Bab 13

144K 7.5K 1.2K
                                    

"Husniya Radwa!"

Husniya yang sedang memantau pelabuhan itu berpaling kearah suara yang memanggil namanya.

'Macam mana dia boleh masuk ke sini!' Tanpa menunggu lama Husniya berlari meninggalkan kawasan itu, sudahlah tidak ramai pekerja dikawasan itu memandangkan sekarang waktu rehat.

Zafir mengejar langkah gadis itu, memang sudah menjadi lumrah lelaki mempunyai langkah yang lebih panjang dari perempuan, dalam beberapa saat Zafir berjaya menarik tangan Husniya.

"Eee lepaslah! Dah kenapa kau ni?!" Kenapa semua orang nak tarik tarik tangan dia? Dulu Syafiq sekarang si tapir ni pula.

"We need to talk!" Tegas Zafir.

"What the hell? Lepaslah kau tak belajar halal haram ke hah?" Husniya merentap kuat tangannya.

"I said we need to talk" Zafir memandang tajam kearah gadis itu.

"Then talk, lepaskan tangan aku" Perlahan-lahan Zafir melepaskan tangan itu.

"Siapa jantan tu?" Soal Zafir, matanya tajam menikam wajah gadis yang menjadi pujaannya dari dulu.

"Pardon?"

"Siapa jantan yang masuk meminang kau? Dan kenapa kau terima dia?" Suara lelaki itu seperti menahan marah.

"Excuse me, dia ada nama, and his name is Thariq Ridzuwan, who is him? Dia tunang aku, and why aku terima dia? It's none of your business" cepat betul berita sampai ke pengetahuan Zafir, padahal baru 2 minggu mereka mengikat tali pertunangan, itu pun tanpa kehadiran Thariq memandangkan lelaki itu perlu menghadiri kursus di Perak.

Pertunangan mereka dilakukan secara kecil kecilan sahaja hanya saudara terdekat yang dijemput.

"Kau tolak aku sebab dia kan?"

"Aku tolak kau sebab perangai kau yang suka mendesak, tamak, sombong dengan kekayaan yang kau ada dan kaki perempuan, tak ada kena mengena dengan dia"

"Kau hina aku?" Zafir mengecilkan matanya.

"I'm not insulting you, i'm describing you, now leave" Husniya Radwa berpaling untuk beredar dari situ.

Zafir kembali merentap tangan Husniya sehingga gadis itu terpusing kembali.

"I'm still talking to you!" Tempik Zafir kuat sehingga menarik perhatian beberapa pekerja disitu.

Pang!

Terkedu Zafir, inilah kali pertama dia ditampar oleh perempuan.

Tangan kiri Husniya laju menampar wajah itu. Dia paling pantang apabila di jerkah begitu. Tambahan pula didepan mukanya.

"You better lower your voice, my hand speaks faster than my mouth" suara Husniya bergetar penuh amaran, dengan sekali rentapan tangan nya berjaya di lepaskan. Dia melangkah pergi meninggalkan lelaki itu.

"Remember Husniya! I'll do anything to make you mine" amaran sempat diberikan kepada gadis itu sebelum dia berlaku pergi, tong sampah di pelabuhan itu disepak kuat.

"Apa tengok tengok! Buat kerja lah!" Marah Zafir kepada pekerja yang memandang kearahnya.

Husniya Radwa berjalan menuju ke officenya untuk menyambung menulis laporan, sedikit sebanyak ugutan lelaki itu memberi kesan terhadapnya.

"Maksud kau Husniya dah bertunang?" Langkah Husniya Radwa terhenti apabila mendengar namanya disebut.

"Haah, aku sendiri dengar dia bercakap dengan lelaki tu, dia ada sebut nama tunang dia, Taufiq? Thariq? Hahh!! Thariq Ridzuwan!"

Commando's: His Treasure (TERBIT)Where stories live. Discover now