Bab 23

145K 7.4K 1.7K
                                    

Thariq Ridzuwan mendekati Husniya Radwa yang sedang merenung tangannya diatas katil Hospital itu.

"Still hurt?" Soal Thariq lembut sebelum dia duduk di kerusi sebelah katil itu. Dia baru sahaja selesai solat.

Perlahan-lahan Husniya Radwa menggeleng. Thariq Ridzuwan hanya tersenyum tawar, sejak wanita itu sedar, tiada sepatah pun perkataan yang keluar dari mulutnya.

Semasa Dahlia dan Aiman datang tadi pun Husniya Radwa hanya mengangguk, menggeleng dan tersenyum tawar sebagai respon kepada kata kata mereka.

"Abah kirim salam"

Husniya Radwa hanya diam menayangkan wajah beku. Lansung tiada respon.

"Bila abang nak boleh dengar suara Treasure abang?" Tangan Husniya Radwa disentuh lembut.

"Treasure abang dah taknak bercakap dengan abang ke?, sayang tak rindu abang ke?" Thariq Ridzuwan tersenyum kecil melihat wajah beku Husniya Radwa berubah menjadi wajah serba salah.

"Tak apalah kalau taknak cakap, abang turun cafe dulu, kejap lagi abang naik balik" kata Thariq sebelum bangun berdiri, kepala isterinya diusap perlahan.

"A..abang" panggil Husniya Radwa perlahan membuatkan langkah lelaki itu terhenti.

"Yes treasure?"

"I tak miss you" kata Husniya Radwa sambil tersebik sedikit.

Thariq Ridzuwan ketawa kecil mendengar kata kata Husniya Radwa. I tak miss you konon.

"Ni kenapa sebik ni? Kata tak rindu abang" usik Thariq Ridzuwan.

"I miss you too treasure" Thariq menarik tubuh itu kedalam pelukan apabila melihat mata Husniya Radwa yang mula berair.

Lepas ni siapa cakap isteri aku hati batu aku lempang sekor sekor, hati batu apanya kalau sikit sikit nangis.

"Nak balik tak?" Soal Thariq lagi apabila Husniya hanya diam didalam pelukannya.

"Nak balik" balas Husniya perlahan di dalam pelukan suaminya.

"Nak balik?"

"Nak balik" jawab Husniya Radwa sekali lagi.

"Betul nak balik?"

"Abangggg" belakang tubuh Thariq di tepuk kuat, sedar lelakinitu sedang mengusiknya.

"Janji dengan abang, lepasni jangan skip ubat kalau tak abang tinggal sayang dekat hospital ni, faham?" Tegas Thariq Ridzuwan, bukan dia tak tahu wanita itu cukup susah nak makan ubat. Selagi tak dipaksa, selagi itulah dia tak makan.

"Kalau tak faham?" Uji Husniya Radwa, sengaja mencabar lelaki itu.

"I have 1000 ways untuk fahamkan sayang"

Melihat senyuman nakal Thariq Ridzuwan sudah cukup membuat Husniya Radwa faham.

"Jangan nak menggatal, karang kena tampr bersepai gigi" marah Husniya Radwa.

Thariq Ridzuwan yang tadi tersenyum nakal terus menghamburkan ketawa apabila mendengar kata kata isterinya.
_______________________________

"Ini rumah siapa?" Soal Husniya Radwa apabila melihat banglo tiga tingkat dihadapannya. Design yang unik berwarna hitam putih, memang rumah impiannya sejak dahulu.

"Rumah kita" jawab Thariq Ridzuwan sambil mengeluarkan beg dari dalam kereta.

"Penthouse abang?" Dia ingatkan mereka akan tinggal di penthouse lelaki itu.

"Abang jual, penthouse tak sesuai untuk hidup berkeluarga, nanti dah ada anak-anak takkan nak tinggal di penthouse lagi kan?" Terang Thariq Ridzuwan.

Husniya Radwa termalu sendiri mendengar perkataan anak-anak.

Commando's: His Treasure (TERBIT)Where stories live. Discover now