BAB 3

1.1K 80 1
                                    

PEJAM celik, dah menjelang sebulan sejak aku meluangkan masa duduk di kolej tanpa arah tuju. Aku isi masa dengan membaca novel. Kalau rajin sikit aku duduk menghadap laptop, maraton drama. Tapi kebanyakannya aku meluang masa di media sosial. Nani pun dah nak habis menduduki peperiksaan. Dia akan pulang ke kampung dalam dua tiga hari lagi.

Pakaian dan barang-barang aku masih belum berkemas. Baju masih terletak dan tergantung elok dalam locker. Buku pun masih bersusun di rak buku dan meja belajar. Langsung aku tiada mood nak kemas barang. Semakin dekat hari aku nak balik rumah ibu, semakin aku berat hati. Makin aku malas.

Masa yang paling aku tidak nantikan sudah hampir tiba. Namun, aku tahu ada seorang individu yang sangat menantikan kepulangan aku ke rumah. Orang kata rumahku syurgaku tapi perkara itu tak boleh diaplikasikan pada diri aku sepenuhnya. Nak tak nak aku mula juga mengemas. Simpan apa-apa yang patut masuk dalam bagasi.

"Assalamualaikum." Nani beri salam.

"Waalaikumussalam," balasku. Muka dia banyak senyum sebab tadi last paper dia. Siapa je tak gembira. Haha.

"Wah... dah start mengemas nampak? Tak sabar nak balik ke?" tegur Nani bila nampak bagasi aku ternganga luas di atas tilam.

"Biasa-biasa je," jawab aku jujur.

"Lusa kau naik bas pukul berapa?" Ya, aku akan balik naik bas. Pada awalnya aku fikir nak memandu balik ke rumah. Tapi bila aku fikir soal duit, lebih baik aku balik naik bas saja. Duit minyak dan tol saja dah berapa. Kos menaiki bas pun kurang berkali-kali ganda berbanding aku memandu sendiri. Yang paling aku suka, aku boleh lena di dalam bas bertemankan pendingin hawa sejuk. Selagi boleh berjimat, aku akan berjimat. Harapnya kereta Myvi kesayangan aku eloklah sepanjang ditinggalkan berseorangan di kolej nanti.

"Pagi. Pukul 10. So, dalam pukul 9.15 macam tu aku gerak dahlah pergi terminal bas." Aku memang suka ambil bas waktu pagi. Paling-paling pun aku akan sampai ke terminal bas di kawasan perumahan aku pada waktu petang. Tak perlulah ibu memandu pada waktu malam untuk jemput aku nanti. Ibu pula memang jarang memandu waktu malam sebab dia rabun silau.

"Okay. Nice! Malam ni kita kemas barang. Esok kita keluar sama-sama. Amacam?" pelawa Nani. Sesungguhnya, aku lagi suka bila diajak keluar. Duduk saja dalam bilik ni buat apa? Pandang dinding saja memanjang. Sampai aku rasa nak dapat penyakit gila bercakap dengan dinding. Inilah padah bila lambat pulang ke rumah.

"Jom! Lama dah kita tak keluar sekali." Dengan bersemangat aku terima ajakannya.

Malam itu, kami bertungkus lumus mengemas bilik. Aku pasang lagu raya di laptop. Tak tahu orang lain macam mana. Stail aku, aku akan buka lagu raya tiap kali mengemas untuk pulang ke rumah. Baru dapat naikkan semangat untuk mengemas. Kalau tak memang aku lagi seronok baring atas katil sambil main telefon pintar.

Sekali-sekala kami berkaraoke ikut menyanyi lagu-lagu yang dimainkan. Baju-baju yang ada aku sumbat dalam bagasi sampai penuh. Walaupun dari gayanya nampak macam tak boleh nak dizip, aku usahakan juga sampai mulut bagasi terkatup rapat. Aku duduk atas bagasi dan bagasi berjaya dizip dengan jayanya. Kita buat dia!

Buku-buku sudah siap aku masukkan ke dalam kotak. Dah alang-alang esok nak keluar dengan Nani, aku nak singgah ke rumah sewa Sara sekejap. Nak tumpang letak kotak buku dan beberapa barang di rumah sewa dia. Malas aku nak angkut bawa balik sebab semester depan aku akan guna semula buat rujukan.

Sara dah balik Pinang dulu. Aku je yang gatal nak tinggal di kolej walhal pembentangan laporan praktikal dah habis lama. Tapi dia dah maklumkan pada rakan serumah dia yang aku akan datang sebagai tetamu tak diundang. Mujur ada beberapa rakan serumah Sara yang masih belum balik untuk cuti akhir semester.

KHAI'S FLOARE ✓Donde viven las historias. Descúbrelo ahora