Bab 1

244K 9.1K 2.2K
                                    

Kem Sri Iskandar, Johor

"Tuan!" 10 orang prebet yang sedang membuat latihan larian segera berhenti untuk menghormat orang atasan mereka.

Thariq hanya menganggukkan kepalanya apabila ditegur oleh prebet-prebet itu, sebelum dia kembali berjalan kearah lapang sasar tempat dimana latihan menembak dijalankan.

"Woi! termenung!" Tegur Emir Aiman apabila melihat sahabatnya yang termenung kearah anggota-anggota yang sedang berlatih.

"Assalammualaikum" perli Thariq Ridzuwan sambil menjeling kearah Aiman.

"Hehe, waalaikummussalam warrahmatullah hiwabarakatuh Leftenan Thariq Ridzuwan jejaka kegilaan para gadis" penuh syahdu Aiman menjawab salam.

"Kau kenapa termenung sini, ada masalah ke?" Soal Aiman yang berdiri di sebelah sahabatnya. Tangan diletakkan di atas bahu kanan Thariq.

"Entahlah, ibu aku tak habis-habis tanya bila nak kahwin, dia siap offer nak tolong carilan isteri lagi untuk aku" Thariq memejamkan matanya seketika.

"Tak habis lagi pasal kahwin?, ibu kau ni memang tak rilek nak menantu dari kau, apakata kau cepat-cepat bawa balik menantu dekat ibu kau" kata Aiman sebelum melepaskan ketawa.

"Masalahnya mana aku nak cekau perempuan buat jadi isteri, takkanlah aku nak main rembat je perempuan tepi jalan, agak-agaklah kau pun" balas Thariq Ridzuwan lagi.

"So, maknanya kau nak cari perempuan yang kau dah kenal? Kau taknak perempuan express macam tu?" Soal Aiman.

Thariq Ridzuwan terdiam sebentar sebelum perlahan-lahan menganggukkan kepalanya.

"Aku nak perempuan yang faham kerja aku, yang faham aku, kau tahukan skop tugas kita macam mana? Lagi-lagi kalau ada ops mengejut" tak semua perempuan mampu hidup dengan tentera seperti mereka.

Aiman hanya tersenyum simpul sebelum menggelengkan kepalanya.

"Kau dah dapat perempuan tu, tapi kau je tak sedar" kata Emir Aiman tanpa memandang wajah Thariq Ridzuwan
Mata tajam memerhati prebet-prebet yang berlari di tepi lapang sasar itu.

"Apa maksud kau?"

"Husniya" balas Aiman sepatah.

Thariq Ridzuwan terdiam mendengar sebaris nama itu.

'Husniya Radwa' bekas kekasihnya.

Tidak dinafikan, Husniya Radwa merupakan seorang gadis yang sangat memahami dirinya.

Padanya, gadis itu agak kasar dan garang jika nak dibandingkan dengan gadis-gadis lain.

Hubungan mereka terputus sebaik sahaja dia tamat latihan asas komando, namun itu semua berpunca dari dirinya sendiri.

Husniya Radwa banyak membantu dan memberi sokongan kepada dirinya semasa kali pertama dia menjejakkan kaki ke dalam kem tentera. Susah senangnya sentiasa ditemani gadis itu.

Gadis itu juga tidak pernah merungut atau mengatakan tidak kepadanya setiap kali dia meminta tolong atau meluahkan masalahnya kepada Husniya.

Tetapi semakin lama, dia mula mengambil kesempatan di atas kebaikan gadis itu, darah panas sepertinya sukar untuk dikawal, dalam diam dia menjalinkan hubungan dengan salah seorang tentera wanita yang menjadi kerani di kem itu.

Semuanya terbongkar apabila gadis itu memberitahu Husniya Radwa.

Sekarang dia seperti gila bayang dengan gadis itu.
Jujur dia katakan, dia merindui Husniya Radwa, gadis yang sentiasa ceria, dia rindukan senyuman manis gadis itu dan mulutnya yang tidak berhenti bercakap.

Commando's: His Treasure (TERBIT)Where stories live. Discover now