Bab 24

148K 7.1K 917
                                    

Black panther Husniya Radwa yang bergerak masuk ke kawasan Kem Sri Iskandar itu telah menarik perhatian prebet-prebet yang sedang membuat latihan.

"Nak tunggu dalam kereta atau nak masuk sekali?" Soal Thariq Ridzuwan kepada Husniya Radwa disebelahnya. Hari ini mereka bersetuju menaiki kereta wanita itu untuk keluar.

"Boleh ke masuk? Kalau diorang tembak macam mana?" Gerun Husniya Radwa melihat prebet-prebet yang sedang menjalankan latihan menembak itu.

"Mati lah, apa lagi?" Seloroh Thariq Ridzuwan mengundang jelingan tajam isterinya. Namun seketika dia terlihat satu kelibat yang dia kenali melintas dihadapan keretanya.

"Radwa ikut" putus Husniya Radwa.

"Jom" Thariq Ridzuwan menutup enjin kereta Husniya Radwa sebelum dia melangkah keluar serentak dengan isterinya. Tangan Husniya Radwa di capai sebelum mereka berjalan melintasi lapang sasar.

"Hey hey hey hey hey kau gadis zaman sekarang, rata-rata mata duitan"

Husniya Radwa berpaling kearah suara yang sedang bernyanyi beramai-ramai itu. Kelihatan satu skuad prebet sedang membuat latihan larian sambil bernyanyi.

"Hey hey hey hey hey kau gadis zaman sekarang rata rata sudah tidak setia"

Terhenti langkah Husniya Radwa apabila mendengar lirik-lirik lagu itu. Thariq Ridzuwan memandang hairan kearah isterinya apabila wanita itu berhenti berjalan.

"Dulu aku bercita-cita menjadi seorang komando Darat! Berdiri tegak gagah perkasa menunaikan tugas yang mulia, kini aku telah ditempah dalam pendidikan para komando.."

Husniya Radwa memandang tajam kearah prebet-prebet yang baru sahaja melintasi mereka.

"Kenapa?" Soal Thariq Ridzuwan apabila melihat isterinya memandang tajam kearah prebet-prebet yang sedang berlatih itu.

"Lagu apa macam tu?"

"Habis nak lagu macam mana?"

"Oh Lelaki tak guuuuuna ku berikan semuaaaa" Husniya Radwa menyanyikan lagu Yuna sambil berjalan meninggalkan suaminya.

Terkedu Thariq Ridzuwan, barulah dia faham maksud isterinya, pasti sebab lagu perempuan zaman sekarang yang dinyanyikan oleh prebet-prebet tadi.

Dia kembali melangkah kedepan sebelum menarik tangan Husniya Radwa untuk berjalan disampingnya.

"Tuan!" Tegur prebet-prebet yang berselisih dengan mereka, Thariq Ridzuwan hanya menganguk perlahan.

"Amboi Tuan, bawa bini nampak" sapa Izzat dengan senyuman lebar.

"Habis takkan nak bawa kau pula? Seram" sinis Thariq Ridzuwan. Husniya Radwa hanya diam dengan wajah mendatar, memang itu dirinya bila dengan orang luar, hanya orang tertentu boleh melihat perangai ceria dia.

"Kau buat apa datang sini, bukan kau cuti ke?" Soal Izzat, panggilan tuan sudah tidak digunakan. Dia melihat penampilan Thariq Ridzuwan dengan Husniya Radwa. Nak pergi dating ke diorang ni?

Thariq Ridzuwan dengan seluar jeans bersama tshirt putih kosong didalam dan jacket jeans biru diluar manakala Husniya Radwa memakai dress labuh berwarna putih dengan shawl berwarna biru.

"Aku nak hantar benda ni" kata Thariq sebelum dia memberikan satu pendrive kepada Izzat.

"Aku nak kau double check, kalau ada yang tak kena nanti call aku" pesan Thariq Ridzuwan. Izzat hanya mengangguk perlahan.

Commando's: His Treasure (TERBIT)Where stories live. Discover now