01

2.7K 92 0
                                    

[UPDATED: 21 MARCH 2024]

   Langkah kaki diatur menuju ke perpustakaan bersama beberapa buah buku di dalam pelukan. Sepanjang menuju ke perpustakaan, kepalanya menunduk setiap kali bertembung dengan pelajar lain yang tidak lepas ketawa sinis setiap kali melihatnya.

"I don't know why this ugly thing still can stay in our school. It hurts my eyes everytime I see her."

"Nahh, tengoklah cermin mata dia. Nak tiru Harry Potter tapi hasilnya Harry Potter Darkweb. Pity her."

"Shh, jangan cakap kuat sangat. Dia boleh dengar kau lah! Nanti dia mengadu dekat pengetua macam mana?"

"Who cares? Biarkan dia dengar. Biar dia sedar diri yang dia tak diundang dalam sekolah ni."

"Right! Mak bapa pun tak ada. Entah celah mana dia boleh masuk sekolah ni!"

"Entah-entah masa exam meniru! Huh!"

Hanis kemam bibir, cuba menenangkan perasaan amarahnya yang hampir meletus gara-gara mulut longkang anasir-anasir perosak bumi yang tak pernah tenang melihat orang senang. Dia cuba pekakkan telinga, butakan mata. Langkah kaki semakin dilajukan.

Lagi cepat dia sampai, lagi cepat dia boleh mengelak dari manusia-manusia itu.

Setibanya di perpustakaan, Hanis mengambil tempat duduk di hujung sekali, tersorok daripada pandangan pelajar lain. Buku-buku yang dibawanya diletakkan di atas meja. Beg galas disandarkan di kaki meja kaca itu.

Hanis menuju ke rak buku. Bahan rujukan untuk kerja kursusnya dicari. Selesai memilih beberapa buku yang boleh digunakan sebagai bahan rujukan, dia kembali ke tempat duduknya. Namun, langkahnya terhenti berhampiran mejanya saat terpandangkan seorang lelaki sedang tidur di mejanya dalam keadaan kepala diletakkan di atas meja. Wajah lelaki itu tidak kelihatan gara-gara tersembunyi disebalik lengan.

Hanis mengerutkan muka. Dia diam sejenak, memikirkan sama ada patut atau tidak dia kembali ke tempatnya atau berpindah tempat duduk yang lain. Tapi, jika difikirkan secara logik akal, dia yang duduk situ dulu. Jadi, kenapa pula dia yang kena pindah tempat?

Akhirnya, Hanis mengambil kata putus. Dia berjalan perlahan-lahan menuju ke tempat duduk ta. Kerusi ditarik berhati-hati, tidak mahu lelaki itu terjaga. Kalau lelaki itu terjaga sekalipun, biarkan! Bukan salah dia. Nak marah dia pun, lelaki itu yang tiba-tiba datang entah dari celah bumi mana, terus tidur dekat situ.

Melihatkan lelaki itu masih diam tidak terkutik, Hanis segera melabuhkan duduknya. Buku-buku rujukannya juga diletakkan di atas meja dengan berhati-hati. Penuh sopan dan santun. Sangat gadis melayu terakhir.

Seketika, Hanis menoleh ke kiri dan kanannya. Setelah memastikan tiada pelajar di sekitarnya, cermin mata yang terletak kemas di atas hidung separa mancung itu diturunkan. Matanya berkelip berkali-kali, ingin menyesuaikan perubahan penglihatannya. Sejujurnya, dia tak lah rabun teruk mana pun. Cumanya, dia pilih untuk pakai cermin mata pun sebab dia rasa selesa bila orang jarakkan diri dari dia disebabkan penampilan dia. Introvert thingy. Lagipun dia dah terbiasa pakai cermin mata dari sekolah lama lagi. Nerd? Mata empat? Hodoh? Dia dah tak peduli apa yang orang nak cakap. Asalkan, dia bahagia dengan hidup sendiri.

Nak marah lebih-lebih pun tak guna. Manusia memang tak pernah lekang dengan masalah hati. Itu tak kena, ini tak kena. Prejudis yang terlalu tinggi terhadap seseorang dan perasaan hasad dengki yang takkan pernah pupus. Itulah manusia. Tetapi bukan semua. Segelintir sahaja.

Malas ingin memikirkan masalah dunia, Hanis muka fokus mengkaji buku-buku rujukan untuk mengambil maklumat dan digunapakai dalam kerja kursusnya.

** 🦋 **

OBSESSIONWhere stories live. Discover now