Bab 14

150K 7.4K 1.9K
                                    

Husniya Radwa memicit kepalanya perlahan, 3 minggu ini dia betul-betul sibuk, mana dengan kerja, mana dengan persiapan perkahwinannya lagi.

"Nah, minum ni" hot chocolate diletakkan dihadapan Husniya. Dahlia turut menghulurkan beberapa biji ubat untuk sahabatnya. Tahu bahawa gadis itu sedang migrain.

"Kesian kau kan angah? Nak kahwin pun kena settle sendiri, sebenarnya dia serius ke tak nak kahwin dengan kau?" Kata Husziya Raudhah yang sedang menuruni tangga.

Husniya Radwa hanya diam tidak membalas.

"Entah-entah dia kahwin dengan kau sebab kesian kut? Yelah kau kan banyak penyakit"

"Ziya! Boleh diam tak? Tak nampak ke kakak kau tengah migrain?" Marah Dahlia. Kalau tak mengenangkan ini rumah Puan Rozita, sudah diganyangnya budak ni.

Husziya hanya menjulingkan matanya keatas, sebelum dia berjalan menuju ke dapur.

Pak!

"Ops, sorry, tak nampak"

Membulat mata Husniya apabila melihat barang hantarannya yang sudah berterabur akibat disepak oleh adiknya.

"Apa masalah kau ni hah?!" Marah Husniya, sabarnya semakin menipis.

"Apa yang bising-bising ni?" Tegur Puan Rozita yang baru sahaja keluar dari dapur.

"Umi, adik tak sengaja tersepak hantaran angah, angah tiba-tiba marah adik" Husziya mengadu kepada uminya.

"Apa kamu ni Radwa?! Adik bukannya sengaja? Tak boleh ke kamu cakap elok-elok? Perlu ke nak marah-marah macam tu?" Marah Puan Rozita pula.

Husniya hanya mengetap bibirnya sebelum dia tunduk mengutip barang hantaran yang berterabur itu untuk dibawa masuk kedalam bilik.

Dahlia turut membantu Husniya, jelingan tajam diberikan kepada Husziya.

Husniya Radwa masuk kedalam bilik air, wajahnya ditatap dari dalam cermin sebelum dia menunduk kebawah, air mata yang ditahan mengalir turun.

Macam-macam yang jadi padanya selama 3 minggu ini, Zafir yang tidak berhenti mengganggunya di tempat kerja, dan Syafiq yang selalu menunggunya di hadapan rumah sewa lamanya untuk berbincang soal mereka sehingga dia terpaksa berpindah ke tinggal di rumah orang tuanya sekarang.

Apabila berpindah kesini, setiap hari terasa seperti di neraka, ada saja perkara yang tidak kena dimata mereka.

Orang-orang sekeliling yang selalu menjatuhkan semangat dia.

'Kau yakin ke dia pergi kerja? Entah-entah dia menggatal dengan perempuan lain dekat sana'

'Askar ni banyak yang buaya tahu tak? Kau kena hati-hati'

'Kenapa aku tengok macam kau seorang je yang beria siapkan semua benda tentang perkahwinan korang?'

'Kau yakin ke dia serius dengan kau?'

Satu per satu kata-kata mereka mula masuk kedalam fikirannya. Esok adalah majlis akad nikahnya, namun masih tiada khabar dari Thariq, sudah pulang atau belum lelaki itu? Dimana keberadaannya? Lansung tidak diketahui.

Hampir-hampir saja dia berputus asa dengan perkahwinan ini.

"Husniya!, malam ni aku temankan kau ye, aku dah bagitahu Aiman tadi, barang hantaran ni aku dah gubah semula" kata Dahlia dari luar bilik.

Husniya hanya diam, inai merah di jarinya dipandang lama, betul ke keputusannya sekarang?

Nafas ditarik dalam sebelum dia membuka pili air untuk mencuci muka.

Manakala Dahlia diluar hanya bersandar di dinding, air mata yang mengalir perlahan di lap menggunakan belakang tangan.

"Aku doakan kau bahagia Husniya Radwa, cukuplah kau menderita selama ni" bisik Dahlia Batrisyia perlahan.
______________________________

Commando's: His Treasure (TERBIT)Where stories live. Discover now