Bab 21

147K 6.7K 1.5K
                                    

"Run babe, run, larilah sejauh mana pun, aku akan tetap dapatkan kau"

"Arghhhh" jerit Husniya Radwa sebelum dia bangun mengejut, jantungnya berdegup laju. Mimpi itu kembali lagi.

Thariq Ridzuwan turut terbangun apabila mendengar jeritan isterinya.

"Treasure?" Cemas Thariq Ridzuwan melihat Husniya Radwa yang sudah menangis teresak-esak itu.

"Abanggg" serak suara Husniya Radwa sebelum dia memeluk tubuh Thariq Ridzuwan, lelaki itu hanya menepuk perlahan belakang Husniya Radwa yang masih menangis didalam pelukannya.

"Radwa takut"

"Shh i'm here" pujuk Thariq Ridzuwan perlahan, jam di dinding dikerling, sudah hampir masuk waktu subuh. Melihat tubuh Husniya Radwa yang menggeletar hebat membuatkan Thariq memeluk tubuh itu lebih erat.

Mimpi apa yang membuatkan isterinya begitu takut? Adakah mimpi yang sama seperti sebelum ini.

"Abang harap one day sayang akan share dengan abang pasal mimpi ni" kata Thariq Ridzuwan perlahan.

Husniya Radwa yang mendengar itu hanya diam, dia masih belum bersedia untuk berkongsi tentang kisah itu dengan sesiapa. Bahkan Dahlia tidak mengetahui tentang peristiwa hitam itu.

'I hope i can share this dark story with you too abang' bisik Husniya Radwa dalam hati.

Telefon Thariq Ridzuwan yang berdering menarik perhatian mereka, tanpa melepaskan pelukan, Thariq Ridzuwan mengambil telefonnya di sisi katil menggunakan tangan kirinya.

"Assalammualaikum tuan"

"Waalaikumsalam, ada apa?" Pasti ada sesuatu, jika tidak takkanlah Izzat akan menelefonnya pagi macam ni dan memanggilnya tuan.

"Maaf menganggu, tapi kami perlukan tuan di sini dalam kadar segera, ada musuh ceroboh masuk ke kawasan sempadan". Thariq Ridzuwan yang mendengar itu hanya mengerutkan kening.

"Darat, air atau udara?"

"Air tuan!"

"Mana pasukan Paskal?"

"Diorang perlukan kita tuan!" Kata Izzat lagi membuatkan Thariq Ridzuwan mengeluh perlahan, tubuh isterinya didalam pelukan dipandang seketika. Jika Paskal memerlukan bantuan mereka itu bermakna musuh kali ini bukan calang calang.

"Okey"

"Terima Kasih tuan!"

Panggilan dimatikan oleh Thariq Ridzuwan, bagaimana dia perlu memberitahu isterinya bahawa mereka perlu pulang ke tanah air, negara memerlukan dia sekarang.

"Kita kena balik kan?" Soal Husniya Radwa, dia dengar apa yang dicakap kan oleh mereka memandangkan dia berada didalam pelukan lelaki itu.

Thariq Ridzuwan mula berasa serba salah, walhal mereka baru tiba di bumi Italy itu dua hari lepas, masih berbaki tiga hari honeymoon mereka itu.

"Sayang, abang.."

"It's okey, negara lebih perlukan abang, kejap, Radwa kemas barang, abang mandilah dulu, lepas solat kita pergi airport, tiket nanti Radwa beli online je" Husniya Radwa melepaskan pelukan mereka sebelum dia bergerak ke bagasi di tepi almari. Dia juga sudah hilang mood untuk bercuti sebenarnya setelah berjumpa lelaki itu kemarin.

Thariq Ridzuwan hanya diam memandang tubuh isterinya dari belakang, rasa bersalah didalam hatinya semakin menebal.

Dia bersyukur dikurniakan seorang isteri yang memahami tugasnya.
_________________________________________
"Kenapa kamu tak balik rumah suami kamu?" Soal Puan Rozita kepada Husniya Radwa yang sedang makan. Anaknya itu baru sahaja pulang dari kerja.

Commando's: His Treasure (TERBIT)Where stories live. Discover now