Bab 3

152K 7.2K 1.1K
                                    

"Aduh mamae ada cowok baju loreng bikin dia terpanah" Dahlia bernyanyi sambil mengeringkan rambut.

Mata menjeling kearah Husniya Radwa yang sedang berbaring di sofa sambil menonton tv.

"Liat dia pu senyuman bikin hati tergoda, mau tanya tanya dia punya siapa" kaki melangkah mendekati Husniya Radwa

"Siapa tahu belum ada, Husniya mau masuk tengah"

"Leftenan ko sungguh manis, bikin Husniya tertarik" nyanyian itu mengundang jelingan dari Husniya Radwa.

"Kau dah kenapa? Nak mati awal?" Soal Husniya Radwa kegeraman.

Semenjak kedatangan lelaki itu ke Pangkalan mereka, Hampir setiap hari Dahlia menyanyikan lagu itu kepadanya.

Annoying tahu tak!

"Kau cuti kan besok?" Dahlia menyoal Husniya tanpa menghiraukan ugutan dari gadis itu.

"Haah, asal? Nak keluar ke?"

"Aku ingat nak ajak kau keluar beli barang basah, dapur kita tu dah kosong macam hati kau, lepastu kita singgah makan" sempat dia memerli Husniya Radwa. Gadis itu hanya menayangkan wajah kosong.

"Boleh lah, tapi tengah hari sikit, pagi aku nak balik rumah family dulu, lepas tu terus kita pergi beli barang basah" putus Husniya Radwa.

"Ha yelah, aku ikut kau balik rumah family kau lah kalau macam tu, lepas tu boleh lajak terus, tak payah susah kau nak ulang alik ambil aku dekat rumah pulak" cadang Dahlia, sebenarnya dia takut andai terjadi apa apa pada gadis itu, tidak pernah walau sekalipun dia melihat wajah gembira gadis itu setelah pulang melawat ibu bapanya.

Mereka sering bertengkar, walaupun niatnya hanya ingin melawat dan melepaskan rindu kepada keluarga, perjumpaan itu pasti akan berakhir dengan pertengkaran, malah lebih teruk, Husniya Radwa pernah pulang dari rumah keluarganya dalam keadaan mulut yang pecah akibat ditampar oleh ibunya.

Walaupun Husniya tidak menceritakan kepadanya, namun dia tahu siapa pelakunya, memandang dari kecil dia sering melihat pertelingkahan antara dua beranak itu semasa dia bermalam dirumah Husniya.

Walaupun diperlakulan seperti itu, gadis itu tetap sedar tentang tanggungjawabnya sebagai anak, dia sering pulang ke rumah keluarganya untuk melawat kedua ibu bapanya, malah duit bulanan turut diberikan kepada mereka.

Untuk itu, memang dia salute kepada Husniya Radwa.
_______________________
"Dah jadi tunang orang dah mak lampir tu" kata Aiman sambil melihat gambar di telefonnya.

"Siapa?"

"Cik Dahlia kita ni ha" kata Aiman sebelum menunjukkan gambar pertunangan Dahlia kepada Thariq Ridzuwan menggosok uniform loreng untuk dipakainya esok.

"Dah lama ke?" Soal Thariq Ridzuwan selepas memandang sekilas gambar itu.

"Kau tanya aku? Aku? Yang hensem ni?" Soal Aiman kembali sambil menunjuk kearah dirinya.

"Eh takk, bukann, aku tanya siput babi yang tengah makan daun dekat luar tu" perli Thariq Ridzuwan sebelum menjulingkan matanya keatas.

"Oh jap aku gi tanya dorang" kata Aiman sebelum melangkah kearah pintu.

"Kau nak pergi mana?"

"Tanya siput babi?"

"Sebelum iron panas ni melekat belakang tengkuk kau, lebih baik kau tutup pintu tu" ugut Thariq Ridzuwan, iron ditangannya diangkat tinggi menandakan dia tidak main-main.

Commando's: His Treasure (TERBIT)Where stories live. Discover now