BAB 34

1K 87 1
                                    

DRESS panjang bercorak abstrak siap aku sarungkan di badan dan dipadankan dengan selendang berwarna nude. Beg tangan pula aku sangkut di bahu. Bersedia untuk berjalan keluar bersama Khai. Baru celik mata daripada tidur tadi, Khai sudah mengajak aku keluar makan angin.

Tilam tempat aku tidur terasa dihenyak-henyak dek pergerakan seseorang. Aku terjaga bila rasa tidurku diganggu.

"Morning, sayang." Khai meniarap di sebelah aku yang masih terbaring di atas katil. Dagunya ditongkat dengan tangan sambil memandang aku.

"Bangunlah. Jom, kita jalan-jalan."

Terpinga-pinga aku bila dengar ajakannya. "Pukul berapa sekarang ni?" Aku mengintai celah langsir yang ditiup angin dengan mata yang sipi-sipi terbuka. Langit nampak masih redup. Belum banyak cahaya matahari yang menyimbah bumi. Macam masih awal lagi aje. Biar betul suami aku ni?

"Lagi 15 minit nak pukul lapan." Khai menyelak rambutku yang menutup muka.

"Awal lagi, Khai. Kejap lagi kita keluarlah. Kasilah aku tidur lagi. Please..." rengekku. Aku menguap sekali. Suami aku ni tak kasi chance langsung untuk aku tidur lajak waktu semasa aku datang bulan. Masa inilah aku nak menikmati tidur sungguh-sungguh.

Sepanjang perbualan kami, mata aku masih tertutup rapat. Buat-buat pekak dengan suara Khai. Dengar bagai angin lalu saja.

"Oh, ok. Fine. Kalau tak nak bangun aku cium kau. Sampai kau bangun, Bunga. 1... 2... 3!" Eee... Dia main hitung nombor pula. Dalam hati aku sudah dup dap dup dap.

Tangan aku bergerak pantas memenyekkan pipi Khai sehingga bibirnya membentuk muncung persis ikan buntal. Sebelum bibirnya menyentuh kulit muka aku, lebih baik aku halang dahulu.

"Ok, Akif Khaizuran. Aku akan bangun. Tapi lepas kau mandi. Janji. Nanti lepas kau mandi, kau kejutkan aku semula. Ok, sayang?" Harap umpan dengan perkataan sayang ini berjayalah mengail hati Khai.

"Nasib baik panggil aku sayang. Hmm...Yelah. Sambunglah tidur sana." Khai menunaikan permintaan aku. Langsung dia bergerak ke kamar mandi untuk bersiap-siap. Dapatlah aku lena untuk beberapa minit lagi selepas itu.

Suami aku ni ada saja ideanya hendak berjalan kemana-mana. Memang sejenis manusia yang kaki tak reti nak duduk diam di rumah. Sangat kontra dengan aku yang lebih suka terperuk di dalam bilik.

Berhati-hati aku meniti turun anak tangga bersama dress panjang yang menyeret lantai. Kainnya aku angkat sedikit, risau kalau tersadung. Maka aku tergolek ke bawah. Imaginasi aku ni kadang-kadang setinggi langit ke tujuh.

Hendak mendapatkan Khai secepat yang mungkin. Tak nak dia menunggu lama. Kerana tadi dia sudah turun ke bawah beberapa minit awal tanpa aku.

Langkahku terhenti seketika waktu di tengah-tengah tangga. Khai sedang duduk berbual bersama ibu dan ayah di meja makan. Masing-masing menikmati karipap yang ibu goreng tadi. Gambaran di meja makan itu sama seperti semalam. Semasa kami duduk makan malam sekeluarga.

Suami ibu elok berbual dengan Khai seperti tiada apa-apa yang berlaku semalam. Menyampah bila dia cuba beramah mesra dengan suami aku. Plastik. Hipokrit. Berlakon mengalahkan pelakon paling popular di belakang lensa kamera.

"Bunga, sini makan kuih sebelum keluar. Sarapan dulu buat alas perut," teguran ibu menyedarkan aku daripada lamunan.

Aku terima pelawaan ibu dan duduk di samping Khai. Jamahlah sedikit sebab ibu sudah penat-penat menyediakan makanan. Semasa berjalan menuju ke meja makan tadi, aku sempat berselisih dengan ayah yang ingin menuju ke tingkat atas. Selebihnya, aku malas nak ambil tahu.

KHAI'S FLOARE ✓Where stories live. Discover now