17

497 29 6
                                    

Aryan berdiri di hadapan cermin panjang di dalam biliknya dengan hanya bertuala dililit di pinggang kecil itu sambil tangan kanan memegang sleeveless jersey hitam bertuliskan 'Aryan' dan angka 18, dan short juga berwarna hitam, manakala di tangan kiri memegang pula kemeja sage green dan suit pants berwarna khaki. Mata light brown si kecil itu berkelip-kelip, buntu memikirkan outfit-nya untuk petang itu.

Hanis yang sedang membantu Ayden mengeringkan rambut itu hanya memerhati tindak-tanduk Aryan. Ayden pula seperti biasa, sibuk menempek bedak Carry Junior di muka gebu sambil memandang diri sendiri di cermin. Sesekali Ayden menjungkit kening berkali-kali di hadapan cermin sambil tersengih comel.

"Mama, which one makes Yanyan look more handsome?" akhirnya Aryan bersuara setelah hampir 15 minit memikirkan pilihan yang tepat untuknya, sedangkan Ayden awal-awal lagi sudah menyarung baggy jersey putih bertulisan Ayden dan angka 12, dan short hitam.

Hanis tahan ketawa. Lucu mendengar pertanyaan Aryan.

"Hmm.. mama rasa.. the one in your right hand," balas Hanis.

"But Yanyan looks like Denden if Yanyan wears this," Aryan memuncungkan bibir. Dia menjeling sekilas lalu Ayden yang sedang memuncung itik dan fokus mengoles pelembab bibir. Sangat santai dengan hidupnya yang hanya ditemani bedak Carry Junior dan pelembab bibir yang dibelikan khas oleh Hanis kepada Aryan dan Ayden.

Hanis mengusap belakang lehernya. Nak jujur tapi risau kena jelingan maut Aryan pula. Pun begitu, Aryan pakai lah macam mana pun, tetap si kecil itu akan nampak seperti Ayden memandangkan mereka berdua kembar seiras.

"Tapi mama rasa Yanyan lagi handsome kalau pakai jersey. Gegirl suka tau tengok handsome boys show their arms, especially those with biceps. Nampak cool gitu," bodek Hanis sengaja ingin memancing Aryan.

"Yanyan pakai yang ni lah," Terpedaya akan kata-kata Hanis, akhirnya Aryan memilih untuk serasi dengan Ayden. Dia berlari anak masuk semula ke bilik air untuk menukar pakaian.

Hanis tersenyum sambil menggeleng kepala melihat telatah Aryan.

"Mama.." panggil Ayden.

"Iya?"

"Denden nampak cute tak?" tanya Ayden sambil memuncungkan mulut sambil mengenyitkan mata.

Tangan kanan naik terletak di dada. Hanis memejamkan mata sambil mengemam bibir. Cair melihat kecomelan Ayden. Ini kalau Rayyan yang tengok, boleh jatuh pingsan lelaki itu nanti gara-gara heart attack melihat kecomelan Ayden.

"Cute! Adorable! Lovely! Sweet! Mama kasi 5 love! You're so adorable!" puji Hanis jujur.

Ayden ketawa mengekek. Suka mendengar pujian dari Hanis.

Ting!

Satu pesanan masuk menarik perhatian Hanis. Dia bangun lalu mencapai handphone yang sedang di-charge di atas meja lampu bilik Aryan dan Ayden. Laju tangan membuka kotak pesanan selepas melihat nama yang tertera di notification.

Edhan Darell
Rayyan otw

Hanis mencebik. Geram melihat Edhan yang hanya menghantar satu pesanan untuknya. Itupun berkaitan tentang Rayyan yang dalam perjalanan ingin mengambil Aryan dan Ayden. Ingatkan lelaki itu akan memujuknya selepas kes malam semalam. Last-last dua-dua ego tinggi. Masing-masing tak nak minta maaf dulu. Entah siapa sebenarnya yang salah pun tak tahu.

"Meluat!" ujar Hanis perlahan.

Bunyi hon kereta menarik perhatian Hanis dan si kembar. Ayden bangun dan menuju ke arah balkoni bilik. "Mama! Mama! Pakcik Rayyan is here!" teruja Ayden bersuara sebaik sahaja melihat BMW M850i matte black berhenti di hadapan pagar rumah. Ayden berlari mencapai baseball cap miliknya dan menuju ke arah cermin.

OBSESSIONWhere stories live. Discover now