Bab 4

143K 7.7K 1.5K
                                    

"Assalammualaikum"

"Waalaikumsalam, ha sampai pun, ingatkan dah tak jumpa jalan balik rumah" perli Datin Tiana kepada anak terunanya itu.

Anak lelakinya yang sorang ni cukup susah untuk berjumpa, katanya sibuk dengan kerja.

"Er sorry la ibu, Ridz busy sikit sekarang ni"

"Bukan sekarang je, memang dari dulu asyik busy, kalau macam ni bila ibu nak dapat menantu" kata Datin Tiana.

Thariq Ridzuwan hanya menggaru kepalanya yang tidak gatal, baru sampai dah tanya pasal menantu.

"Menantu ibu dah ada, cuma sekarang Ridz kena usaha lebih sikit, ibu doakan lah ya" kata Thariq Ridzuwan sebelum tersengih kecil.

Bersinar-sinar mata Datin Tiana mendengar kata-kata anaknya itu.

"Betul ke? Bila nak bawa balik jumpa ibu?!"

"Sabar ibu sabar, kalau ye pun bagi Ridz masuk dulu, takkan nak berdiri depan pintu ni sampai subuh besok?" Thariq Ridzuwan mengerutkan kening apabila melihat wajah teruja Datin Tiana yang menggoyangkan tangannya tanpa henti.

"Berapa lama lagi ibu nak sabar, kamu tu umur makin meningkat, bukan makin muda, asyik sibuk dengan kerja je bila ibu nak dapat menantu" marah Datin Tiana.

Baru 25 muda lah tu.

"Isteri along kan ada?, menantu ibu jugak tu"

"Kamu jangan nak buat lawak hambar tengah hari buta ni" tegas Datin Tiana.

Mereka berjalan sebelum duduk di sofa yang terdapat di tengah ruang tamu besar itu.

"Bila nak bawa dia jumpa ibu?" Soal Datin Tiana sekali lagi. Wajah anaknya ditatap sayang.

"Soon, Ridz dalam proses nak approach dia lagi"

"Kamu dah kenal lama ke?, jangan cakap kamu main kutip je perempuan dekat luar tu nak buat isteri?", anaknya yang seorang ni bukan boleh harap sangat.

"Dah kenal lama ibu, cuma lost contact masa Ridz tengah rekrut dulu, 2 minggu lepas baru terserempak balik masa Ridz pergi check pangkalan". Terang Thariq Ridzuwan, ibu punya overthinking boleh tahan juga, karang dia ingat aku kutip perempuan entah apa apa tu buat bini tak ke naya.

"Pangkalan?" Soal Datin Tiana

"Haah, dia kerja dekat Pangkalan Pengerang"

Datin Tiana hanya mengangguk sebelum tersenyum nakal. Thariq Ridzuwan yang melihat senyuman ibunya hanya menjeling sekilas, adalah tu yang bermain difikiran wanita itu.

"Ibu doakan semua urusan Ridz nak bawa balik menantu ibu tu di permudahkan" doa Datin Tiana teruja.

Thariq Ridzuwan memandang pelik kearah ibunya, demi nak dapat menantu, macam tu pun boleh ek?.

"Ingat Thariq Ridzuwan, tak semua perempuan suka diajak hidup susah. Tapi akan ada perempuan yang tahu bahawa hidup tak selamanya dipenuhi bunga dan pelangi, akan ada badai dalam bentuk apa pun, jadi nanti dah jadi suami, Tugas anak ibu cuma dua"Datin Tiana memandang redup kearah anaknya.

Thariq Ridzuwan tahu, apabila ibunya memanggil nama penuhnya itu bermakna wanita itu sedang serius.

"Pastikan bukan kamu yang membawa badai itu, sebaliknya kamu lah yang membawa bunga dan pelangi untuk dia" sambung wanita separuh usia itu.

Thariq Ridzuwan hanya tersenyum menerima nasihat dari ibunya.

"Ibu jangan risau, anak ibu ni setia orangnya" kata Thariq Ridzuwan sebelum tersenyum bangga.

Commando's: His Treasure (TERBIT)Where stories live. Discover now