Bab 19

141K 7K 377
                                    

Tubuh direbahkan ke atas katil hotel yang empuk itu. Thariq Ridzuwan yang menarik masuk bagasi mereka hanya menggeleng perlahan.

"Take a shower first treasure" arah Thariq Ridzuwan.

"Abang mandi dulu" kata Husniya, sungguh dia berasa lenguh walaupun mereka duduk di bahagian business class, namun nikmatnya tidak sama seperti tidur diatas katil.

Thariq Ridzuwan meletakkan bagasi mereka sebelum dia duduk memunggah pakaian mereka untuk disangkut kedalam almari yang disediakan.

Selesai mengemas pakaian, Thariq bangun mengambil tualanya untuk mandi, dilihat Husniya Radwa sudah terlelap diatas katil.

Thariq mendekati tubuh itu sebelum pin tudung isterinya dibuka perlahan-lahan, shawl dan anak tudung dibuka sebelum stokin gadis itu turut dibuang. Ciuman nipis dilabuhkan di tepi dahi Husniya Radwa sebelum dia melangkah ke bilik air.

Telefon yang berdering menyedarkan Husniya Radwa. Matanya digosok perlahan. Kelihatan telefon Thariq Ridzuwan yang diletakkan disisi katil yang berdering.

Terdengar bunyi pancuran air dari dalam bilik air menandakan lelaki itu masih belum selesai mandi. Husniya Radwa mengambil telefon suaminya.

'Unknown number?'

Ikon hijau di slide.

"Baby, kenapa lama sangat you nak angkat call i?" Kedengaran suara wanita dari dalam talian.

Terdiam Husniya Radwa mendengar suara itu. Baby? Siapa baby? Thariq? Lelaki tinggi lampai itu di panggil baby? Buta agaknya.

"Baby? Hello? Kenapa you diam? Thariq?"

Sah! Memang baby yang dimaksudkan itu ialah suaminya. Tangannya mengenggam cadar katil dengan erat. Benda sama akan berulang lagi ke?

Pintu bilik air dibuka dari dalam menarik perhatian Husniya Radwa. Thariq yang hanya berseluar pendek tanpa baju itu dipandang lama.

"Baby?"

Thariq yang sedang mengelap rambut itu mengangkat sebelah keningnya kearah Husniya.

"Siapa call?" Soal Thariq apabila melihat Husniya memegang telefonnya. Namun gadis itu hanya diam memandang kearahnya dengan wajah mendatar.

"Baby?! Cakap lah dengan i" panggil wanita itu lagi. Kali ini lebih kuat sehingga Thariq turut mendengar suara itu.

Tanpa menunggu lama Thariq merampas telefonnya dari Husniya. Gadis itu hanya menayangkan wajah beku tanpa perasaan, tuala dicapai sebelum dia melangkah ke bilik air.

"Thariq, i cakap dengan you ni"

"Stop bothering me!" Tegas Thariq sebelum dia mematikan panggilan itu. Nombor itu terus diblock.

Baru sahaja dia ingin mengetuk pintu bilik air telefonnya berdering lagi.

Tengku Adrean Ruiz

"Hello? Asal.."

"It's about that guy named Zafir, aku baru teringat yang aku pernah nampak dia masa majlis kau dekat hotel malam tu, masa kau tembak dia, dia pakai topeng kan? But when Hafiz show us his real face, i know he is the one at your wedding" kata Tengku Adrean tanpa menunggu Thariq menghabiskan ayatnya.

"Macam mana dia boleh ada dekat majlis aku?"

"Itu aku tak tahu, Haider masih cari maklumat dia, maybe he's one of your relative? Or maybe your wife's?"

"Nanti aku check balik, suruh Haider send maklumat yang dia dah jumpa dekat email aku" putus Thariq Ridzuwan.

"Alright, Then continue with your honeymoon buddy" usik Tengku Adrean sebelum memutuskan talian.

Commando's: His Treasure (TERBIT)Where stories live. Discover now