BAB 37

1.1K 84 0
                                    

KAMI kembali ke rumah sendiri selepas menghadapi hari-hari yang penuh dengan pancaroba. Berbaki lagi beberapa hari lagi untuk cuti pertengahan semester. Aku dan Khai sibuk menyiapkan tugasan universiti di bilik masing-masing.

Argh! Aku menjerit sekuat hati. Nasiblah kepada jiran-jiran yang tiba-tiba terdengar jeritan aku. Sepuluh jari aku susun memohon ampun. Terkinja-kinja aku melompat di atas katil.

"Khai!" Rasa nak terkeluar anak tekak aku menjerit nama dia. Tapi tak juga sampai-sampai. Mana pula laki aku ni pergi?

Disebabkan hero yang aku tunggu tak sampai-sampai, aku pergi ketuk pintu bilik Khai. Keadaan sangat terdesak sekarang.

"Khai! Bukalah pintu ni!" Aku kuatkan sedikit ketukan di pintu. Kali ini berserta dengan suara. Namun, masih juga tiada seruan.

Tangan aku menghampiri tombol pintu biliknya. Memberanikan diri untuk memulas. Lagi seinci tangan aku nak capai tombol pintu, tiba-tiba bunyi pintu berkeriut perlahan dibuka dari dalam. Terkejut aku.

Wajah Khai jelas terpampang depan muka aku. Khai hanya menjongketkan kening tebalnya. Hairan kenapa aku berada di sini.

"Kau tengah buat apa? Banyak kali aku panggil tau!" Geram pula.

"Sorry, sayang. Aku tengah buat asssignment sambil dengar lagu pakai earphone tadi." Kuat gila dia pasang lagu sampai tak dengar aku panggil.

Khai memegang kedua belah bahu aku dan digoncang lembut. "Kau kenapa ni? Muka kau macam baru lepas nampak hantu."

"Ada lipas dalam bilik aku. Dahlah dia main terbang-terbang pula tu! Tolong bunuh dia." Badanku menggeliat geli. Tangan Khai aku tarik-tarik supaya dia cepat bertindak. Aku nak buat assignment pun tak senang.

"Hahaha. Ya Allah, sayang. Mana lipas tu? Sekejap aku pergi ambil penyembur lipas." Khai berlalu ke dapur mencari medium untuk membunuh makhluk coklat yang dah kacau ketenteraman hidup aku tadi. Walaupun saiznya berganda-ganda lebih kecil daripada aku, tetap membuatkan aku geli-geleman.

Aku tunggu di luar bilik dan melihat dari jarak yang agak jauh. Biarkan Khai berjuang seorang diri di dalam bilik aku.

"Done! Settle!"

"Mana lipas tu?" Selagi aku tak nampak mayat lipas tu, selagi itu aku tak nak jejak masuk dalam bilik aku. Khai menuding jarinya ke hujung sudut bilik. Lipas tadi dah selamat terbaring di belakang badannya. Sedang berada di hujung riwayatnya, tidak berdaya.

Kemudian, Khai menghamparkan badannya atas katil aku. "Fuh! Penat lepas bergaduh dengan lipas. Lama aku tak duduk dalam bilik ni." Dia berguling-guling pula atas katil aku.

"Khai! Bersepah dah cadar aku. Penat aku kemas. Nanti kemas semula, eh." Bahunya aku tepuk sekali. Aku kembali duduk di meja untuk meneruskan kerja setelah yakin lipas itu tak akan merayau lagi. Ekor mataku menangkap susuk Khai keluar dari bilik aku.

Beberapa minit selepas itu, dia kembali bersama buku-buku dan bahan rujukan lain. "Kenapa datang sini semula?" tanyaku hairan.

"Saja. Kotlah ada adik-beradik lipas lain yang muncul. So, aku boleh selamatkan kau." katanya seraya meniarap di atas katil aku.

Aku hanya membiarkan Khai. Suka hatilah dia nak buat apa. Lagipun bilik ini kan bilik lama dia. Asalkan dia tak mengganggu aku...

Pap! Ada sesuatu yang mendarat di kepala aku. Nak kata cicak, bukan. Aku pandang bawah, ada gumpalan kertas yang sedang bergolek atas lantai. Ada tangan nakal yang sengaja cari pasal dengan aku.

KHAI'S FLOARE ✓Where stories live. Discover now