19

223 15 0
                                    

Alunan ombak membelai pantai memberikan ketenangan setelah berminggu lamanya membantu suaminya menyelesaikan urusan kerja

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Alunan ombak membelai pantai memberikan ketenangan setelah berminggu lamanya membantu suaminya menyelesaikan urusan kerja. Puan Sofea bersandar di kerusi malas sambil menikmati pemandangan laut. Bibir tersenyum kesenangan.

"Dear, I think we should go home now," Tuan Darren di sebelah bersuara tiba-tiba.

Puan Sofea memandang suaminya dengan pandangan hairan. Pucat lesi wajah tampan suaminya seakan baru sahaja melihat sesuatu yang mengejutkan. Suaminya dilihat fokus tertumpu pada skrin handphone yang berada di tangan.

"Why? What happen? Is there a problem with the company? If so, Edhan can take care of it, right?" tanya Puan Sofea.

Tuan Darren angkat muka. Wajah isterinya dipandang penuh cuak. "The problem now is your son." ujar Tuan Darren.

"What about Edhan?" tanya Puan Sofea, masih tidak faham mengapa Edhan yang menjadi masalah sekarang. Jika anak lelakinya itu ingin membuat masalah sekalipun, bukannya masalah besar sekalipun. Paling-paling anak lelakinya itu melarikan diri ke negara luar gara-gara tidak mahu menguruskan Stella yang setiap masa menganggu anaknya. Dia tahu, tapi sengaja dia membiarkan Stella menganggu Edhan.

Sejujurnya, dia langsung tidak sukakan Stella, apatah lagi berniat ingin menyatukan Stella dan Edhan. Tetapi, melihatkan Edhan yang mengikut cakapnya setiap kali dia mengugut anak lelakinya untuk dinikahkan dengan Stella, terpaksa dia gunakan taktik jahat itu. Kalau tidak, sampai ke sudah anaknya itu akan degil.

"He told me that he wants to marry! And what even worse, dia nak culik anak dara orang kalau lamaran dia ditolak! We need to help that girl right now!" semakin gelabah Tuan Darren apabila mengenangkan perangai anaknya itu yang tidak pernah main-main dengan apa yang dikatakan. Jika benar lamaran Edhan ditolak, kemungkinan untuk dia culik dan kahwin paksa anak dara orang itu akan berlaku!

Terbuntang luas mata Puan Sofea mendengar apa yang dikatakan suaminya itu. Dia yang tadinya di posisi bersandar, secara spontan kembali duduk tegak. Handphone di tangan suaminya segera dicapai.

Edhan (Son)
- I'm getting married soon.
- If my proposal is rejected, get ready to go to Siam.
- You need to be prepared if your son is arrested for kidnapping.
- Don't tell mummy. Later she will go crazy.
- But I know you'll tell her anyway.
- If you read this mummy, your future daughter-in-law is much better than that octopus. See you.

"Anak bertuah! Kerja gila apa yang dia tengah rancang sekarang?!" Puan Sofea bingkas bangun. "Jom, bang! Sebelum bakal menantu saya tu tak dapat diselamatkan, kita kena gerak sekarang!" gesanya.

Tuan Darren hanya akur. Apa-apa nanti bini dia yang uruskan. Dia duduk tepi jadi pengadil. Kalau masuk campur, dia pula yang kena sekali.

• • • •

"Let's get married, honey."

Senyuman yang tadinya lebar, semakin kendur. Hilang bicaranya sebaik sahaja mendengar apa yang baru sahaja dikatakan oleh Edhan. Jantung berdegup laju. Jika Formula 1 dikatakan antara terpaling laju dan stabil, maka saat ini jantungnya lebih laju tetapi tidak sestabil Formula 1.

"Ja-jangan buat lawak, Edhan. It's not funny at all," tegur Hanis serius. Ingat kahwin ni macam main kahwin-kahwin zaman kanak-kanak dulu ke?

"Honey, I'm serious right now. This is not a joke. I don't want to wait until you finish studying. Let's get married and you can still study as usual. I won't stop you if you want to continue studying. I just want you always by my side. As long as you are not completely mine, I will keep thinking that you will leave me and go to another man. I want to be the important and special person in your life, Aryan and Ayden's life. Please?" pinta Edhan penuh berharap Hanis menerimanya.

Tidak dinafikan, Hanis terharu dengan kata-kata Edhan, tetapi dalam masa yang sama dia juga buntu. Benar jodoh tidak memerlukan perkenalan yang lama. Ada yang kenal sekejap, tetapi berakhir dengan Ijab dan Qabul. Tetapi, adakah dia dan Edhan di dalam kategori yang sama? Akan kekal lama ka rumah tangga mereka dengan hanya perkenalan yang singkat ni? Ya, benda yang boleh dihalalkan secepat mungkin, benda yang bagus. Siapa yang tak nak? Tapi..

"Kau takut kalau kita kahwin, rumah tangga kita tak bertahan lama? Kau takut aku cari perempuan lain lepas kita dah kahwin nanti? Kau takut aku abaikan kau kalau kita dah serumah? Kau takut aku muak dengan kau? Kalau kau takut semua tu, kita buat perjanjian pranikah. Aku sanggup serahkan semua harta aku kalau apa yang kau takutkan tu betul-betul terjadi," ujar Edhan serius. Belum pernah lagi dia terdesak begini. Hanya Hanis yang mampu membuatkan dia bertindak sedemikian.

Hanis diam. Tidak tahu ingin memberi respond yang sesuai dalam situasi ini.

"Kau tak percaya aku ke?" pujuk Edhan lagi. Tetap utamakan Plan A dahulu, sebelum terpaksa guna Plan B.

Hanis mengeluh. Pasrah.

"Kalau family awak restu, kita kahwin. Apa-apa pun, kena ikut pendapat parents awak," putus Hanis. Fikirnya, jika keluarga Edhan merestui sekalipun, tetap saja keluarga Edhan akan memilih untuk menyatukan mereka selepas dia tamat belajar. Realiti bukan seperti dunia lakonan yang benarkan perkahwinan berlangsung di zaman sekolah. Dan jika keluarga Edhan tidak merestui hubungan mereka, apa saja dia mampu buat. Restu keluarga itu penting. Mungkin memang mereka tidak berjodoh.

Bersinar-sinar mata Edhan merenung Hanis setelah mendengar jawapan gadis itu.

Hanis mengangguk yakin dengan keputusannya. Lagi beberapa bulan sahaja lagi dia akan menamatkan zaman belajar. Jadi, tak ada istilah kahwin masa belajar.

Edhan tersenyum penuh makna. Handphone yang sedari tadi bergetar di kocek seluarnya tidak dipedulikan. Tanpa perlu dilihat, dia sudah dapat mengagak siapa yang tidak henti-henti cuba menelefonnya. Nasib saja awal-awal lagi dia meng-silent-kan handphonenya.

"You can't take back what you said, honey." kata Edhan.

Hanis tergelak kecil. Edhan dilihatnya seperti kanak-kanak kecil saat ini. "Iya, Edhan. Saya berpegang teguh dengan apa yang saya cakap," balas Hanis bersungguh-sungguh meyakinkan Edhan. Takut sangat dia tak nak kahwin.

Edhan senyum. Senyuman yang memiliki seribu makna tersirat.

Yeah, the thing you should be afraid of is not me looking for another woman or fed up with you after we get married later. But, you should be afraid of how obsessed I am with you after you are completely mine, honey.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
OBSESSIONWhere stories live. Discover now