Bab 8

137K 6.7K 809
                                    

"Kenapa kau datang cari aku sampai office harini?" Soal Tengku Adrean melangkah masuk kedalam pejabatnya dengan Tengku Aadyan dan Tengku Aadreana didalam dukungannya.

Wajahnya memandang hairan ke arah Thariq yang mengelamun itu. Tak pernah pernah lelaki itu hilang fokus.

"Kau bawa anak kau datang office?" Thariq memandang Tengku Adrean dengan wajah tak percaya.

"Mummy diorang ada meeting dengan klien, tolong pegangkan Reana kejap, lenguh dah aku, masuk meeting pun kena angkut dua ketul ni"

Tanpa membuang masa Thariq segera bangun mengambil Tengku Aadreana dari dukungan Tengku Adrean.

Tengku Aadreana memandang wajah tampan itu dengan mata yang membulat.

'Wah bapak mithali betul Tengku Adrean kita sekarang'

"Ha kau dah kenapa datang cari aku dekat office, tak pernah-pernah kau datang sini kalau tak ada urusan penting"

"It's about our mission last time" serius suara Thariq Ridzuwan.

Tengku Adrean hanya diam menunggu Thariq meneruskan percakapannya. Tangan sibuk membetulkan kedudukan Tengku Aadyan diribanya.

"Kau ingat lelaki yang aku tembak kaki dia? Dia terlepas" tangannya menepuk punggung Tengku Aadreana perlahan, sesekali dia menunduk senyum kepada bayi perempuan itu apabila bayi itu memegang rahangnya.

"Pardon?" Terhenti segala pergerakan Tengku Adrean.

"Dia lari dari jail"

Wajah Tengku Adrean bertukar tegang. Sepatutnya dia bunuh saja mereka, namun Megat Hafiz meminta pihak polis yang menguruskan kes itu.

"Find him" tegas Tengku Adrean Ruiz.

"I will"

Tengku Adrean mengerutkan kening apabila anak daranya itu begitu asyik memandang wajah Thariq.

Tangan Tengku Aadreana naik menyentuh wajah Thariq Ridzuwan. Matanya tidak lepas memandang wajah tampan itu.

"Little angel" panggil Tengku Adrean namun anaknya hanya buat tidak tahu.

"Kau" Tengku Adrean berdiri menuju kearah Thariq Ridzuwan.

"Bak sini anak aku, kang tak pasal pasal dia jatuh cinta dengan kau" tubuh Tengku Aadreana diambil dari Thariq Ridzuwan menyebabkan lelaki itu ketawa kecil. Kes cemburu ke apa ni?

Namun tubuh kecil itu mengeliat tidak mahu di ambil. Tangan kecilnya cuba menggapai Thariq Ridzuwan kembali.

"Ddy! Ddy!" Tengku Aadreana menepuk nepuk tangan daddynya dengan wajah ingin menangis sebelum jari kecilnya menunjuk kearah Thariq.

Dengan tak rela Tengku Adrean menyerahkan Tengku Aadreana kepada Thariq semula. Thariq Ridzuwan tergelak kecil melihat wajah masam Tengku Adrean.

"Balik nanti daddy taknak kawan dengan little angel, nak kawan dengan abang je, huh!" Rajuk Tengku Adrean sebelum dia melangkah kearah mejanya semula.
_________________________________

Thariq Ridzuwan berjalan mengelilingi lapang sasar itu.

Bang!

Bang!

Sesekali terdengar bunyi tembakan apabila prebet prebet disitu berlatih.

"Bro!" Termengah mengah Aiman berlari kearah Thariq Ridzuwan sebelum dia mengerut kening hairan.

"Weh kau rembat anak siapa ni?" Wajah comel bayi kecil itu dipandang lama, macam iras-iras seseorang tapi siapa ya?

Bayi itu tergelak seronok apabila bunyi tembakan dilepaskan. Tak takut ke budak ni? Kalau budak lain mahu melalak dah.

Commando's: His Treasure (TERBIT)Where stories live. Discover now