Bab 22

136K 7.2K 1.1K
                                    

"U..umi" panggilan dari Husziya itu diabaikan.

Husziya menolak siku kakaknya, membuatkan Husnifa memandang kearah pintu, liurnya ditelan kasar.

"Apa yang umi dah buat pada isteri Ridz?" Soal suara beku itu, wajah yang sentiasa tenang dan manis dengan senyuman itu bertukar tegang.

Tuan Husaini dan Puan Rozita segera memandang kearah pintu masuk, kelihatan Thariq Ridzuwan masih dalam uniformnya sedang berdiri di pintu masuk. Wajah lelaki itu usah dikata.

"Ridz, dengar dulu penjelasan abah" Tuan Husaini mula mendekati Thariq Ridzuwan.

Prang!

Bunyi kaca pecah dari tingkat atas menarik perhatian mereka.

Treasure!

Tanpa menunggu lama Thariq Ridzuwan berlari naik ke tingkat atas. Isterinya lebih penting sekarang. Sampai sahaja didepan pintu bilik Husniya Radwa, Thariq cuba membuka pintu itu namun berkunci.

"Pergi!" Jeritan Husniya dari dalam bilik itu mengejutkan mereka semua di depan pintu. Thariq Ridzuwan terkedu mendengar suara nyaring itu, isterinya itu sentiasa tenang dalam apa jua keadaan tapi kali ini?

"Treasure, open this door sayang, abang dah balik" pujuk Thariq Ridzuwan namun tiada balasan dari isterinya.

"Treasure please, i'm here, open the door sayang" panggil Thariq Ridzuwan lagi. Hatinya meronta-meronta selagi dia tidak melihat keadaan Husniya dengan mata kepalanya sendiri.

"Buka pintu Radwa sayang, suami kamu dah balik" pujuk Tuan Husaini pula, pintu bilik anak keduanya itu diketuk.

"Pergi! Pergi semua! Jangan ganggu Radwa! Leave me alone!" Jerit Husniya lagi. Tuan Husaini sudah terkedu, mana pernah anaknya mengamuk begitu.

"Husniya Radwa, buka pintu ni sekarang" arah Thariq Ridzuwan kali ini suaranya lebih tegas.

"I. Said. Leave. Me. Alone!"

Prang!

Kedengeran bunyi kaca yang pecah lagi membuatkan Thariq Ridzuwan semakin risau.

"Move!" Arah Thariq Ridzuwan membuatkan Tuan Husaini menjauhi pintu bilik itu. Tanpa menunggu lama Thariq Ridzuwan menendang kuat tombol pintu itu.

Dengan sekali tendangan tombol pintu itu patah dan pintu bilik Husniya Radwa terbuka luas. Thariq Ridzuwan menyerbu masuk ke bilik itu. Kelihatan Husniya Radwa sedang duduk menangis di penjuru katil, kaca bersepah diatas lantai dan beberapa keping frame gambar turut patah.

Husnifa Ridha dan Husziya Raudhah menelan liur melihat pintu yang ditendang oleh Thariq Ridzuwan tadi. Terdapat kesan retak sedikit pada pintu itu.

"Treasure" kaca yang dipenuhi darah ditangan Husniya diambil perlahan-lahan sebelum dilempar jauh, tubuh itu dipeluknya erat.

"Lepas..lepaslah!" Husniya Radwa meronta ronta, tubuh Thariq Ridzuwan ditolak kuat menjauhinya.

"Sayang it's me" pujuk Thariq Ridzuwan, pelukan ditubuh Husniya Radwa semakin dieratkan.

"Let me go! I hate you! I hate everyone! Leave me alone!" Marah Husniya Radwa, belakang tubuh Thariq Ridzuwan di tumbuk kuat. Namun lelaki itu hanya diam menahan sakit. Biarlah dia sakit, asalkan isterinya kembali seperti sedia kala.

"Sayang, it's me, your husband, i am Thariq Ridzuwan" mendengar nama itu perlahan-lahan Husniya berhenti meronta-ronta. Wajahnya dijauhkan sedikit sebelum wajah Thariq Ridzuwan dipegang.

"It's really you?" Soal Husniya Radwa dengan mata yang berkaca. Melihat Thariq Ridzuwan mengangguk Husniya Radwa kembali memeluk tubuh kekar itu.

"I miss you abang, kenapa abang tinggal Radwa lama-lama dekat sini? Bawa Radwa keluar dari sini abang, diorang bencikan Radwa, semua orang bencikan Radwa, Radwa dah taknak duduk sini" teresak-esak Husniya Radwa menangis didalam pelukan lelaki itu.

Commando's: His Treasure (TERBIT)Where stories live. Discover now