08

1K 65 2
                                    

[UPDATED: 21 MARCH 2024]

Bau kopi memenuhi setiap ruang di dalam kafe itu. Seorang pelayan wanita berjalan menghampiri tempat duduk mereka lalu meletakkan iced coffee yang dipesan oleh Rayyan, dan chocolate cheese cake, carrot juice dan iced milk tea yang dipesan oleh Hanis.

"Enjoy your dessert." ujar pelayan wanita itu ramah sebelum berlalu pergi menyambung tugasnya.

Hanis membalas dengan senyuman kecil. Piring chocolate cheese cake dihulurkan kepada Aryan dan Ayden. Begitu juga carrot juice kesukaan Ayden dan iced milk tea yang menjadi pilihan Aryan.

Setiap perbuatan Hanis hanya menjadi tatapan Rayyan yang sedang menghirup iced coffee-nya. Pandangannya beralih pula memandang si kembar yang tersenyum bahagia, menikmati chocolate cheese cake yang dikongsi bersama.

Cute!

Mengingatkan kejadian di kedai roti tadi, puas juga dia memujuk si kembar yang memandang serong pada dirinya yang tidak bersalah itu, untuk menebus kesalahan gara-gara terambil muffin kegemaran Ayden.

Akhirnya, di sinilah mereka, seperti yang dijanjikan oleh Rayyan, dia akan membayar setiap makanan yang diinginkan oleh si kembar.

"Anak-anak kau ke?" tanya Rayyan, persoalan utama yang bermain di fikirannya sejak Ayden mengaku bahawa Hanis ialah mama kepada si kembar.

Hanis geleng. "Tak. Anak arwah kakak saya. Saya yang ambil alih penjagaan," terang Hanis, tidak mahu Rayyan berfikir yang dirinya sudah berkahwin di usia muda. Umur 17 dah berkahwin, siap ada anak berusia 3 tahun? Gila?

"Kau jaga sorang-sorang?"

"Tak. Selalunya lepas diorang habis kelas tadika, keluarga belah arwah abang ipar diorang yang tolong jagakan sampai saya habis kelas." jawab Hanis.

"Masalah kewangan?"

Hanis mengerutkan dahi. Banyak pula soalan lelaki itu. Sudahlah pertama kali mereka berjumpa pagi tadi. Sebelum ini, tak pernah-pernah dia terserempak dengan Rayyan, tiba-tiba saja petang ini dia boleh terserempak lagi dengan lelaki itu.

"Jangan risau. Saya tak ada masalah kewangan." balas Hanis jujur. Memang dia langsung tak ada masalah kewangan. Harta yang ditinggalkan oleh keluarganya dan abang iparnya saja sudah cukup untuk menyara hidup mereka bertiga untuk lima enam tahun akan datang. Lagipun, kewangan hanya digunakan untuk keperluan harian mereka bertiga memandangkan dia tidak perlu membayar yuran sekolah dengan segala bayaran yang berkaitan dengan pembelajaran kerana dia mendapat biasiswa.

Rayyan terdiam. Terkumat-kamit bibirnya sambil memikirkan sesuatu.

"Very unexpected," ujar Rayyan perlahan.

"Hah?"

"Nothing."

"Pakcik. Pakcik kenal mama ke?" tanya Aryan dengan mulutnya yang sudah comot dengan sos coklat di bibir.

Rayyan pasrah. Jika ini dugaan hidupnya untuk sementara, terpaksa dia terima walaupun hati tidak merelakan dirinya yang baru berumur 17 tahun ini digelar sebagai 'pakcik'. Mungkin di mata si kembar, wajahnya sudah berkedut seperti pakcik-pakcik yang pernah dilihat mereka? Ketampanannya juga mungkin sudah hilang gara-gara terlalu tekanan dengan tugasan-tugasan di sekolah dan vibes spm yang akan datang?

"Mama korang belajar satu bangunan dengan pakcik," jawab Rayyan, hampir tergeliat lidahnya ingin menggelar dirinya sebagai 'pakcik'. Reality hits so hard! This is what we called spain without s.

"Pakcik is mama's friend?" tanya Ayden dengan mata bulatnya yang bersinar-sinar.

Auch? Rayyan memegang dadanya. Kecomelan apakah yang terpancar di matanya ini? Adakah ini bidadara kecil yang turun dari langit sebagai penyinar hari-harinya yang akan datang?

"Yes!" jawab Rayyan bersungguh-sungguh tanpa berfikir panjang.

Hanis memandang Rayyan atas bawah atas bawah. Sejak bila pula dia berkawan dengan ketua pengawas yang satu ini?

"Tapi mama Ayden pretty. But, pakcik ugly." ujar Ayden dengan wajah innocent tidak bersalahnya. Dia menyuap kek coklat ke dalam mulut.

Rayyan pejam mata. It's okay, dearself. Tetap santai walaupun jiwa dan raga dibantai . Biarlah ugly di mata si kembar, asalkan handsome di mata gadis-gadis di luar sana. Citarasa manusia semuanya lain-lain. Just be yourself and don't be insecure, Darwish Rayyan.

Bak kata Kim Seok Jin, 'Your presence can give happiness. I hope you remember that. Just love yourself'.

"Ayden, apa ni cakap macam tu? Tak baik cakap macam tu. Terasa Pakcik Rayyan nanti. Dia merajuk dengan Ayden macam mana? Minta maaf cepat," tegur Hanis.

"Sorry, pakcik," ucap Ayden bersalah selepas ditegur oleh Hanis.

Rayyan mengukir senyuman. Senyuman yang penuh dengan kesakitan dan kepasrahan. Pakcik Rayyan? Kenapa dia lebih rela dipanggil 'uncle' daripada 'pakcik'? Sedangkan maksudnya tetap sama.

"It's okay. Pakcik Rayyan is okay." ujar Rayyan dengan nada perlahan.

Hanis kemam bibir, menahan tawa daripada terhambur keluar. Geli hati melihat riaksi wajah Rayyan yang jelas kelihatan lelaki itu culture shock dengan gelaran 'pakcik'.

"Uncle Rayyan rapat dengan mama?" giliran Aryan pula bersuara.

Pantas Rayyan berpaling menghadap Aryan. Matanya terpancar sinaran bahagia saat mendengarkan perkataan yang keluar dari mulut kecil itu.

You are my brother now, Aryan. Uncle loves you very much! A big invisible kiss for you. <3

"Rapat.... Rapat sangat!" balas Rayyan, cair melihat wajah comel si kembar yang tidak secomel anak-anak buahnya. Mungkin kakaknya tidak terlalu comel?

"Sorry? But kita ba–"

Percakapan Hanis terhenti apabila jari telunjuk Rayyan membuat isyarat jari di bibir, menyuruhnya untuk tidak meneruskan apa yang ingin dikatakan.

"Aryan dengan Ayden pernah pergi main waterpark tak?" tanya Rayyan tiba-tiba.

Aryan dan Ayden berpandangan. Masing-masing menggeleng kepala, membuatkan Rayyan semakin teruja melihat kecomelan si kembar. Mode fanboy cuba untuk dikawal agak tidak terlalu obses. Mahu saja pipi-pipi comel si kembar itu dicubitnya. Geram!

"Nanti nak ikut uncle pergi waterpark tak?" ajak Rayyan, berkira-kira ingin mengatur jadual hariannya selepas tamatnya peperiksaan SPM yang akan berlangsung dua bulan lagi.

Hanis bingung. Sebenarnya Rayyan ni dua orang ke? Kejap dingin, kejap terlebih peramah. Kejap jahat, kejap baik. Bila ditanya sama ada lelaki itu mempunyai masalah perwatakkan, dijelingnya dia hidup-hidup.

"Nak!" serentak si kembar bersuara teruja.

"But mama also go," ujar Ayden lagi.

"Of course! Your mama also go!" balas Rayyan. Asalkan si kembar mahu, satu kampung pun dia sanggup bawa. Lautan api sanggup ku renangi demi kamu, si kembar.

"Yeah!" sorak si kembar.

Riaksi wajah Rayyan berubah saat melihat si kembar yang bersorak teruja. Hanis dipandangnya dengan pandangan serius.

"Hanis."

Hanis tersentak.

"Y-ya?"

"Give your nephews to me."

"Hah?"

** ❤️ **

OBSESSIONWhere stories live. Discover now