Bab 26

146K 6.9K 1K
                                    

Thariq Ridzuwan melangkah masuk kedalam markas Holy Dragon dengan sebuah fail hitam ditangan.

"Assalammualaikum" pintu bilik itu dibuka perlahan, kelihatan Tengku Daniel, Megat Hafiz, Kevin dan Haider sedang bermain game.

"Waalaikumsalam, masuk-masuk, jangan malu-malu" pelawa Tengku Daniel sambil mata fokus kearah telefonnya.

'Memang tak malu' Thariq Ridzuwan melangkah kearah Tengku Adrean yang sedang membaca sesuatu di laptop nya.

"Tembak!"

"Korang boleh diam sekejap tak, kalau datang sini nak main game baik balik main dekat rumah jelah!" Marah Tengku Adrean garang. Kevin dan Haider juga semakin naik minyak sekarang.

"Kejap, dah nak habis ni" Kata Megat Hafiz sambil bermain game itu.

"Ini maklumat tentang kumpulan yang beli senjata malam tu" Thariq Ridzuwan menghulurkan fail hitam itu kepada Tengku Adrean sebelum dia mengambil tempat di depan lelaki itu.

"Reana dengan Aadyan macam mana?" Soal Thariq, sudah lama dia tidak bertemu si kembar itu.

"Dekat rumah atuk diorang, Rania ada meeting pagi ni"

"Alaaa dah mati!" Tengku Daniel mengeluh kuat.

"Aku dah cakap enemy ramai kan? Yang kau barbar sensorang kenapa?!" Marah Megat Hafiz.

"Mana lah aku dengar, sound game ni kuat sangatlah" keluh Tengku Daniel sebelum dia mengerling kearah Megat Hafiz.

Tengku Daniel mula mendekatkan dirinya kepada Megat Hafiz. Dilihat lelaki itu sedang prone di dalam semak sambil mencari target.

"Ish, jauh sikit boleh tak!" Marah Megat Hafiz lagi sebelum dia menjarakkan tubuhnya dari Tengku Daniel.

"Kevin! Dalam rumah ada enemy, kau nampak kan?"

"Nampak!"

"Gas, gas jaga ditembak gas" Tengku Daniel mengusik Megat Hafiz yang sedang fokus itu.

"Babi!" Bisik Megat Hafiz keras.

"Yaaa. Bidadara aku ni gas" kata Tengku Daniel sambil berbisik ke telinga Megat Hafiz.

"Diam" tegas lelaki itu.

"Jangan prone sayang, nanti dilihat enemy"

"Diam babi"

Tengku Adrean Ruiz dan Thariq Ridzuwan hanya memerhati dari jauh, sekejap lagi mesti akan ada WWE.

"Kiri! Kiri!" Kalut Tengku Daniel menunjuk kearah musuh didalam game itu.

"Tepilah tangan kau syaitan! Aku tak nampak!"

"Tu tu!"

"Ke tepi!"

Tengku Adrean dan Thariq Ridzuwan saling berbalas pandangan.

"3" Tengku Adrean bersuara perlahan.

"2" sambung Thariq Ridzuwan.

"1" serentak mereka bersuara sebelum..

"Kau! Sini kau!" Megat Hafiz membaling telefonnya sebelum bangun mengejar Tengku Daniel yang sudah berlari meninggalkan bilik itu.

"Dasar anak tapir!"
_________________________________
"Husniya Radwa"

Terhenti langkah Husniya Radwa apabila mendengar namanya diseru.

"Yes?" Husniya Radwa memandang wajah itu dengan pandangan kosong.

"Can we talk?"

"About what?"

"Us" Syafiq yang sedang bersandar di keretanya hanya memandang kearah Husniya Radwa. Risau jika dia terlalu memaksa wanita itu akan berasa rimas.

Commando's: His Treasure (TERBIT)Where stories live. Discover now