07

967 62 0
                                    

[UPDATED: 21 MARCH 2024]

Edhan bersandar pada sofa di ruang pejabatnya. Dia menghela nafas berat. Leher yang terasa lenguh gara-gara kesibukan seharian menyelesaikan kerja-kerjanya tanpa sempat untuk berehat, direhatkan di kepala sofa. Mata yang semakin terasa layu dipejamkan untuk seketika.

Selang beberapa minit, kedengaran ketukan di pintu. Edhan mendengus kasar. Matanya dicelikkan semula. Boleh tekanan dia kalau hari-hari macam ni.

"Masuk," arahnya dingin.

Bella melangkah masuk bersama beberapa dokumen di tangan. Edhan menarik nafas sedalam yang mungkin saat matanya terpandangkan dokumen di tangan Bella, lalu dihembuskan semula. Bella belum cakap apa-apa pun dia dah dapat agak tujuan wanita itu datang ke pejabatnya.

"You're not satisfied to see me happy for a moment, right Bella?" perli Edhan kemudiannya bangun dari sofa dan menuju ke meja kerjanya.

Bella senyum. Dokumen-dokumen yang berada dalam pegangannya itu diletakkan di atas meja kerja Edhan, tepat di hadapan majikannya yang baru sahaja melabuhkan duduk.

"Bukan selalu Encik Edhan datang office. Alang-alang Encik Edhan dah datang, dengan senang hatinya saya mempersembahkan dokumen-dokumen yang perlu Encik Edhan tanda," seloroh Bella, tercuit hatinya melihat wajah tidak puas hati majikannya.

"You may go now," arah Edhan, langsung tidak mengendahkan kata-kata Bella.

Edhan mengambil dokumen yang perlu ditandatanganinya. Tumpuannya terganggu apabila kewujudan Bella masih setia berdiri di hadapannya dengan senyuman yang mekar di bibir merah itu dari tadi. Bukannya Edhan tak perasan. Dari pagi hingga sekarang, wanita itu tidak putus-putus tersenyum. Entah apa yang membahagiakan sangat pun dia tak tahu. Sedangkan Edhan di sini pula merana gara-gara tidak dapat bertemu dengan Hanis untuk seharian ini. Mulai esok pula, cuti sekolah. Makin bertambah tekanan dia hari ini.

"Do you have anything to say?"

"No, Encik Edhan." jawab Bella pantas.

"So, why are you still standing here?" tanya Edhan, rimas dengan kewujudan Bella. Kalau Hanis, tak apa la juga. Sejuk mata memandang, berbunga kembang lagi taman di hatinya.

"Saya tunggu Encik Edhan siap sign." balas Bella ringkas.

Edhan menghela nafas kecil. Tangannya segera mengambil dokumen seterusnya dan ditandatangani dengan pantas. Jika ingin diikutkan hatinya, sudah lama dia menukar setiausahanya. Dari cara pandangan Bella pun dah buatkan dia tak selesa, apatah lagi bekerja sebumbung dengan wanita itu. Tetapi, melihatkan kecekapan kerja wanita itu, niatnya dibiarkan begitu saja.

Tunggulah. Bila Hanis dah sah jadi isteri dia, memang Bella dia gantikan dengan orang lain. Kalau Hanis setuju, biar Hanis saja yang jadi setiausahanya. Biar tiap masa boleh jumpa. 24 jam menghadap muka comel Hanis. Lagi semangat nak buat kerja.

Selesai menandatangani kesemua dokumen, Edhan menolak perlahan dokumen-dokumen tersebut kepada Bella. "Done. You may go now," arah Edhan sekali lagi.

Bella mengambil semula dokumen-dokumen tersebut. "Encik Edhan dah nak balik ke?" tanya Bella apabila melihat Edhan yang tiba-tiba berdiri lalu mengambil kunci kereta.

Edhan sekadar membalas dengan anggukan kecil sebelum melangkah keluar dari pejabatnya, meninggalkan Bella yang terpinga-pinga di dalam pejabatnya.

Bella memandang Edhan yang semakin hilang daripada pandangannya. Senyumannya serta-merta mati. Hilang perasaan gembiranya saat bersama dengan lelaki itu sepanjang hari ini.

I wish I could spend more time with you.

** 🦋 **

"Hi."

OBSESSIONWhere stories live. Discover now