10

1.1K 75 5
                                    

[UPDATED: 21 MARCH 2024]

Tepat jam 11:00 pagi, sebuah kereta Audi RS 7 Sportback berhenti di hadapan pintu pagar rumah. Hanis segera menyarungkan kasut sneakers budak-budak pada Ayden, manakala Aryan awal-awal lagi sudah siap berkasut sambil menunggu mama dan adik kembarnya.

"Woahhhh, mama's friend so handsome," puji Aryan tiba-tiba, serentak membuatkan Hanis menoleh dan memandang ke arah yang dipandang oleh si abang kembar.

Edhan yang santai mengenakan t-shirt putih di dalam bersama sweatshirt hitam dan slack jeans berwarna hitam, bersandar di kereta dengan tangan yang bersilang memeluk tubuh, menyapa pandangan Hanis. Sunglasses yang dipakai oleh Edhan menambahkan lagi ketampanan lelaki itu.

Hanis dan si kembar berjalan menghampiri Edhan seusai mengunci pintu rumah.

Melihatkan Hanis yang semakin mendekatinya, Edhan menurunkan cermin mata hitam. Pandangannya bertemu dengan renungan dua orang kanak-kanak lelaki yang saling memegang tangan Hanis di kiri dan kanan. Masing-masing saling bertatapan seakan sedang menilai diri antara satu sama lain.

"Uncle is handsome," puji Ayden seusai meng-scan lelaki yang berdiri di hadapannya saat ini.

"Same goes to you," balas Edhan.

"Uncle.. mama's friend?" tanya Aryan pula.

"Nope."

"Then?"

"Your mama's future husband. Your future daddy," balas Edhan bersahaja.

Hanis membulatkan mata. Terkejut dengan kenyataan Edhan yang luar dari jangkaannya. Spontan dia tunduk, memandang riaksi Aryan dan Ayden.

Aryan dan Ayden berpandangan. Masing-masing mempamerkan riak wajah yang sedang berfikir. Aryan mengusap dagunya menggunakan jari telunjuk dan ibu jari, lagaknya seperti sedang berfikir. Melihatkan si abang membuat gaya seperti itu, Ayden juga meniru gaya abangnya sambil mendongak merenung lelaki di hadapan mereka.

"If mama is mama, then uncle is papa?" tanya Aryan serius.

"I prefer daddy than papa," ujar Edhan sempat berkompromi dengan Aryan.

"Aryan nak panggil papa juga?" tanya Aryan.

"Still I prefer daddy." balas Edhan, tetap dengan pendiriannya.

Hanis geleng kepala, risau melihat perbincangan si abang kembar dengan lelaki di hadapannya saat ini. Boleh pula main tolak-ansur berkaitan nama panggilan? Tak sedar ke yang dia tengah ada dekat sini sekarang? Apa papa daddy bagai ni? Sejak bila pula dia setuju?

"Sebab daddy handsome, Ayden panggil daddy 'daddy'," selit Ayden teruja. Teruja akhirnya dia mempunyai daddy sendiri.

"You're my boy now," Edhan mengusap kepala Ayden, berpuas hati dengan kata-kata Ayden memuji ketampanannya.

"Aryan?" tanya Aryan apabila melihat Edhan hanya mengusap kepala Ayden.

"Call me daddy first."

"Daddy." patuh Aryan.

"Then, you're my boy too." Edhan beralih mengusap kepala Aryan pula.

Aryan tersenyum senang hati.

Hanis turut tersenyum melihat telatah Aryan dan Ayden yang kelihatannya senang akan kehadiran Edhan. Fikirnya, si kembar akan takut melihat Edhan memandangkan wajah Edhan yang sentiasa dingin tanpa perasaan. Tetapi, lain pula yang berlaku.

"And you too.. my one and only woman." giliran kepala Hanis yang berlapikkan tudung pula diusap lembut.

Secara automatik senyuman Hanis mati. Tubuhnya mengeras, gara-gara terlalu terkejut dengan perlakuan Edhan yang tiba-tiba berlaku tanpa sempat memberi amaran. Jantungnya usah ditanya. Kalau pergi check dekat doktor, mahu dengan doktor sekali nervous masa check degupan jantung dia.

OBSESSIONWhere stories live. Discover now