09

946 63 7
                                    

[UPDATED: 21 MARCH 2024]

   Hanis membaringkan tubuhnya di atas katil empuknya, seusai menidurkan Aryan dan Ayden di bilik sebelah. Dia melepaskan keluhan berat. Seharian berjalan, sangat memenatkan! Lagi penat bila berjumpa dengan Rayyan. Tiba-tiba saja lelaki itu mahukan anak-anak saudaranya.

"Something wrong somewhere," kutuknya perlahan lalu memejamkan mata.

Baru beberapa minit Hanis memejamkan mata, deringan iPhone 11 nya mematikan niatnya untuk tidur. Dia bangun dan mengubah posisi baring ke posisi duduk bersila di atas katil. Handphone yang terletak di atas meja lampu tidur di sebelah katil segera dicapai.

Senior Edhan

Bibirnya menguntumkan senyuman tanpa sedar saat melihat nama yang tertera di skrin handphone. Dengan pantas dia mengangkat panggilan tersebut sebelum telinganya mendengar bebelan si pemanggil.

"Assalamualaikum," sapa Hanis lembut setelah panggilan dijawab.

"Waalaikumussalam.." jawab Edhan kemudiannya diam tidak bersuara.

Hanis mengerutkan dahi. Handphone dijauhkan dari telinga lalu dia memandang skrin handphone nya.

Ada, tapi kenapa sunyi semacam?

Speaker dihidupkan.

"Awak? Awak ada tak?" soal Hanis, hairan kerana Edhan hanya diam sedangkan lelaki itu paling banyak suara dengan dia.

"Haaahhhh.. baru sehari aku tak jumpa kau, hidup aku dah jiwa kacau. Cuba kalau sebulan?"

Hanis tergelak kecil. Ingatkan ada masalah besar yang tiba-tiba call terus diam.

"Esok kau free?" tanya Edhan.

Hanis diam, berfikir sejenak tentang jadual hariannya esok hari. Hari cuti apa saja yang dia boleh buat selain kemas rumah, memasak, luangkan masa dengan si kembar?

"Free." jawab Hanis sepatah.

"11:00 pagi kita keluar."

Hanis menggusap pipinya sambil memandang skrin handphone. Teragak-agak dia ingin bersetuju memandangkan hujung minggu, keluarga ibu mentua kakaknya sibuk dengan hal masing-masing. Jadi, kalau Edhan ingin membawanya keluar esok, siapa yang nak tolong jagakan Aryan dan Ayden?

"Tapi saya jaga anak-anak kakak saya." ujar Hanis dengan nada perlahan. Takut juga kalau tiba-tiba Edhan marah.

"Just bring them with us, honey. Apa guna aku keluar dengan kau, tapi kau sibuk fikirkan orang lain setiap kali dengan aku?"

Hanis kemam bibir, menahan senyumannya daripada makin melebar. 'Just bring them with us, honey–' berputar berkali-kali di fikirannya. Walaupun nada Edhan seperti lelaki itu ingin bergaduh dengannya, tetap kedengaran manis di pendengaran Hanis. Auto blushing!

Bantal peluk yang berada di sebelahnya dicapai lalu ditekapkan pada muka. Kyaaa~ Hahahaha!

"Hello? Kau dengar tak?" Edhan bersuara apabila Hanis hanya mendiamkan diri.

Hanis menjarakkan bantal dengan mukanya. Nafas ditarik sedalam-dalamnya, kemudian dihembus perlahan. Bibir setia dengan sengihan bahagianya.

"Dengar. Awak tak kesah ke saya bawa anak-anak saudara saya? Tak menyusahkan awak?" tanya Hanis, risau pula menyusahkan lelaki itu.

"I will soon be their uncle. When else can I meet them and spend time together if not now?"

Hanis memejamkan mata. Tubuhnya tanpa sedar melepaskan hormon adrenalin. Peningkatan hormon adrenalin dalam tubuh menyebabkan detak jantung dan pernapasannya juga meningkat. Pembuluh darah Hanis kian melebar meningkatkan sirkulasi darah. Aliran darah yang memenuhi pembuluh darah kecil di wajahnya membuatkan wajah berona merah.

Dalam erti kata lain, mengblushing.

Hanis menggenggam erat penumbuknya sebelum bantalnya ditumbuk geram, meluahkan segala perasaan malu bercampur bahagianya pada bantal yang tidak bersalah. Hari-hari macam ni, mahu dapat tekanan dia nanti. Tekanan disebabkan ayat-ayat Edhan yang bikin hati tak tentu arah. Sebelum flirt tu cuba kasi warning dulu? At least, sempat dia nak prepare armor sebelum kena serang dengan ayat-ayat sweet-cold Edhan.

"Saya tak nampak awak hari ni." ujar Hanis ingin mengubah topik perbualan sebelum kewarasannya semakin hilang gara-gara terlalu banyak perasaan yang dipikul saat ini.

"Rindu? Jangan risau, aku pun rindu kau."

Saat itu juga, Hanis menyembamkan wajahnya pada bantal yang baru sahaja ditumbuknya tadi. Rambut panjang diserabutkan. Ini kalau orang lain nampak, mahu semua ingat dia memang betul-betul dah hilang kewarasan. Silap hari bulan, ada yang telefon rumah sakit jiwa panggil ambil dia.

"Aku tak ada tadi. Ada kerja. Does anyone bother you when I'm not around?" tanya Edhan serius. Mana tahu ada yang berani ganggu gadis itu ketika dia tiada.

Hanis angkat muka.

"Tak ada. Tapi ada someone tolong saya tadi," ujar Hanis, bersiap-sedia ingin mengadu kepada Edhan tentang apa yang berlaku di dewan pagi tadi.

"Who and what happen?"

Hanis mula menceritakan tentang kemunculan Rayyan dan semasa lelaki itu mengugut pelajar kelasnya yang mengatanya dengan kata-kata hinaan. Tidak lupa juga, pertemuan antara dia dan Rayyan di pasaraya petang tadi. Cuma bahagian Rayyan yang tiba-tiba menginginkan anak-anak saudaranya saja tidak diceritakan. Benda tak penting pun.

"Darwish Rayyan?"

"Ha'ah. Awak kenal dia?"

Edhan diam untuk seketika, mengundang pertanyaan Hanis. Baru sahaja Hanis ingin membuka mulut, Edhan bersuara.

"Haa.. that bastard. What the h*ll is he doing."

** 🦋 **

"Mama, kita nak pergi mana?" tanya Aryan sambil menyarung seluar pendek yang diberikan oleh Ayden. Ayden pula sibuk menepuk lembut pipi gebunya bersama bedak yang dituangkan di atas tapak tangan sambil memandang wajah sendiri di cermin kecil yang diberikan oleh Hanis.

Hanis yang sedang melilitkan shawl satin berwarna putih itu merenung Aryan dan Ayden yang juga sedang bersiap di atas katilnya melalui pantulan cermin.

"Kita nak keluar jalan-jalan dengan kawan mama." jelas Hanis.

"Pakcik ke?" tanya Ayden yang kini beralih pula dengan lipsbalm watermelon yang diambilnya tadi di atas meja solek Hanis. Lipsbalm dioleskan di bibir kecilnya sebelum bibir dikemam beberapa kali seperti apa yang sering dilakukan oleh mamanya setiap kali dia melihat mamanya berhias.

"No. Ini pakcik yang lain. Pakcik kemarin tu bukan kawan mama. Mama pun tak kenal dia," balas Hanis bersahaja.

"We also need to call mama's friend 'pakcik'?" tanya Aryan yang sudah selesai menyarungkan pakaiannya.

"Hmmm, try to ask mama's friend later."

"Okay!" sahut Aryan.

Selesai mengoleh lipsbalm, Ayden memuncungkan bibir. Berpuas hati dengan hasil kesenian tangannya sendiri, dia mengangkat muka lalu memandang ke arah Hanis.

"Mama, cantik tak?" tanya Ayden dengan gaya muncung itiknya.

Hanis menoleh ke arah Ayden setelah selesai melilitkan tudung. Terkebil-kebil dia saat melihat Ayden yang memuncungkan bibir kecil kemerahan itu. Ketawa akhirnya terhambur keluar.

"Why so pretty?" tanya Hanis, melangkah menghampiri Aryan dan Ayden. Dicium geram pipi gebu Aryan dan Ayden.

Ayden tersengih bangga. Bangga kerana berjaya mendapat pujian atas kesenian dan kecantikkannya. Aryan di sebelah membuat muka jijik. Jijik dengan riak wajah adik kembarnya yang terlalu takabur.

"Pretty like mama! Like mama, like son." balas Ayden bersama kening yang dijungkit berkali-kali.

Hanis ketawa. Mana belajar budak ni?

"So not gentleman." kutuk Aryan selamba.

Ayden jelir lidah. Ada nampak muka I kesah? Jealous simpan diam-diam.

Aryan julingkan mata ke atas. Menyampah!

** ❤️ **

OBSESSIONWhere stories live. Discover now