BAB 45

1.3K 89 7
                                    

TAMAT pengajian. Aku dan Khai pulang ke negeri kelahiran seperti yang dihajatkan mama. Supaya Khai sentiasa berada dekat dengannya. Setelah pemergian Uncle Bakri secara mendadak, sekarang kami menetap di rumah ibu. Aku fikir, ibu perlukan aku bila suaminya sudah tiada. Tempoh yang sukar untuk ibu lalui. Sama seperti dulu, sewaktu ibu dan aku kehilangan kasih sayang ayah.

Sudah hampir dua bulan kami menetap di sini. Mujur Khai bersetuju bila aku menyuarakan hasrat untuk tinggal dengan ibu. Untuk berada di sisi ibu. Kini aku boleh duduk di rumah ibu dengan perasaan yang tenang.

"Ibu pergi dulu, ya? Hati-hati duduk rumah. Jaga makan minum suami kamu tu." Itulah pesan ibu tadi sebelum dia dan adik-adik bertolak ke kampung. Kampung suami ibu. Ada hal yang perlu diuruskan katanya dan akan tinggal di sana untuk dua ke tiga hari.

"Ya, ibu. Hati-hati memandu." Seperti biasa, aku hanya menurut. Mengangguk setiap pada kata ibu.

Ibu menayang senyum. Terus kuat demi anak-anaknya. Ada masa aku akan menolong ibu menyiapkan pesanan kuih. Sekarang perniagaan ibu makin maju sampaikan dia tak cukup tangan. Gigih ibu bekerja demi adik-adik.

"Lagi satu, ini paling penting. Tolong jaga cucu ibu dalam perut tu elok-elok." pesan ibu lagi.

Ibulah orang yang paling teruja dengan perkhabaran itu. Mengalahkan aku. Spontan tangan aku naik mengusap bahagian perutku. 11 minggu sudah usia kandunganku. Aku juga baru tahu kewujudannya. Belum pun sempat aku beritahu Khai.

Pada mulanya aku fikir tempoh datang bulan aku tidak teratur kerana stress belajar. Maklumlah... Hari tu aku sibuk belajar untuk peperiksaan akhir tahun. Semuanya jadi cacamarba. Jadi aku tak ambil peduli sangat.

Beberapa hari lepas baru aku mengadu kepada ibu tentang hal itu. Setelah mendapatkan khidmat nasihat daripada ibu, aku pun membuat keputusan untuk membuat pemeriksaan. Begitulah ceritanya bagaimana aku tahu ada nyawa lain yang sedang menumpang dalam rahim aku. Susah untuk aku percaya tapi itulah hakikatnya. Aku dah besar.

Setelah pacuan empat roda ibu beredar, aku masuk semula ke dalam rumah. Tinggal aku sendiri di dalam rumah yang agak besar ini. Khai awal pagi lagi dia sudah keluar rumah. Ada janji temu kerja di sebuah syarikat. Perjalanan hidup selepas tamat belajar.

Aku? Adalah aku hantar resume ke beberapa syarikat yang menawarkan jawatan kosong. Tapi masih belum punya rezeki untuk dipanggil oleh mana-mana organisasi. Jadi, buat masa sekarang aku cuma menjalankan tanggungjawab sebagai suri rumah separuh masa. Mengurus rumah dan makan pakai Khai.

Aku menghayun langkah menuju ke dapur untuk siapkan makan malam Khai. Ada perut yang harus aku jaga. Lambat pula dia pulang ke rumah hari ni. Telefon pintar aku juga senyap tidak berbunyi. Tiada sebarang pesanan daripada Khai. Pesanan daripada aku juga dibiarkan tidak dibalas. Pelik dengan tindak-tanduk Khai sejak dua menjak ini.

Siap masak untuk makan malam, aku naik ke bilik dulu untuk solat asar. Selepas solat baru aku kembali ke tingkat bawah. Nak siapkan apa yang patut. Namun, gerangan Khai yang sedang duduk di sofa ruang tamu menarik perhatian aku. Kepalanya elok bersandar di kepala sofa. Jari jemarinya pula sibuk memicit pelipis sendiri. Persis orang yang banyak masalah.

"Khai, bila balik?" Terus dia mengangkat kepala saat mendengar suara aku menyapa.

"Baru aje." Senyumannya nampak tawar. Wajah itu tak seceria dulu.

Aku datang duduk di sebelah Khai di atas sofa. "Kau ok tak? Nak aku picitkan kepala?" Aku tepuk paha sendiri, mempelawa Khai supaya baring di situ.

Khai melepaskan keluhan dan bersedia untuk bangun dari sofa.

KHAI'S FLOARE ✓Where stories live. Discover now