Bab 2

162K 7.9K 1.1K
                                    

Pintu office yang dibuka membuatkan Husniya Radwa yang sedang menaip laporan itu mengangkat kepalanya.

Tersembul wajah Dahlia dari sebalik pintu sambil tersengih.

"Dah kenapa kau ni?" Soal Husniya Radwa sebelum kembali menghadap IMac dihadapannya.

"Kau lupa eh harini ada pelawat, kau kena jadi tour guide diorang untuk melawat pangkalan" kata Dahlia.

"Oh ya, tolong ubah black panther kau yang kau parking belakang baby aku, aku nak keluar lunch dengan encik tunang" sengaja perkataan black panther ditekan.

Black panther itu merupakan gelaran yang Dahlia berikan kepada Lexus LC500 hitam milik Husniya Radwa.

Husniya hanya menjeling kearah sahabatnya.

"Pukul berapa diorang sampai?"

"Diorang dah sampai Cik Husniya Radwa, sekarang diorang tengah lunch di cafe bawah, tunggu kau je turun".

"Ha yelah, aku kemas barang sikit lepastu aku turun terus" kata Husniya sebelum dia bangun untuk mengemas mejanya yang berselerak dengan kertas laporan.

"Jangan lupa ubah black panther kau, aku nak keluar lunch dengan tunang aku, daa" kata Dahlia sambil mengenyitkan matanya.

Husniya hanya menayangkan wajah jengkel.
____________________

Selesai mengubah keretanya, Husniya segera mematikan enjin untuk masuk semula ke pangkalan. Kereta Audi R8 putih disebelahnya dipandang hairan.

'Kereta siapa? Tak pernah nampak pun'

Husniya hanya mengangkat kedua belah bahunya sebelum keluar dari kereta, Audi putih itu dipandang sekilas memandangkan enjin kereta itu masih hidup menandakan masih ada orang didalamnya.

Cermin gelap itu membataskan penglihatannya untuk melihat pemilik kereta mewah tersebut. Tanpa membuang masa, dia melangkah kearah pintu masuk pengkalan.

"Is it her?" Thariq Ridzuwan terkedu apabila seorang gadis yang sangat dikenalinya keluar dari Lexus hitam disebelahnya.

Dia baru sahaja sampai ke pangkalan itu memandangkan dia turut terlibat untuk membuat lawatan di pengkalan itu untuk memastikan tiada sebarang kecelekaan yang akan berlaku.

"Kau nampak apa aku nampak Ridz?" Soal Aiman di sebelahnya setelah mereka keluar dari kereta.

Thariq Ridzuwan hanya menganggukkan kepalanya.

"Nampaknya Allah permudahkan niat baik kau, HAHAHAHA"

Thariq Ridzuwan menjeling kearah sahabatnya.

"Fuyyo, kereta dia ke ni, lawa sibat dah macam kereta orang lelaki dia modified" kata Aiman sebelum berjalan mengelilingi black panther milik Husniya.

"Kau jangan jakun sangat boleh tak?, malu orang tengok" tegur Thariq Ridzuwan apabila dia perasan 2 orang pengawal keselamatan sedang memandang kearah mereka.

Dia segera menarik kolar baju loreng yang dipakai oleh Aiman untuk masuk kedalam pengkalan.
____________________

Masuk saja kedalam pangkalan, dapat dilihat dua orang lelaki berseragam polis sedang bercakap dengan seorang perempuan. Mungkin tour guide mereka untuk hari ini. Langkah dibawa menuju kearah mereka bertiga.

"Haa Thariq, Aiman sampai pun korang, ingat dah sesat" tegur Inspektor Kamal sambil tersenyum manis. Kebanyakkan orang memanggilnya Thariq hanya orang tertentu sahaja yang memanggilnya dengan panggilan Ridz.

"Bro, ni ha si Aiman macam macam sakit perut lah nak terkencing la, itu yang lambat" balas Thariq Ridzuwan sebelum bersalaman dengan Inspektor Kamal, hubungan mereka agak rapat memandangkan mereka sering menjalankan operasi bersama apabila melibatkan anggota polis dan tentera.

Commando's: His Treasure (TERBIT)Where stories live. Discover now