BAB 29

1.1K 97 0
                                    

SARA dan aku berjalan menuju ke kafe untuk mencari sesuap makanan yang bakal diseludup masuk ke dalam kelas sebentar lagi. Bangun pagi tadi, perut aku masih meragam, rasa tidak selesa. Apa kena entah dengan perut aku ni. Aku tak berselera nak makan tapi aku lapar. Dapat makan satu keping kuih pun cukuplah.

Sebelum bergerak ke fakulti tadi pun aku dah telan Panadol. Harapnya aku dapatlah bertahan hingga jam satu petang nanti. Selepas itu, aku nak balik dan duduk berehat di rumah.

Sedang aku sibuk memasukkan kuih ke dalam plastik, siku aku disondol lembut oleh Sara beberapa kali. "Yana, itu sana tu. Suami kau, kan? Tengoklah tu berkepit dengan perempuan. Boleh pula perempuan tergedik-gedik macam tu. Geli aku!" Sara buat muka menyampah.

Cepat aku mendongakkan kepala dari menunduk memilih kuih-muih. Mata aku tumpukan ke arah yang ditunjuk Sara. Khai dan kumpulan rakannya sedang berjalan menuju ke kafe. Seronok perempuan tu berpaut pada tangan lelaki. Suami aku pula tu! Aku memang pantang tengok orang bukan mahram main pegang-pegang ni.

Cakap tak serupa bikinlah, Bunga. Kau gaduh dengan Khai haritu pun sebab kau bertepuk-tampar dengan Daniel.

Entahlah itu perempuan yang mana pula. Meluat aku tengok aksi manja dia. Nasib baik Khai tepis tangan perempuan tu.

"Sara, baik kau tahan aku sebelum aku pergi serang perempuan tu." Sara pun layan aku dengan memegang kedua belah lengan aku. Aku gelak dalam hati.

Serang? Jauh sekali. Perkara yang sama sekali tak akan berlaku. Mana mungkin aku nak buat onar di sini pada semester akhir aku sebagai pelajar degree. Senario yang cuma mampu bermain di imaginasi aku.

Bagaikan dapat hidu kehadiran aku, sepasang mata cantik Khai memandang tepat ke arah aku. Riak mukanya bertukar gelisah.

"Bu... Bunga! Sayang!" Khai berlari-lari anak mendapatkan aku yang sedang berdiri di kaunter bayaran. Dia capai tangan aku.

Plastik kuih-muih tadi aku serahkan pada Sara. Minta tolong dia bayarkan dulu. Aku minta Sara balik ke kelas dulu tanpa menunggu aku. Sebab aku dah kena heret dengan Khai ke tempat lain.

"Perut kau dah ok ke, sayang? Kenapa kau datang kelas?" Sebelah tangannya mendarat di bahagian abdomen aku.

Namun cepat aku menolak. Tak nak orang lain nampak perbuatan yang tidak sesuai untuk tatapan umum itu. Memanglah aku dan Khai sudah halal. Nak duduk di dalam satu ruangan berdua-duaan pun boleh. Tidur atas katil sama sambil berkongsi bantal pun tiada masalah.

Tapi sekarang kami di fakulti. Risau ada mata yang memandang serong. Nampak tak manis. Bukannya semua orang tahu kami sudah berkahwin. Perkara yang indah biarlah simpan untuk diri sendiri sahaja.

"Bunga, tadi tu... kau jangan salah faham. It's not like what you think, sayang. She's nobody."

"Khai, kelas aku dah nak mula ni. Kita jumpa dekat rumah aje nanti, ok?" Terus aku menapak meninggalkan Khai di situ.

Sakit hati dengan kelakuan yang aku saksikan beberapa minit yang lepas dengan dua mata kepala aku sendiri. Walaupun aku tahu Khai turut rasa tak selesa berdasarkan raut wajahnya. Tak nak buat tuduhan melulu. Apa-apa pun aku kena dengar penjelasan Khai dahulu.

Susah aku nak akui. Tapi aku tak boleh tipu diri aku sendiri. Perasaan ini... aku cemburu. Hati kecilku mula sayangkan Khai, suami aku.

✿✿✿✿✿

ACAP kali aku berulang-alik ke tandas. Perut yang rasa sebu dari semalam akhirnya membuatkan makanan keluar semula melalui tekak. Perit rasanya. Nasib baik aku sudah pulang ke rumah. Selesa sikit nak muntah di mangkuk tandas.

KHAI'S FLOARE ✓Where stories live. Discover now