BAB 22

1.1K 78 2
                                    

KAMI menapak ke kawasan parkir kereta fakulti. Aku masuk ke dalam kereta bahagian penumpang. Sempat aku memandang langit di luar. Cuaca hari ini agak terik. Berpeluh jugalah badan lepas berjalan dari fakulti ke tempat parkir. Kerusi kereta Khai pun terasa panasnya macam boleh membakar lemak di punggung.

"Daniel bisik apa tadi dekat kau?" Ya, aku memang suka jaga tepi kain orang. Disebabkan aku saksi semasa mereka berbisik tadi, aku berkeras juga nak tahu konteksnya. Kot-kot mereka berdua mengumpat pasal aku.

"Sibuk aje nak tau." Khai menurunkan suhu pendingin hawa keretanya sambil mengibas-ngibas baju.

"Cakaplah, Khai! Korang mengumpat aku, eh?"

"Congratulations, bro. Jaga crush aku baik-baik." Khai mengajuk kembali kata-kata Daniel dengan nada mengejek.

"Daniel cakap macam tu? Hmm, ok."

"Ok? Really, Bunga? Macam tu aje respon kau?"

"Habistu? Nak suruh aku melonjak girang macam kanak-kanak ribena ke, Khai?" tanyaku berseloroh.

Ingat aku tak laku sangat ke? Bukan nak berlagak tapi hampir satu kelas tahu. Cerita lama semua tu. Tak ada masa nak layan lelaki. Daniel cuma kawan aku.

"Dengan cermin mata besar macam ni pun ada orang nak dekat kau?" perli Khai.

Aku singsing lengan baju. Badan aku pusing menghadap Khai. Tak boleh berdiam diri sebab ini dah masuk kategori menghina. "Cermin mata besar inilah yang banyak berjasa sepanjang aku hidup tau. Jangan berani-berani kau kutuk dia. Ingat kau aje ke yang ramai peminat?"

Lagipun, dia tak sedar ke yang perempuan cermin mata besar ni isteri dia? Kenapalah aku tak simpan cermin mata ini tadi. Haih...

"Well... I'm pretty hot though. That's why Daniel fell for me, I guess." Bukan main tinggi aku junjung diri sendiri. Bagus. Keyakinan sebegini yang aku mahukan dalam diri sendiri dan setiap wanita lain. Cermin mata aku buka dan simpan di dalam bekas yang sepatutnya.

Khai mencondongkan badannya ke arah aku tiba-tiba. Tanpa sebarang mukadimah. Membuatkan aku tersandar rapat dengan pintu kereta. Mukanya terlalu dekat sampai aku dapat lihat dengan jelas bentuk anak mata hitamnya. Matanya meliar menjamu setiap sudut wajah aku. Meresahkan jiwa dan raga aku.

Aku menutup muka dengan sebelah tangan. Hanya tinggal bahagian mata ke atas terbuka untuk ditatap Khai. Dapat aku rasakan darah berdesup laju naik ke kepala. Keyakinan aku yang tinggi melangit tadi terus jatuh menjunam pada kadar kelajuan tahi bintang menyembah bumi.

"You're not lying though. You're hot enough." Dalam nada suara Khai tatkala menutur bicara. Bersama senyuman senget. Seksi?

"Khai... Jauh sikit." Tangan aku menahan bahu Khai supaya dia tak datang menghampiri aku dengan lebih dekat. Turun naik dada aku mengawal pernafasan.

Khai tegakkan tubuhnya kembali bila dia mengesan aku mula tidak selesa. Aku keliru. Nafasku jadi tidak teratur kerana gementar dengan perbuatan Khai atau sebab aku takut dengan lelaki?

"Kita pergi makan cendol dan rojak, boleh?" tanya Khai setelah aku tampil tenang.

"Boleh," jawabku tak cerewet. Panas-panas macam ini kalau lalukan tekak dengan air sejuk, sangatlah menyelerakan.

"Kelas kau dah habis?" soalku buat topik berbual. Tak adalah sunyi sepi kereta ni sepanjang perjalanan.

"Belum. Petang nanti ada kelas lagi."

"Dekat rumah kau makan macam mana? Kau masak atau beli makanan dari luar?" Aku buat tinjauan gaya kehidupan Khai. Bolehlah aku bersedia apa-apa yang patut.

KHAI'S FLOARE ✓Where stories live. Discover now