BAB 39

1.1K 101 3
                                    

"SIR, saya harap ini kali terakhir saya jumpa sir untuk pembetulan thesis saya ni." gurauku. Tapi hati kecilku betul menginginkan itu. Aku dah penat nak duduk menghadap benda sama. Bosan pun ya juga.

"Eh, awak ni. Saya ni nak tolong awak untuk dapat A+ untuk thesis awak. Kalau awak tak nak, tak apa. Saya tak cek dah thesis awak lepas ni." Sir Saiful pula berseloroh.

"Jangan macam tu, sir. Gurau pun tak boleh." Cepat-cepat aku betulkan keadaan. Buatnya Sir Saiful berdendam dengan aku, lepas tu bagi aku markah rendah. Minta dijauhkan. Aku buat thesis ni bukannya sehari dua. Makan masa setahun juga prosesnya.

Sir Saiful berpeluk tubuh sambil bersandar di kerusinya. "Tahu takut. Tapi setakat ni thesis awak ok dah. Cuma kena perbaiki sikit aje lagi ni. Then, dah boleh submit. Tinggal doa yang baik-baik aje."

Mujur Sir Saiful merangkap supervisor thesis aku ni mesra pelajar orangnya. Pensyarahnya agak muda. Aku kira umurnya mungkin masih diawal 30-an. Jadi, tidaklah aku rasa tertekan bila berada di bawah didikan dia.

"Ok, sir. Terima kasih. Saya balik dulu, ya? Busy ni. Assalamualaikum." Aku senyum seraya meninggalkan bilik Sir Saiful.

Ok. Satu tugas dah langsai. Sekarang aku dah boleh bergerak ke hospital. Dari semalam aku asyik terfikir akan keadaan Khai. Tadi mama ada menelefon aku pada awal pagi. Katanya mama akan bertolak selepas waktu Subuh. Namun aku kurang pasti pukul berapa. Aku hanya mengiyakan, sabar menanti kehadiran mama.

Sebelum ke hospital, aku perlu singgah ke rumah dulu. Nak kemas pakaian Khai untuk dibawa ke hospital. Silap sebab aku tak berfikir panjang untuk bawa sekali gus barang keperluan Khai tadi. Sekarang ni aku yang susah sendiri sebab perlu berpatah balik ke rumah.

Pintu hospital aku tolak perlahan supaya tidak mengganggu sesiapa. Muka mama adalah wajah pertama yang aku nampak sebaik saja pintu dibuka. Lega bila mama ada di sini. Aku angkat kening kepada mama yang sedang duduk di kerusi. "Assalamualaikum, mama."

Tangan mama aku raih untuk disalam. Baru saja bertemu dengan mama sewaktu cuti pertengahan semester tempoh hari. Tak sangka pertemuan seterusnya di tempat begini. Di hospital.

"Waalaikumussalam. Khai tengah tidur. Baru lepas makan ubat tadi. Bunga dari universiti, ya?" tanya mama. Kami berborak dengan suara separa berbisik.

"Ha'ah. Jumpa lecturer tadi di fakulti. Lepas tu Bunga singgah rumah ambil barang-barang Khai." Aku tayang kepada mama satu beg yang berisi barang-barang Khai.

"Jom, kita borak dekat luar kejap." pelawa mama.

Tak nak mengganggu waktu rehat Khai barangkali. Mama mendahului langkahku keluar dari bilik wad persendirian itu. Aku meletakkan beg baju di kerusi sebelum patuh membuntuti mama. Kami duduk bersebelahan di kerusi menunggu di luar bilik wad.

"Mama dah lama sampai? Seorang aje ke?" Aku mulakan perbualan.

"Ya, seorang aje. Mula-mula Kak Teha nak ikut, temankan mama. Tapi risau Alya meragam pula. Adalah dalam sejam lepas mama sampai sini."

"Mama stay sini berapa lama?"

"Tengoklah nanti macam mana. Mama tak fikir lagi nak bermalam di mana. Kalau tak pun malam nanti mama gerak pulanglah."

"Eh, apa mama cakap macam tu. Rumah yang Bunga duduk sekarang pun rumah mama, kan. Mama bermalam di situ ajelah. Mama mesti penat drive dari jauh." Aku pelawa mama untuk tidur di rumah kami. Kalau mama bertolak dari sini pada malam hari, sampai di rumah mama sudah tentu awal pagi.

KHAI'S FLOARE ✓Where stories live. Discover now