Bab 16

148K 7K 3.1K
                                    

Husniya Radwa dan Thariq Ridzuwan menuruni tangga sambil berpegangan tangan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Husniya Radwa dan Thariq Ridzuwan menuruni tangga sambil berpegangan tangan. Wajah kedua pengantin baru itu ceria sahaja, sesekali kedengaran suara Thariq yang mengusik dan suara Husniya yang marah marah manja.

Aina yang sedang menonton tv segera berpaling kebelakang.

"Abang Ridz nak kemana?" Soal Aina yang sudah bangun dari duduknya. Pasangan pengantin baru itu didekatinya.

"Keluar sekejap"

"Nak ikuttttt" sengaja suaranya dileretkan.

"Tak boleh! Kau duduk je sini, kalau nak ikut tengah hari nanti ikut aku dengan kak Tasya, kitaorang pun nak keluar" sampuk Thaufiq yang baru saja keluar dari dapur.

"Taknak! Nak ikut abang Ridz, boleh la abang boleh la" tangan Thariq Ridzuwan dirampas dari tangan Husniya sebelum di goyangkan dengan membuat muka comel.

Husniya yang melihat tangan Thariq dipegang oleh Aina itu hanya memendam rasa.

"Radwa tunggu dalam kereta ya abang" pinta Husniya sebelum dia berlalu keluar.

"Apani Aina? Lepaslah kita bukan budak-budak lagi, Haram tahu tak?" Tangannya direntap, kesabaran cuba dipupuk tambahan lagi apabila melihat wajah isterinya tadi.

"Kau ni ada yang aku lesing karang" Thaufiq semakin mendekati mereka.

"Ala abang bawala Aina sekali, Aina bosanlah" pujuk Aina masih tidak mahu mengalah.

"Seat kereta abang ada 2 je Aina" Thariq masih cuba berlembut.

"Kita naik lah kereta lain, kan banyak lagi kereta dekat garaj tu"

"Kau ikut aku, banyak lagi kerja kau kena buat, tolong diorang masak untuk lunch pula, tak payah nak mengelat" Thaufiq menarik rambut perang Aina tidak terlalu kuat, sekadar untuk membuat gadis itu mengikutinya ke dapur.

"Apa abang Thaufiq ni! Taknak lah memasak! Orang nak keluar dengan abang Ridz lah, isteri abang Ridz boleh je tak tolong dekat dapur!" Aina mula memberontak apabila dia ditarik kearah dapur. Sempat disebek kearah Thariq yang sudah semakin menjauh.

"Diorang tu masih dalam mood pengantin baru, kau jangan sibuk faham?" Kedengaran suara Thaufiq membebel dari jauh

Thariq Ridzuwan melangkah masuk kedalam Audi R8 v10 miliknya. Dilihat Husniya Radwa sedang melayari instagram.

"Kenapa tak start enjin, tak panas ke?" Soal Thariq Ridzuwan sambil menarik seatbelt.

"Tak" sepatah saja jawapan gadis itu, telefon disimpan semula kedalam handbag.

"So kita nak pergi mana dulu?" Soal Husniya sambil tersenyum manis kearah Thariq Ridzuwan.

"Kita shopping baju dulu nak? Then baru kita lunch" cadang Thariq.

"Okey!" Heelsnya dibuka sebelum kaki dinaikkan keatas kerusi untuk bersila. Thariq hanya tersenyum melihat kelakuan isterinya.

Tangannya mengenggam sebelah tangan Husniya Radwa manakala sebelah lagi mengawal stereng kereta. Sesekali dia mengerling ke wajah cantik itu.

Commando's: His Treasure (TERBIT)Where stories live. Discover now