinya, banyak dugaan mendatang yang bakal menguji keteguhan hubungan mereka.

✿✿✿✿✿

Hi, everyone!

Hope you guys enjoy reading this story. I'm sorry for any shortcomings in my writing. The storyline in the early stages might be quiet boring. But I hope it's getting better throughout the story. And there might be full of cringy and cliché scene. Thus, read at your own risk. If you guys love the story, feel free to share with your friends. And yes! Of course you can leave constructive criticism so that I can improve myself.

Thank you for your support!

✿✿✿✿✿

Disclaimer:

This story is purely based on my imaginations and ideas. It did not associate with any living or death. Any similarities would be a mere coincidence. I'm thankful for your support and understanding.

Start : February 2022

End: April 2022

KHAI'S FLOARE ✓Where stories live. Discover now