Bab 17

142K 7.7K 1.8K
                                    

Selesai solat isyak, Husniya Radwa naik berbaring diatas katil. Kepalanya yang berdenyut hebat diurut perlahan. Thariq melipat simpan sejadah yang digunakan sebelum dia mendekati Husniya Radwa yang berbaring diatas katil.

"Migrain?" Soal Thariq Ridzuwan lembut, tangan naik mengurut kepala Husniya Radwa.

"Hm" itu saja balasan Husniya, terasa seperti mahu pecah kepalanya menahan sakit.

Thariq menunduk sedikit mencium dahi licin Husniya.

"Abang Ridz, jom turun dinner" pintu yang dibuka secara tiba tiba itu mengejutkan mereka. Akibat terkejut, kepala Husniya berdenyut lebih kuat.

Terpejam mata gadis itu menahan sakit. Aina sudah mulai panas hati melihat wajah Thariq yang begitu dekat dengan Husniya. Apa yang mereka buat sebelum dia naik tadi?

"Manners Aina, kenapa tak ketuk dulu pintu bilik abang" tegas suara Thariq Ridzuwan, panas hatinya apabila sepupunya itu sesuka hati saja membuka pintu biliknya, bertambah panas hati dia apabila melihat wajah isterinya yang mengerut menahan sakit.

"Sorry" perlahan saja suara Aina meminta maaf dengan mulut yang disebekkan.

"Treasure? Are you okey sayang?" Soal Thariq cemas apabila melihat Husniya yang masih memejamkan matanya.

Perlahan lahan Husniya mengangguk.

"Jom turun dinner" ajak Thariq.

Husniya Radwa hanya menggeleng lemah.

"Abang turunlah makan dulu, Radwa nak tidur sekejap"

Thariq hanya diam melihat wajah pucat itu. Aina yang masih menunggu di muka pintu dipandang.

"Turunlah dulu Aina, asal tercegat depan pintu bilik abang macam tu, awak tu anak dara" tegur Thariq Ridzuwan apabila melihat tiada tanda tanda gadis itu akan turun.

"Jom lah turun sekali abang Ridz, biar jelah kak Radwa tidur" ajak Aina lagi.

Husniya hanya mengangguk perlahan.

"Pergilah, nanti lama pula ibu tunggu dekat bawah" pujuk Husniya. Perlahan-lahan Thariq turun dari katil untuk turun ke bawah.

Husniya hanya tersenyum tawar sebelum melelapkan matanya.

Tidak sampai 15 minit Thariq naik semula ke bilik mereka dengan dulang ditangan.

"Treasure, wake up, makan dulu lepastu makan ubat then baru tidur" panggil Thariq, tangannya mengusap ubun ubun si isteri.

Perlahan-lahan Husniya Radwa membuka matanya. Rasanya baru sekejap dia terlelap, suaminya dah makan ke belum sebenarnya?

"Bangun duduk" Thariq membantu Husniya untuk bersandar di kepala katil.

"Abang dah makan?"

Thariq hanya menggeleng perlahan, lauk dicubit sedikit sebelum digaulkan dengan nasi.

"Abang makan lah dulu"

"Kita share, now say aa" tergelak kecil Husniya melihat telatah suaminya, ingat dia budak kecil ke?

"Bismillah"

Mulut dibuka sebelum Thariq menyuapkan nasi.

Thariq bergilir gilir menyuapkan Husniya dan dirinya sendiri, sampai ke suapan terakhir Husniya menekup mulutnya. Dia berasa mual secara tiba tiba.

Thariq yang perasan akan hal itu segera berlari mencuci tangannya di bilik air. Dia keluar semula untuk mendukung Husniya masuk kedalam bilik air itu.

Husniya memuntahkan isi perutnya kedalam mangkuk tandas. Thariq mengusap perlahan belakang isterinya.

Commando's: His Treasure (TERBIT)Where stories live. Discover now