05

1K 63 3
                                    

[UPDATED: 21 MARCH 2024]

   Ke kanan ke kiri kerusi berpusing sambil matanya fokus membaca satu-persatu maklumat yang tertera di skrin iPad itu. Jari telunjuk mengelus-elus lembut bibirnya. Edhan mengangkat wajah, memandang Alex yang berada di hadapannya.

"Maksud kau, selain diri sendiri, sekarang dia tengah jaga anak-anak arwah kakak dia?" soalnya menginginkan kepastian.

"Yes, memandangkan keluarga mentua kakak dia tak boleh tolong jagakan anak-anak kakak dia, so dia yang ambil alih penjagaan. Cuma waktu pagi je, ibu mentua kakak dia tolong jagakan since there's no one to take care of the sons when she goes to school," terang Alex lebih jelas.

Edhan diam. Mukanya yang semula jadi serius, bertambah serius saat mendengar kata-kata Alex. Akalnya yang terlalu malas untuk berfungsi sepanjang dia hidup ini, kini sedang rajin berfikiran jauh.

Kelakuan Edhan mengundang pandangan Alex dan Furqan yang santai bersandar di sofa. Masing-masing terpinga-pinga melihat riaksi lelaki itu. Jarang-jarang Edhan menggunakan akal fikiran yang telah dikurniakan-Nya seserius ini dengan rela hati. Sedangkan, Furqan dan Bella pun terpaksa merayu melutut kepada lelaki itu setiap kali mempunyai kerja yang perlu diuruskan dengan segera. Bahkan, Tuan Darren dan Puan Sofea sendiri juga terpaksa menjanjikan sesuatu dengan satu-satunya anak mereka ini demi menginginkan keputusan terbaik dan mengharapkan Edhan mengambil alih syarikat Tuan Darren. Kadang-kadang ugutan juga terpaksa diberikan.

Alex memberi isyarat mata kepada Furqan, bertanyakan tentang tingkah laku Edhan sekarang. Furqan angkat bahu. Dia sendiri pun tidak tahu dan pertama kali melihat perlakuan Edhan yang satu ini.

"So, I need to get the sons's approval as well," ujar Edhan tiba-tiba dalam nada perlahan.

"Hah?" serentak Alex dan Furqan menyahut bingung.

Senyuman penuh makna terlakar di bibir Edhan, membuatkan Alex dan Furqan gelisah melihat senyuman Edhan.

This monster is even scarier when he smiles!

** 🦋 **

Hanis berjalan menuju ke dewan setelah guru subjek sejarahnya memberikan pengumuman mengenai kelasnya yang akan digabungkan dengan kelas 5SN2 dan 5AC1.

Setibanya di Perdana Hall, langkahnya diatur menuju ke tempat duduk di belakang sekali memandangkan tempat duduk di bahagian hadapan semuanya sudah dipenuhi. Pandangan para pelajar kini terarah padanya, memerhati setiap tingkah-lakunya di belakang.

Hanis mengusap pipi kanannya. Dia perasan sesuatu yang berubah daripada pandangan pelajar-pelajar itu, terutamanya pelajar perempuan. Pandangan mereka umpama ingin menerkamnya hidup-hidup.

"Sorry, sebelah kau dah ada orang?" tegur satu suara, spontan membuatkan Hanis menoleh.

Seorang lelaki berkemeja putih disertakan dengan blazer maroon gelap, berdiri di sebelah bersama buku-buku yang berada dalam pegangan. Hanis mengerutkan dahi. Ini pertama kali wujudnya pelajar lain yang ingin duduk di sebelahnya. Pun begitu, teguran lelaki itu dibalas dengan gelengan, menandakan tempat di sebelahnya masih tidak diduduki sesiapa.

Lelaki itu tanpa segan-silu melabuhkan duduk di sebelahnya. Buku dan alat tulis diletakkan di atas meja tanpa mempedulikan pandangan bingung Hanis yang masih tertumpu ke arahnya.

"Gosh, ketua pengawas! Kita sekelas dengan ketua pengawas siaa!"

"Damn.."

"Kenapa Rayyan duduk dengan budak nerd tu?!"

"It's always her! Senior Edhan dia nak! Rayyan pun dia nak! What a b*tch!"

Hanis membulatkan mata. Lelaki di sebelahnya dipandang. Perbualan pelajar-pelajar yang mengutuk dirinya tidak dipedulikan. Apa yang lebih menarik perhatiannya ialah gelaran lelaki yang duduk di sebelahnya saat ini.

Ketua pengawas!?

The most difficult head prefect to see his existence in this school?

Darwish Rayyan!?

"Mata kau kalau boleh memang nak sebesar mata Minion ke?" tegur Rayyan. Lelaki itu mengangkat wajah kemudiannya membalas pandangan gadis di sebelahnya.

Laju Hanis menggeleng kepala.

Rayyan menongkat dagu, masih memandang ke arah Hanis. Kepalanya diangguk kecil dengan bibir sedikit bergerak. "Well, kau buka mata luas-luas pun tetap mata sepet kau tak boleh sebesar macam mata Minion." kata Rayyan selamba.

Tidak berkelip mata Hanis saat mendengarkan kata-kata Rayyan. Ini gurauan atau perlian atau satu pujian untuk matanya?

"Nama kau?" tanya Rayyan.

Hanis tidak menjawab.

Melihatkan Hanis yang langsung tidak terkutik ingin menjawab pertanyaannya, Rayyan selamba mengambil buku gadis itu.

"Qaisara Hanis binti Yusoff."

Hanis mengambil semula bukunya dengan pantas. Rayyan dipandang dengan pandangan 'judge'. Ini apa masalah lelaki ini tiba-tiba nak tahu nama orang bagai ni?

Pandangan Hanis tidak diendahkan. Rayyan menoleh ke hadapan, atau lebih tepat ke arah sekumpulan pelajar yang tadinya sibuk bergosip tentang mereka berdua.

"Warning for the first time. Whoever dares to use abusive words to Qaisara Hanis from class 5SN1 or anyone, your name will be included in the list of problematic students. Second warniny, you will be removed from this school immediately. So, shut your freaking rude mouth." tegas Rayyan bersuara memberi amaran kepada pelajar-pelajar di dalam dewan itu.

"Nur Fazrina from 5SN1. Even though you're her classmate, I still need to write your name in the list of problematic students since you insulted the girl next to me. 'B**ch right? Nice. If someone informs me that you're insulting Qaisara Hanis again, you need to get ready to find a new school. That's even if there are other schools that want to take you. Is it clear?" sambungnya lagi sambil mencatat nama gadis yang dipanggilnya itu di dalam buku rekod pelajar yang sentiasa berada dalam pegangannya.

Gadis bernama Nur Fazrina itu tercengang. Bukan hanya dia. Malah, satu dewan itu terkejut dengan kenyataan ketua pengawas.

"Ah! Almost forgot! If you get kicked out of school, it means you won't have much time to find a new school to continue the SPM, right?" Rayyan pura-pura terkejut kemudian tersenyum sinis, menambahkan lagi getaran bagi mereka yang mendengar. "Then, you should behave yourself. Am I right, Nur Fazrina?" ujarnya lagi.

"Y-yes," sahut Nur Fazrina takut-takut.

"What a good girl." puji Rayyan.

Pelajar lain kian menunduk. Takut ingin bertentangan mata dengan Rayyan, satu-satunya ketua pengawas yang paling tegas dalam sekolah ini walaupun kewujudannya sukar untuk dilihat.

Hanis terpinga-pinga. Pertama kali, eh! Tidak! Ini kali kedua wujudnya manusia yang pertahankan dirinya. Tapi, kenapa lelaki di sebelahnya ini seakan seperti seseorang yang dikenalinya?

"Jangan risau. Aku bukan buat semua ni untuk kau. Aku buat untuk diri aku sendiri. So, kau jangan perasan," ujar Rayyan tiba-tiba, kembali memandang ke arah Hanis.

"Awak..."

Rayyan mengangkat kening.

"... ada masalah perwatakkan ke? Multiple identity disorder?" tanya Hanis straight to the point menusuk ke hati Rayyan.

Rayyan tercengang. Terasa dalam sesuatu menikam dirinya. Inikah dikatakan budi baik dibalas dengan kejahatan?

** ❤️ **

OBSESSIONWhere stories live. Discover now