BAB 25

1.1K 82 0
                                    

BERMULALAH aktiviti kami sekumpulan berkampung di fakulti. Kami berkumpul di perpustakaan seawal jam sepuluh pagi. Demi menyiapkan tugasan yang perlu dihantar pada minggu ini juga. Tapi ada juga yang datang lewat tanpa muka bersalah. Janji Melayu betul.

Selepas solat Maghrib, aku dan ahli kumpulan yang lain masih berada di fakulti. Sambung siapkan tugasan. Hari ini kita pulun sampai siap. Terdetik di fikiran aku untuk menghantar pesanan kepada Khai. Rasanya lambat lagi aku nak balik. Sebab selepas ini kami nak praktis untuk pembentangan pula.

Telefon pintar di dalam beg aku ambil. Menaip sesuatu untuk Khai.

Khai, sorry. Mungkin aku balik lambat. Kau tak payah tunggu aku, ok.

"Yana, kalau aku calonkan kau untuk buat presentation minggu depan, boleh?" Tira beri cadangan kepada aku.

"Hah? Aku seorang ke?" Terkejut juga kalau aku seorang yang perlu berdiri di hadapan khalayak ramai.

"Tidaklah kau seorang. Dr. nak dua orang presenter je, kan? So, siapa lagi seorang volunteer nak teman Yana?"

Aku menyinggung siku Izzah di sebelah. "Izzah, jom teman aku." Aku angkat kening pada Izzah. Terpinga-pinga bila nama dia tiba-tiba dipetik. Kemudian dia angguk setuju.

Best apa jadi presenter. Tak perlulah aku bersusah payah nak jawab Q&A daripada rakan sekelas dan pensyarah. Untuk kelas Dr. Ain memang begitu syaratnya. Siapa yang tak buat pembentangan di depan, mereka perlu jawab soalan. Dengan cara itu, dia akan tahu bahawa pelajar faham atau tidak dengan konsep yang kami sudah pelajari.

"Geng, pukul 11 lebih dah ni. Rasanya semua dah settle, kan? Tinggal bahagian presentation aje. Nanti kita bincang dekat Google Meet pun boleh. Jom balik. Kesian Izzah. Kolej ada curfew. Tak boleh balik lepas pukul 12. Kau nak suruh Izzah panjat pagar ke?" suaraku.

Aku cukup tahu peraturan kolej memandangkan aku pun pernah duduk di situ. Pelajar tidak dibenarkan pulang selepas pukul 12. Selepas pukul 12, pagar akan ditutup. Dan akan ada segelintir pelajar membuat aksi panjat pagar.

Sepanjang aku belajar di universiti, belum pernah lagi aku buat kerja gila pergi panjat pagar nak masuk kolej.

"Oklah kalau macam tu. Jom, balik. Izzah dan Yana balik naik kereta akulah," tawar Daniel. Sebab Sara, Tira dan Mas sah-sah naik satu kereta. Tak muat kalau nak sumbat aku dan Izzah dalam kereta itu juga.

Balik daripada menghantar Izzah ke kolej, Daniel menuju ke apartment tempat aku tinggal pula. Kebetulan Daniel juga menyewa di situ. Tak adalah aku rasa bersalah sangat sebab tumpang dia kerana kami sehaluan.

Kelibat Khai yang mundar-mandir bersama telefon pintar di tangan menerpa deria penglihatan aku. Serta-merta dia berhenti bila nampak aku yang baru masuk ke dalam rumah. Macam baru lepas nampak jembalang.

"Khai, kau tak tidur lagi?" sapaku dengan senyuman.

Senyumanku tidak dibalas. Dan senyuman aku turut mati. Sepertinya ada sesuatu yang tak kena.

"Pergi mana? Kenapa balik lambat? Kau tengok jam tak, Bunga Aiyana? Dah dekat pukul 12 malam." Khai sebut nama panjang aku. Nada suaranya serius. Aku kena marah ke sekarang ni? Automatik kedua tangan aku dibawa kehadapan. Menggenggam erat antara satu sama lain.

"Buat assignment. Aku dah bagitahu kau kan yang aku akan balik lambat?"

"Kau tak ada bagitahu aku apa-apa pun, Bunga. Aku call kau banyak kali. Tak angkat. Whatsapp pun kau tak reply. Phone tu buat apa? Buang jelah!"

KHAI'S FLOARE ✓जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें