16

343 23 1
                                    

   Hanis bersandar di kereta Edhan sementara menunggu Edhan keluar dari rumahnya bersama Rayyan. Risau sekiranya kalau dia juga turut masuk ke dalam rumah dan dilihat oleh jiran berdekatan, timbul tanggapan tidak baik terhadapnya. Jadi, dia sekadar menunggu di luar.

Selang beberapa minit, muncul Edhan sambil mencengkam leher baju Rayyan dan menarik lelaki yang separa mamai itu keluar dari rumah. Terkejut Hanis melihat Rayyan dengan selambanya diperlakukan begitu. Member sudahlah muka baru bangun tidur. Tahu-tahu je dah kena tarik.

"Tak baiklah buat Rayyan macam tu," tegur Hanis, risau tercekik anak orang dijerut leher gara-gara dicengkam baju lehernya.

Serentak itu Edhan melepaskan leher baju Rayyan. Terhuyung-hayang Rayyan cuba mengimbangi badan daripada jatuh tersungkur. Dia mengeliat malas, menyegarkan badan yang terasa lenguh memandangkan dia hanya berbaring tidur di sofa di ruang tamu selepas menidurkan Aryan dan Ayden di bilik mereka. Seakan sudah terbiasa dilayan sebegitu rupa oleh Edhan, Rayyan sekadar menjeling abang sepupunya itu.

"Sorry dan terima kasih sebab susahkan awak malam-malam macam ni jagakan Aryan dengan Ayden," kata Hanis, terasa bersalah meminta tolong Rayyan untuk menjagakan si kembar ketika dia keluar bersama Edhan. Walaupun bukan dia yang minta Rayyan tolong jagakan, tetapi tetap saja dia perlu memohon maaf dan berterima kasih.

Rayyan senyum. Tak, kasih tak diterima. Terima kasih saja tak cukup. "Bagi anak buah kau dekat aku," pintanya serius. Itu yang dia nak. Dapat salah seorang pun jadilah. Nak buat keychain gantung angkut merata.

Buk!

Satu tumbukan mendarat cantik di perutnya. Rayyan mengerang sakit. Senak perutnya walaupun tumbukan itu tidak terlalu kuat tapi tidak juga terlalu lemah. Senang cerita, boleh hidup dan masih sihat lagi untuk melancarkan sistem pembuangan walaupun kena tumbuk di perut. Usus perut tak terbelah dua, tak ada lebam atau tak berbelit lagi, jadi dia selamat. Cuma rasa sakit sikit. Maklumlah, kena tumbuk dalam keadaan tak bersedia. Cuba bagitahu dulu sebelum nak tumbuk. Boleh la dia prepare mental dan fizikal dulu.

Membulat mata Hanis melihat Edhan dengan muka toyanya selamba menumbuk Rayyan.

"Dia ni yang high, sembang bukan-bukan dulu. Bukan salah aku," Edhan memberi alasan. Rayyan dipersalahkan.

Rayyan pandang Edhan atas bawah berulang kali. Tahu-tahu je difitnah secara terang-terangan. Muka dia ni dah cukup innocent untuk dianiayai tetapi masih juga teraniaya.

"By the way, esok aku nak bawa Aryan dan Ayden keluar jalan-jalan boleh tak?" pinta Rayyan mengingatkan janjinya pada si kembar untuk membawa mereka keluar melihat dunia yang penuh dengan kekejaman tetapi masih terselitnya keindahan ini.

"Boleh. Jam berapa?" tanya Hanis, membenarkan Aryan dan Ayden keluar bersama Rayyan. Lagipun, esok memang dia dan kembar tak ada plan pergi mana-mana. Bila Rayyan cakap yang dia nak bawa Aryan dan Ayden keluar, sekurang-kurangnya Aryan dan Ayden tak terlalu bosan selalu duduk di rumah.

"Hmm, kalau tengah hari macam panas. Lepas Asar lah aku ambil diorang. Kau nak ikut tak?" ajak Rayyan. Ada Hanis mudah sikit kerjanya. Senang nak bodek Aryan dan Ayden nanti.

"No, she is not allowed to go out with you." laju Edhan membantah. Rayyan ditenungnya dengan pandangan maut.

Rayyan mendecit perlahan. Posesif amat ini orang. Entah apa yang Edhan ada sampaikan Hanis boleh suka dengan abang sepupunya. Duit unlimited tu letak tepi dulu. Tapi jujur dan ikhlas dari hati, Edhan terlalu mengatur, cenderung mengontrol apa yang boleh dan tidak boleh dikenakan dan dilakukan oleh pasangannya.

'If he wants something, he will make sure he gets what he wants. If he is interested in something, then it will be his. No one has the right to touch his property.' Itulah mindset Edhan. Berani mencuba untuk menyentuh dan merampas hak milik Edhan, ibarat menawarkan diri masuk ke kandang harimau.

Dalam erti kata lain, ketaksuban. Edhan terlalu taksub akan sesuatu yang menarik perhatian lelaki itu.

Obsession.

Sedangkan Tuan Darren dan Puan Sofea juga tidak mampu mengawal sikap negatif anak mereka yang satu ini, apatah lagi orang lain.

Aura yang terhasil antara Edhan dan Rayyan membuatkan Hanis terkebil-kebil melihat mereka berdua. Dia menggeleng kepala. Pening dengan sikap Edhan dan Rayyan yang terlihat seperti musuh saat ini. Terutamanya, Edhan. Dingin wajah tampan itu memandang Rayyan seakan ingin membaham lelaki itu hidup-hidup.

"It's okay. Awak keluar je dengan Aryan dan Ayden," Hanis menolak ajakkan Rayyan walaupun dia tahu niat Rayyan mengajaknya hanya disebabkan kembar. Bukan niat buruk. Tetapi melihatkan riak wajah Edhan, tahulah dia yang lelaki itu tidak suka dia keluar dengan lelaki lain selain lelaki itu.

"Alright, aku balik dulu. Apa-apa esok aku–" Rayyan terdiam seketika. Anak mata melirik ke arah Edhan. Otak ligat berfikir ayat yang tidak menjentik mod posesif lelaki itu. "–aku mesej Edhan suruh roger kau esok," sambungnya. Kau tunggu. Memang aku spam chat kau esok. Biar ting-ting-ting telefon mahal kau sampai ke sudah! Mengatur orang lagi.

Hanis mengangguk okay.

Rayyan meminta diri memandangkan hari sudah pun lewat malam. Anak ibu kena balik awal, tidur awal, bangun awal. Ibu risau anak bongsu kesayangan dia balik lambat. Sebelum ibu membebel 6 harakat, mari kita pulang dengan segera! I'm coming home, ibu!

"Haa, awak pula? Tak nak balik?" tanya Hanis kepada Edhan pula. Risau tetangga melihat mereka berdua di luar rumah.

"Aku tak suka kau rapat sangat dengan lelaki lain selain aku," dingin Edhan bersuara. Tajam anak mata hazel itu merenung Hanis. Sakit hatinya memikirkan lelaki lain yang cuba untuk rapat dengan gadisnya.

Hanis mengeluh. Apa pula yang tak kena ni? Apa yang Edhan marahkan sangat sekarang? Lelaki lain? Rayyan? Bukankah Rayyan itu sepupu Edhan? Takkan dengan sepupu sendiri pun boleh ada isu? Lagipun dia dan Rayyan pun bukannya rapat sangat. Nak kata kawan, kenal pun tak sampai berapa hari. Rayyan cuma ingin rapat dengan Aryan dan Ayden. Dia sekadar menjadi orang tengah untuk Rayyan dengan anak-anak buahnya.

"Saya tak rapat dengan lelaki lain pun. Awak ada nampak saya beria ke dengan lelaki lain?" soal Hanis kembali.

"Aku tak nampak, tapi boleh jadi diam-diam belakang aku kau rapat dengan orang lain," Edhan berpeluk tubuh. Berkobar-kobar perasaannya saat ini ingin menjadikan Hanis hak miliknya yang sah dan mengunci ketat gadis itu di sisinya agar tiada siapa yang boleh merampas gadis itu darinya.

Tangan naik mengurut dahi. Bengang pula Hanis mendengar kata-kata Edhan yang seperti ingin menuduh yang dia rapat dengan lelaki lain di belakang lelaki itu. Baru tadi semuanya baik-baik belaka. Sekarang boleh pula Edhan sengaja ingin mengundang masalah antara mereka.

"Awak balik lah, Edhan. Dah lewat. Saya nak masuk dalam. Bye, assalamualaikum," malas ingin berbahas mulut dengan Edhan, Hanis mengunci pintu pagar dan terus melangkah masuk ke dalam rumah. Langsung dia tidak menoleh memandang Edhan. Biarkan!

Edhan meraup kasar rambutnya. Tekanan!

OBSESSIONWhere stories live. Discover now