Bab 29

162K 7K 1K
                                    

Tubuh Husniya Radwa yang sedang tidur itu mula berpeluh, sesekali kedengaran suaranya merengek kecil.

"Run babe, run, larilah sejauh mana pun, aku akan
tetap dapatkan kau" suara garau itu bagaikan dekat dengannya. Wajah lelaki itu tidak pernah dilihatnya memandangkan lelaki itu sering memakai mask apabila berhadapan dengannya. Hanya mata lelaki misteri itu kelihatan.

Mata yang terpejam rapat tadi terbuka serta merta. Air mata yang mengalir dibiarkan, dadanya terasa sakit akibat terlalu takut. Husniya Radwa bangun duduk sebelum mencengkam dadanya yang senak.

Mimpi itu lagi. Jam dipandang, 5 pagi.

"Abang," perlahan lahan suara tangisan Husniya Radwa kedengaran. Dia perlukan Thariq Ridzuwan untuk tenangkannya sekarang.

Ubat disisi mejanya diambil sebelum botol mineral dicapai. Baru saja dia ingin masukkan ubat kedalam mulut kedengaran bunyi pintu kaca yang memisahkan bilik suaminya dengan balkoni itu diketuk.

Husniya Radwa berpaling kearah pintu kaca itu sebelum matanya membulat. Kelihatan seorang lelaki berada di luar balkoni bilik suaminya, wajah itu ditutupi dengan mask.

Dalam keadaan separuh gelap itu dia dapat melihat dengan jelas mata lelaki misteri itu memandangkan katil berada dekat dengan pintu kaca tersebut.

Mata itu, dia kenal mata itu, mata yang menghantui dirinya sejak beberapa tahun lepas. Tubuhnya dianjak kebelakang sebelum belakangnya bertemu dengan kepala katil.

Lelaki itu melambai kearahnya. Pisau dikeluarkan sebelum dia menghiris jarinya sendiri, lelaki misteri itu menulis sesuatu di cermin menggunakan darah dijarinya.

'I'm back'

Husniya Radwa yang ketakutan itu mencengkam dadanya yang semakin sakit. Dia ingin menjerit namun suaranya tidak terkeluar.

'See you again' tulis lelaki itu lagi sebelum melompat turun dari balkoni.

"A..ab..abang" dengan nafas yang tersekat sekat, Husniya Radwa berusaha mencapai telefonnya. Baru sahaja dia ingin mendail nombor Arisa Rania, tubuhnya longlai diatas katil itu.
_________________________________________
"Assalammualaikum" pintu rumah ibu bapanya dibuka sebelum dia melangkah masuk. Pulang saja dari operasi, dia membuka telefonnya. Pesanan yang ditinggalkan oleh Husniya Radwa bahawa wanita itu akan menetap di rumah ibu bapanya membuatkan dia tersenyum. Sekurang kurangnya wanita itu tidak kesunyian di rumah.

"Ridz!" Sergah Thalia Razqya dengan wajah cemas.

"Eh kak! Bila kau balik?" Hairan melihat kakaknya berada dirumah. Jam dikerling, baru jam 8:30 pagi.

"Radwa! Radwa dekat atas" termengah-mengah Thalia Razqya memberi tahu adiknya.

Tanpa menunggu lama Thariq Ridzuwan melepaskan beg nya didepan pintu sebelum berlari naik ke tingkat atas.

"Kenapa ni ibu?" Kepala Husniya Radwa diatas katil diletakkan keatas pehanya.

"Ibu tak tahu Ridz, tadi kami kejutkan dia untuk bangun subuh, tapi Radwa tak bangun, ingat kan uzur, lepas tu kakak naik kejutkan Radwa untuk bangun breakfast, pun dia tak jawab, buka pintu tengok dah jadi macam ni" terang Datin Tiana panjang lebar.

Hampir luruh jantungnya melihat keadaan Husniya Radwa, dengan ubat yang bertaburan dilantai. Fikirnya wanita itu ingin membunuh diri, tetapi apabila melihat tulisan pada pintu kaca itu dia yakin ada seseorang yang datang menemui Husniya Radwa.

Thariq Ridzuwan memerhati keadaan sekeliling, ubat wanita itu yang bertaburan di lantai, pintu kaca balkoni dilihat terdapat tulisan berwarna merah.

"Ridz, ada orang ceroboh bilik ni ke?" Soal Thalia Razqya dengan wajah takut.

Commando's: His Treasure (TERBIT)Where stories live. Discover now