BAB 43

1.1K 97 3
                                    

TANGAN aku layangkan di depan muka Khai. Tidak berkelip dia memandang aku yang baru tampil di muka pintu bilik. Dari tadi dia tunggu dekat sini ke sambil berdiri? Aku tolak dagu Khai untuk merapatkan rahangnya yang sedikit jatuh. Aku senyum canggung. Khai buat muka macam ni sebab aku cantik atau gaya aku terlebih over?

"Ke... Kenapa kau pandang aku macam tu?" Aku pula yang segan dengan pandangan Khai.

"Nothing. You are serving looks tonight. Isteri aku cantik sangat." Khai senyum manis.

Terasa mukaku membahang bila dipuji sedemikian. Iyalah, mana ada masa aku nak pakai cantik-cantik begini sebelum-sebelum ini. Pergi fakulti pun pakaian ringkas aje. Datang fakulti dengan pegangan nak belajar, bukan nak cari jodoh.

Membulat mata aku tatkala Khai menghulur sejambak bunga ros kepada aku. Flower bouquet yang paling cantik pernah aku terima daripada Khai. "Thank you!" ucapku teruja.

"Glad you like it. Ok. Sekarang kau pusing belakang." Aku pun pusing membelakangkan Khai seiringan dengan arahannya.

Khai menutup mata aku menggunakan satu kain. Dia kata ada surprise untuk aku. Terkial-kial aku berjalan tanpa dapat melihat. Agaknya beginilah hidup orang yang mempunyai kelainan penglihatan.

Tangan aku berpaut erat pada lengan Khai. Demi mengelak diri daripada jatuh terjelepok. Dan kasut tumit tinggi di kaki aku sangatlah tidak membantu untuk aku berjalan dengan seimbang. Lebih parah lagi, sekarang aku rasa aku sedang berjalan atas pasir. Langkahku masih setia mengikut kemana pimpinan Khai pergi.

"Khai, jangan laju sangat. Kalau aku jatuh macam mana?" omelku. Sudahlah aku tak nampak. Baju ni pun menjadi faktor penghalang aku untuk melangkah lebar-lebar. Khai boleh pula melangkah laju. Tak ada sifat bertimbang rasa betul. Buatnya aku tersadung mana-mana batu ke apa.

"Tadi aku offer untuk dukung, kau yang tak nak." Dalam bebelannya, dia tetap perlahankan langkah supaya aku dapat menyaingi dia.

"Tak nak. Segan dekat orang." balasku. Padahal aku tak nampak pun ada orang atau tidak dengan keadaan mata yang berbalut begini. Gelap gelita dunia aku.

Seketika selepas itu, langkah kami mati. Khai meleraikan pautan tangan aku. Dia nak tinggalkan aku ke mana pula ni? Telinga aku dapat menangkap bunyi deru ombak yang menghempas pantai. Tudung aku turut beralun lembut dek bayu malam yang bertiup. Sejuk mencucuk kulit.

"Diri sini diam-diam. Jangan buka mata dulu. Kalau kau buka mata, aku tak kawan seminggu." Itu arahan yang keluar dari mulut Khai. Aku senyum kecil mendengar ugutan tahap budak sekolah rendahnya.

Tangannya sibuk membuka ikatan kain pada kepalaku. Aku masih pegun di satu tempat sebagai seorang yang mendengar arahan.

"Tutup mata, Bunga." pesannya sekali lagi.

Lima saat kemudian...

"Now, dah boleh buka mata."

Aku mengerdip beberapa kali untuk membiasakan mata dengan keadaan sekeliling.

"Happy birthday, sayang." Khai berdiri terpacak bertentangan dengan aku. Sambil memegang kek bersaiz lima inci yang dihiasi lilin. Nombor 23. Dalam tak sedar dah 23 tahun dah umur aku. Tapi...

"Hari ni bukan birthday aku." Mukaku berkerut hairan.

"Ya, tahu. Birthday kau masa minggu final exam nanti. Aku saja nak sambut awal. Takut nanti tak sempat sebab kau busy belajar. Tapi kalau kau nak sambut dua kali pun aku ok. Apa salahnya." Khai menjongket kedua bahunya. Panjang dia memberi penjelasan.

KHAI'S FLOARE ✓Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz