06

951 62 0
                                    

[UPDATED: 21 MARCH 2024]

"Assalamualaikum," Airysh memberi salam sebaik sahaja pintu dibuka dari dalam.

Puan Ratna muncul bersama Aryan dan Ayden di sebelah. Melihatkan Hanis yang kini berdiri di hadapan pintu, serentak kembar itu berlari memeluknya.

"Mama!"

Hanis melutut, membalas pelukan Aryan dan Ayden. Puan Ratna sekadar tersenyum melihat keakraban adik kepada arwah menantunya yang satu ini dengan cucu-cucunya.

"Hanis baru balik dari sekolah?" tanya Puan Ratna.

"Ha'ah, makcik. Ini pun terus datang sini sebab takut lama pula tinggal Aryan dengan Ayden." ujar Hanis ramah.

Puan Ratna senyum pasrah. Berulang kali dia meminta gadis itu memanggilnya 'ibu', tetap saja gadis itu masih kekok ingin memanggilnya 'ibu'. Muda-muda lagi dah terpaksa hidup berdikari tanpa kasih sayang ibu bapa. Pilu hati tuanya melihat gadis muda itu yang sanggup menjaga anak-anak arwah menantunya walaupun diri sendiri juga sudah tiada tempat menagih kasih sayang ibu bapa.

"Baguslah! Sedar diri juga kau. Ingatkan terus nak menyusahkan kitorang jagakan budak-budak tu," sampuk satu suara dengan nada agak tinggi.

Hanis menoleh memandang Farisha, kakak kepada arwah abang iparnya. Jelingan wanita itu tidak lepas merenung ke arah Aryan dan Ayden, menunjukkan betapa meluatnya wanita itu dengan anak-anak saudaranya.

"Farisha Aina! Mulut tu jaga sikit!" marah Puan Ratna.

Farisha mendengus.

"Apa? Betul apa? Ingat Achik tak ada kerja lain ke nak menjaga budak-budak nakal tu? Sehari tak menyusahkan orang tak sah!" ujar Farisha lagi.

Puan Ratna mengurut dahinya berserta keluhan berat. Pening memikirkan perangai Farisha yang tidak sukakan anak-anak Fakhrul. Ada saja yang tak kena di mata anak perempuannya.

"Mama.. nak balik.." adu Ayden perlahan, mengeratkan lagi pelukan pada Hanis. Begitu juga Aryan. Takut akan Farisha.

Hanis mengusap lembut belakang Aryan dan Ayden, ingin menenangkan si kembar.

"Kitorang minta diri dulu, makcik." ujar Hanis meminta diri, tidak mahu berlama-lama di situ. Intonasi Farisha saja sudah menyakitkan hatinya, apatah lagi setiap bait perkataan yang keluar dari mulut wanita itu. Ikutkan hati, mahu saja mulutnya membalas kembali kata-kata Farisha. Tetapi mengingatkan wanita itu tua daripadanya, dan ibu mentua arwah kakaknya juga berada di situ, ditahankan saja kesabarannya.

"Baik-baik drive tu," pesan Puan Ratna.

Hanis mengangguk.

"Jom?" ajak Hanis pada Aryan dan Ayden.

"Balik!" sahut Aryan dan Ayden teruja.

Semakin hilang Hanis dan cucu-cucunya dari pandangan, Puan Ratna berpaling menghadap anak sulongnya.

"Mulut kamu kenapa biadap sangat Achik? Banyak sangat pahala agaknya sampaikan bercakap serupa manusia ilmu cetek. Kalau iya pun benci dengan anak-anak abang kamu, jangan menunjuk sangat depan orang. Budak-budak tu tak buat salah apa pun. Yang bermasalahnya kamu! Makin besar, ingatkan makin matang! Patut sangatlah suami kamu ceraikan kamu. Ibu sendiri pun dah tekanan dengan perangai kamu, lagikan bekas suami kamu." marah Puan Ratna semakin hilang kesabarannya dengan perangai Farisha. Puas dididik, ditegur, diajar, tetap saja tak berubah!

Farisha diam. Pun begitu, apa yang dikatakan Puan Ratna bagai mencurah air ke daun keladi. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Langsung tidak peduli dengan bebelan ibunya. Dah naik lali dengar benda yang sama.

"Ibu pun tak tahu apa nak jadi dengan kamu ni." keluh Puan Ratna lalu berlalu pergi dari situ. Takut makin hilang kawalannya melihat Farisha.

Farisha buat muka. Bibir mencebik.

** 🦋 **

Selepas menunaikan solat Asar, Hanis membawa Aryan dan Ayden ke pasaraya, membeli barang-barang dapur dan barang keperluan mereka bertiga.

Hanis menolak troli ke bahagian sayur-sayuran dan buah-buahan, manakala Aryan berjalan di sebelahnya sambil memegang erat tepi troli yang ditolak oleh Hanis. Ayden pula awal-awal lagi sudah meminta Hanis memasukkan dirinya di dalam troli.

"Carrot or broccoli?" tanya Hanis sebaik sahaja mereka berhenti di hadapan susunan lobak merah dan brokoli.

"Broccoli? No-no! Carrot yes!" ujar Ayden dengan gelengan dan anggukan comelnya. Ayden membuat muka 'tidak suka' saat melihat brokoli di hadapannya.

"Tapi Aryan suka brokoli." ujar Aryan pula, mengundang pandangan tidak puas hati Ayden.

Terasa seakan menyalurnya elektrik melalui pandangan si kembar yang saling menatap antara satu sama lain. Masing-masing tidak mahu kalah. Yang sorang, tak suka brokoli. Yang sorang lagi pula, suka brokoli.

"Then, mama beli dua-dua lah. Carrots for Ayden, broccoli for Aryan. Okay?" tanya Hanis, sekadar bertanya. Tetap juga dia akan membeli kedua-duanya walaupun si kembar membantah.

"Okay!" serentak Aryan dan Ayden menjawab bersama jari telunjuk dan ibu jari disatukan menunjukkan tanda 'okay'.

Hanis tergelak kecil. Comel!

Sesi memilih sayur dan buah-buahan diteruskan.

• Ubi; Twin's (done)
• Sawi; Twin's (done)
• Cendawan enoki; Hanis's (done)
• Epal merah; Aryan's (done)
• Anggur; Ayden's  (done)
• Banana; Twin's  (done)

Selesai di bahagian sayur dan buah, mereka singgah ke bahagian ayam, sebelum Aryan menarik Hanis menuju ke bahagian roti dan kek.

"Mama, bagels! Bagels, mama! Aryan wants bagels!" ujar Aryan teruja sambil jari telunjuknya menunjukkan ke arah susunan pelbagai jenis roti.

"Ayden nak muffin! Carrot cake muffin! Mama! Nak turun! Angkat angkat. Put me down," ujar Ayden juga teruja sambil mengangkat kedua-dua tangannya, meminta Hanis menurunkan dirinya dari troli.

Hanis geleng kepala. Macam-macam karenah! Ayden diangkatnya turun. Jejak saja kaki kecil itu di lantai, serentak si kembar berlari anak ke arah makanan kegemaran masing-masing.

"Aryan ambil tray dengan tongs dulu," arah Hanis pada si abang.

Aryan akur. Dulang dan penyepit makanan diambilnya dengan berhati-hati. Selesai mengikuti arahan Hanis, langkahnya diatur menuju ke arah mamanya. Dulang dan penyepit makanan diberikan kepada Hanis.

"Good boy," puji Hanis sekaligus mengambil dulang dan penyepit makanan yang dihulurkan oleh Aryan.

Aryan sengih menampakkan lesung pipit dan gigi kecilnya. Bangga kerana dipuji Hanis. Jiwa anak sulong menyala membara!

"Mama! Pali pali!" gesa Ayden tidak sabar ingin menawan carrot muffin kegemarannya.

Hanis tergelak. Kepalanya digeleng kecil. Tercuit hati mendengar Ayden meniru perkataan yang sering didengarinya setiap kali menonton drama korea. Semuanya berpunca daripada Hanis dan kakaknya. Kecil-kecil lagi dah mengajar budak-budak tengok cerita korea. Kan dah terpengaruh.

"Iya. Datang lah ni."

Hanis bergerak merapati Ayden, diikuti Aryan.

"Mama nak ni," ujar Ayden sambil menunjukkan ke arah muffinnya setelah Hanis berdiri di sebelahnya.

Baru sahaja Hanis ingin mengambil carrot muffin yang diinginkan oleh Ayden, satu tangan terlebih dahulu mengambil muffin yang ingin diambilnya. Spontan Hanis, Aryan dan Ayden menoleh ke arah pemilik tangan yang berani-beraninya mengambil muffin kegemaran Ayden.

Huh? Hanis terkedu. Tubuhnya mengeras saat matanya bertemu dengan sepasang mata hazel itu.

"Hi."

** ❤️ **

OBSESSIONWhere stories live. Discover now