04

1.1K 58 1
                                    

[UPDATED: 21 MARCH 2024]

   "That."

"Give me that."

"This? Take it."

"That."

"Also that."

"Haa.. give me everything and send them to this address," putus Edhan. Puas hati dengan setiap barangan yang dipilihnya untuk Hanis.

Hanis tercengang. Hilang semua kewarasannya saat ini melihat pekerja-pekerja di setiap 'store' yang dikunjungi mereka terpaksa berulang-alik dengan kesibukan arahan Edhan. Pun begitu, senyuman masih terlakar di bibir mereka. Happy sebab banyak kerja nak buat atau happy sebab gaji bulan ni bertambah?

"I'm sorry but can we have a talk right now?" pinta Hanis kemudiannya berpaling memandang Edhan di sebelah.

"Not yet."

"Hah?"

"Next.. perfume!" dengan selamba Edhan menarik Hanis keluar dari Tiffany and Co. Langkahnya diatur menuju ke Sephora yang tidak jauh dari tempat mereka.

Hanis yang perasan hala tuju destinasi mereka yang seterusnya membulatkan mata. Anak-anak kaya zaman sekarang sangat menakutkan! Tidak mahu menuju ke arah yang ingin dituju oleh Edhan, lengan lelaki itu dicengkam kuat.

Edhan menoleh. Keningnya terjungkit naik meminta penjelasan akan perbuatan gadis itu.

Gerun melihat renungan Edhan, perlahan-lahan tangan yang tadi mengcengkam lengan lelaki itu diturunkan. Hanis tersenyum sumbing, ingin menutup perasaan gerun dan gugupnya.

"B– bukan.. b–boleh tak kita jangan pergi Sephora. Kita pergi kedai lain? The Body Shop ke.." pujuk Hanis, tidak mahu lelaki itu makin mengeluarkan duit untuk barang-barang yang sekali pandang pun dah tahu harga cekik darah.

"Reason."

Haaa.. Reason? Hanis kemam bibir. Percaya atau tidak, keluar shopping dengan Edhan antara perkara terakhir dalam list hidupnya selepas ni! Serba-serbi seribu alasan dia akan karangkan lepas ni sebagai pendinding setiap kali Edhan memintanya menemani lelaki itu keluar.

"Saya.." otak Hanis ligat mencari alasan.

"Saya what?" sampuk Edhan. Sengaja ingin menakutkan Hanis. Suka melihat wajah comel itu tidak keruan memikirkan alasan yang dapat memuaskan hatinya.

"Saya cuma pakai brand The Body Shop!" pantas Hanis menjawab. Well, at least setakat ini memang perfume yang dia pakai datang dari The Body Shop. Jadi, alasan yang kukuh bukan? Tidak senang duduk Hanis melihat Edhan yang hanya berdiam berdiri di hadapannya sambil memerhatikan dirinya dengan tatapan yang sukar ditafsir.

Edhan diam, atau lebih tepat sedang mengamati bau yang sering dibaunya setiap kali berdiri di sebelah Hanis. Seketika, dia tersenyum penuh akal.

Japanese Cherry Blossom.

"Okay." sahut Edhan setelah berjaya mengenalpasti wangian yang digunakan oleh Hanis. Baru sahaja Hanis ingin menghembuskan nafas lega, Edhan kembali menarik gadis itu.

The Body Shop.

"Saya bayar!" ujar Hanis sebaik sahaja mereka berdua menjejakkan kaki di dalam The Body Shop. Mata sepetnya membulat besar, meminta Edhan supaya lelaki itu tidak mengeluarkan duitnya kali ini.

Edhan tarik sengihan. Tangan naik mengusap kepala Hanis berlapikkan shawl hitam.

"Boleh..."

"Boleh?" wajah Hanis mula bersinar teruja.

OBSESSIONWhere stories live. Discover now