Bab 15

164K 7.4K 3.6K
                                    

"Lepaskan aku!" Kaki Husniya naik menyepak celah kangkang lelaki itu sehingga cengkaman pada tangannya terlepas. Tanpa menunggu lama dia melarikan diri meninggalkan lelaki bertopeng itu.

"Hahahahaha, sejauh manapun kau pergi, aku tetap akan jumpa kau!" Jerit suara garau itu.

"Run babe, run larilah sejauh manapun, aku akan tetap dapatkan kau" bisik suara itu keras seperti berada dekat dengannya.

Husniya Radwa bangun mengejut, jantungnya berdegup laju dengan nafas yang tidak teratur. Mimpi ngeri yang sama masih berulang setiap hari.

Jam di dinding hotel itu dipandang. 4:00 am. Masih awal. Baru dia sedar yang dia tidak bersendirian disitu, ada satu tubuh yang sedang nyenyak tidur disampingnya. Liur ditelan kesat.

Rambut separas pinggangnya itu dipandang lama. Dimana tudung dia, bila dia tukar baju? Perlahan-lahan kejadian lama itu berulang kembali didalam kepalanya.

Thariq Ridzuwan tersedar apabila mendengar esakkan Husniya. Dilihat isterinya sedang duduk dengan muka yang ditutup mengguna comforter.

'Dah kenapa pula ni'

"Sayang?" Panggil Thariq dalam keadaan mamai.

Badan Husniya mengeras mendengar suara serak basah itu. Entah kenapa baginya suara itu seperti suara lelaki bertopeng didalam mimpinya.

Tangannya naik menyentuh lembut bahu Husniya, Dengan serta merta Husniya menepis kuat tangan itu.

"D..don't touch me!" Husniya segera menjauhkan dirinya dari Thariq.

"Hey, Why?" Soal suara serak basah itu. Thariq Ridzuwan turut bangun. Husniya masih menekup wajahnya menggunakan comforter. Thariq cuba menarik comforter itu namun Husniya segera mengenggamnya erat.

"S..stay away"

"Treasure?"

Mendengar panggilan itu perlahan-lahan comforter diturunkan sedikit untuk melihat lelaki dihadapannya.

Thariq yang melihat wajah sembab itu perlahan-lahan menarik gadis itu kembali mendekatinya. Risau jika bertindak melulu, isterinya akan bertindak lebih agresif.

Kali ini Husniya menurut setelah memastikan siapa lelaki itu.

"Having a nightmare? Hm?" Tangan Husniya digenggam erat. Sebelum dia menolak rambut yang menutupi separuh wajah gadis itu kebelakang.

Husniya hanya diam melihat wajah Thariq. Di hadapannya sekarang adalah Thariq Ridzuwan lelaki yang baru sahaja bergelar suaminya bukan lelaki bertopeng itu. Perlahan lahan dia membalas genggaman tangan suaminya.

Thariq tersenyum kecil apabila melihat Husniya semakin tenang dan selesa bersamanya, tubuh itu ditarik kedalam pelukan.

"Don't worry, i'm here no one can harm you" pujuk Thariq lembut, tangannya mengusap lembut bahagian belakang Husniya.

Husniya Radwa yang berasa sedikit tenang itu membalas pelukan Thariq, matanya dibuka perlahan, kelihatan makeup remover, kapas dan pencuci mukanya bersepah di atas meja yang terdapat disisi katil Thariq dan juga baju pengantin mereka yang sangkut di tepi dinding.

Maknanya Thariq yang membersihkan mukanya, yang menukar pakaian pengantin nya.

Husniya Radwa menggigit bibirnya, boleh tak kalau dia nak terjun dari balkoni hotel ni sekarang?

Thariq yang merasa pelukan gadis itu semakin erat segera berpusing kebelakang untuk melihat sesuatu. Risau jika ada sesuatu yang memancing trauma isterinya.

Perlahan-lahan bibir merah jambunya mengukir senyum nakal. Tubuh Husniya ditolak sedikit.

"Taknaklahhh" meleret suara Husniya. Dia tahu pasti lelaki itu ingin melihat wajahnya yang sudah merah seperti tomato sekarang.

Commando's: His Treasure (TERBIT)Where stories live. Discover now