03

1.1K 69 1
                                    

[UPDATED: 21 MARCH 2024]

  
   Loceng berbunyi menandakan tamatnya sesi pembelajaran pertama dan berganti dengan waktu rehat untuk pelajar tingkatan 4, 5 dan pelajar STPM. Hanis mengemas buku-bukunya, manakala pelajar yang lain awal-awal lagi sudah berlari keluar dari kelas menuju ke kafe.

"Hanis tak keluar rehat ke?" tegur Zariff.

Hanis mendongak kepala, memandang Zariff yang kini berdiri di hadapan mejanya. Senyuman yang terukir di bibir Zariff mengundang perasaan meluat di hatinya.

"Rehat," jawabnya ringkas mengharapkan lelaki itu berlalu pergi dari situ dan tidak terus berbual dengannya.

"Nak Zariff temankan Hanis?" tanya Zariff dengan nada lembut yang mampu mencairkan hati sang wanita yang mendengarnya.

Tetapi, tidak berlaku pada Hanis memandangkan dia tahu niat sebenar Zariff ramah dengannya. Lelaki itu sekadar ingin mempermainkan dirinya. Bukannya dia tak tahu. Sedangkan, dia sendiri yang terdengar perbualan lelaki itu dengan rakan-rakannya tempoh hari. Zariff mencuba mendekatinya hanya kerana dicabar oleh rakan-rakan lelaki itu. Sengaja dia pura-pura tidak tahu. Mahu lihat sendiri lelaki itu memperbodohkan diri sendiri.

"Hanis." satu suara memanggil.

Hanis dan Zariff serentak menoleh ke arah suara itu. Kelihatan Edhan bersama wajah dinginnya sedang bersandar di pintu kelas sambil menyilang tangan. Dia memandang tajam ke arah Zariff.

"Senior Edhan?" ujar Zariff hairan melihat Edhan di kelasnya sedangkan jarak antara bangunan kelasnya dengan bangunan pra-U terlalu jauh jika ingin dibandingkan. Apa yang lelaki itu buat di sini? Lagi-lagi di kelasnya.

"Saya rehat dengan Senior Edhan," kata Hanis sinis kemudiannya melangkah mendekati Edhan. Jika ingin dipilih di antara Edhan dan Zariff, dia lebih memilih untuk bersama Edhan daripada bersama Zariff yang talam dua muka ingin mempermainkan dirinya. Sejahat-jahat Edhan, buat masa sekarang lelaki itu belum mengapa-apakan dirinya mahupun berkata buruk tentang dirinya.

"Hanis kenal Senior Edhan?" tanya Zariff agak terkejut. Hairan kerana setahunya Hanis tidak rapat dengan mana-mana pelajar, tambah pula senior mereka.

"Kau ada masalah kalau dia kenal aku?" soal Edhan tiba-tiba.

Zariff telan liur. Meremang bulu romanya saat mendengarkan suara Edhan yang terlalu menakutkan baginya. Aura lelaki itu saja sudah menggerunkan, apatah lagi renungan mautnya.

"T-tak. Tak ada masalah," laju Zariff menggeleng kepala.

Hanis yang bersembunyi di belakang badan tegap Edhan sekadar memerhati riaksi Zariff di sisi kanan Edhan. Timbul persoalan di minda Hanis saat melihat Zariff yang seakan-akan takut dengan Edhan. Bahaya sangat ke Edhan sampaikan Zariff pun boleh takut dengan lelaki itu?

"Jom," ajak Edhan, mula mengatur langkah.

Hanis akur lalu mengikut langkah Edhan menuju ke kafe. Dalam perjalanan menuju ke kafe, Hanis mulai tidak selesa tatkala pandangan para pelajar kini terarah pada mereka berdua. Bisikan-bisikan pelajar kian kedengaran.

"Eh? Tu Senior Edhan kan? Kenapa Senior Edhan jalan dengan perempuan tu?"

"Damn! She stole my crush!"

"Mata empat tu dengan Senior Edhan!?"

"Rasanya mesti perempuan tu buat masalah dengan Senior Edhan."

"Budak nerd tu mesti confess dekat Senior Edhan tapi Senior Edhan tolak. Lepastu dekat-dekat dengan Senior Edhan kononnya nak acah Senior Edhan terima dia."

OBSESSIONWhere stories live. Discover now