BAB 41

1.1K 89 0
                                    

TERJAGA saja daripada tidur, hampir aku terkena serangan jantung. Jelas terpampang muka Khai depan mata aku. Lekas tangan aku mengurut dada. Lagilah dalam suasana yang gelap macam ni. Aku ingat ada 'gula-gula' tumpang tidur atas katil aku. Lepas kena sound sedas dengan mama tempoh hari, kami membuat keputusan untuk mula tidur sebilik. Agak canggung sebab tak biasa. Tapi tak juga tak biasa.

Dalam cahaya yang samar-samar, aku ambil peluang untuk tatap wajah Khai sekejap. Tidur pun masih nampak handsome. Rambut hitam menutup dahinya aku selak ke tepi untuk mendapatkan pemandangan yang lebih indah. Semalam lelaki ini datang ke bilik aku sambil memeluk bantal. Tanpa salam dan segan silu, terus dia landing atas tilam aku. Sudah menjadi rutin harian dia.

Ceria hari-hariku bila ditemani Khai. Entahlah kenapa bila ada Khai, aura rumah ni jadi berbeza. Pakai jampi apa entah Khai ni. Kalaulah Khai tahu yang aku asyik menangis aje semasa ketiadaan dia di rumah. Ingat lagi sewaktu aku kemas barang-barang keperluan Khai untuk dibawa ke hospital. Masa itu pun air mata aku murah semacam. Asyik nak mengalir aje tanpa notis.

Cepat-cepat aku kalihkan pandangan bila Khai melakukan pergerakan kecil dan seterusnya membuka mata. "Sayang... Pukul berapa dah?"

Aku capai telefon pintar di meja kecil sebelah katil. Sibuk sangat tengok suami sendiri sampai tak sempat nak tengok jam. "Pukul 6 dah."

"Nak solat Subuh berjemaah?" soal Khai dengan suara baru bangun tidurnya.

"Boleh."

Usai solat Subuh, aku memulakan tugas di dapur. Hari ni hanya menu ringkas yang bakal aku hidangkan. Roti telur. Kadang-kadang aku habis idea nak sediakan apa untuk sarapan. Kalau buntu sangat, Khai akan ajak akau makan sarapan di luar.

Roti telur di atas kuali tidak lekat itu aku balik-balikkan supaya masak sama rata di kedua belah permukaan. Seronok aku menyanyi perlahan sambil memasak sehinggalah ada tangan yang melilit pinggang aku. Terkejut aku! Suka sangat datang tanpa salam. Selamat senduk di tangan aku tak melayang kena muka Khai.

Dagunya direhatkan di bahu aku. Sepantas kilat dia cium pipi kiri aku dengan selambanya. "Kau masak apa, sayang?"

"Roti telur." Sekeping roti telur yang sudah beransur sejuk aku suap ke dalam mulut Khai. Reda dia mengunyah makanan yang aku hulur tadi.

"Khai, lepas makan jangan lupa makan ubat, ok." bicaraku berbaur arahan. Tiap kali aku tak ingatkan, tiap kali jugalah dia lupa tanggungjawabnya yang satu itu.

Macam biasa tangan Khai aku salam sebelum berpisah. Hari ni dia peluk aku extra untuk beberapa saat. Dan Khai kucup dahi aku. Semalam dia cium kedua belah pipi aku. Hari ni dia cium dahi aku pula. Ikut mood dia nak cium aku di bahagian mana.

"Nanti petang balik sekali dengan aku. Bye, sayang. Take care." Dia mengusap kepala aku sebelum berlalu pergi bersama senyumannya yang manis seperti gula. Sangat mencairkan hati aku.

Lepas Khai bergerak ke fakulti, giliran aku pula untuk bersiap-siap. Rasanya hari ni aku akan ke fakulti dengan GrabCar ajelah. Saja nak tolong mereka cari rezeki waktu pagi-pagi begini.

✿✿✿✿✿

TERASA seperti anak orang-orang kaya ya bila ada orang jemput depan pintu begini. Bezanya yang jemput aku ni driver tidak berbayar. Belum keluar dari pintu kelas, aku dah nampak bayang Khai terpacak depan kelas menunggu aku. Sedang bersandar di dinding bersama tangannya yang diseluk di dalam poket seluar. Aku dan Khai saling membalas senyuman apabila bersua mata. Seiringan itu dia meraih jari-jemari aku. Buku yang berada pada tangan juga Khai yang tolong pegangkan.

KHAI'S FLOARE ✓Where stories live. Discover now