Bab 28

145K 6.6K 612
                                    

"Hoi! Termenung!" Sergah Dahlia sebelum mengambil tempat dihadapan Husniya Radwa. Suasana cafe pangkalan itu lenggang sahaja memandangkan ramai staf keluar lunch di luar.

"Kau memang tak reti bagi salam ke?" Perli Husniya Radwa. Wajah Dahlia dipandang sekilas, macam ada yang lain.

"Kenapa?" Dahlia memandang hairan kearah Husniya Radwa apabila wanita itu memandang lama kearahnya.

"Kau nampak makin berisi sekarang" jujur Husniya Radwa.

Dahlia Batrisyia tersengih sedikit sebelum membisikkan sesuatu kepada Husniya Radwa. Membulat mata wanita muda itu.

"Seriously?!"

Mulut Husniya Radwa ditekup laju.

"Janganlah cakap kuat-kuat"

"Congratulation babe dah berapa bulan?" bersinar-sinar mata Husniya Radwa mendengar khabar gembira itu. Patutlah wajah Aiman kelihatan berseri-seri 3 hari lepas, dah nak jadi bapa rupanya.

"Hehehe" Dahlia mengangkat 2 jari menandakan dua bulan.

"Laju betul korang ek" usik Husniya Radwa.

"Cepat-cepatlah mengandung boleh anak aku buat geng tak silap kita boleh berbesan" dia sudah boleh membayangkan jika mereka berbesan.

"Belum ada rezeki" Husniya Radwa tersenyum tawar.

"Assalammualaikum guys, boleh join tak ni?" Sampuk satu suara.

"Waalaikumsalam, Farez, duduklah" pelawa Dahlia. Farez mengerling sekilas kearah Husniya Radwa, tahu bahawa wanita itu tidak selesa, Husniya Radwa seorang yang tidak suka bergaul dengan orang, kemana mana hanya sendiri ataupun bersama Dahlia sahaja.

Husniya Radwa hanya diam menyuap makanannya. Baru nak bersembang ada je yang menyampuk.

"Okey Thankyou"Farez tersengih kecil sebelum mengambil tempat disebelah Husniya Radwa. Tersentak kedua wanita itu apabila Farez mengambil tempat disebelah Husniya. Banyak lagi kerusi di meja itu.

"Kau baru balik ke dari pelantar ke?" Soal Dahlia sekadar berbasa basi. Farez bekerja dibahagian offshore, hanya seseoali dia akan pulang kedarat selebihnya lelaki itu akan berada di pelantar minyak.

"Haah, dah hampir 6 bulan aku tinggal di pelantar, kemarin baru balik" Farez mengerling kearah Husniya Radwa yang diam itu.

"Cuti lama lah kau lepasni" usik Dahlia Batrisyia membuatkan lelaki itu ketawa kecil.

"Nampak macam tulah, aku balik pun ada hajat kalini"

"Husniya, kau bukan sepatutnya turun pelantar ke dua bulan lepas?" Soal Farez, setiap tiga bulan dia menantikan kedatangan Husniya Radwa ke pelantar untuk membuat laporan.

"Cuti" balas Husniya Radwa sepatah.

Pandangan hairan diberikan kearah wanita itu, mana pernah Husniya Radwa cuti melainkan hari sakit, walaupun sakit wanita itu tetap akan turun ke pelantar.

"Kau sakit ke?"

"Tak" balas wanita dingin itu lagi.

"Lepastu?"

Husniya Radwa mula berasa rimas apabila terus menerus diasak dengan soalan begitu.

'Ada yang aku hempuk dengan meja ni karang'. Bisik Husniya Radwa dalam hati.

Dahlia yang perasan wajah sahabatnya semakin dingin mula berasa takut. Perempuan ni jangan dibuat main, karang free free je kena sound.

"Dia cuti kahwin" Dahlia Batrisyia memberitahu hal sebenar.

Commando's: His Treasure (TERBIT)Where stories live. Discover now