02

1.2K 74 1
                                    

[UPDATED: 21 MARCH 2024]

   Audi R8 memasuki perkarangan rumah banglo mewah. Dua orang pekerja lengkap berseragam hitam segera mendekati kereta itu setelah memastikan kepulangan majikan mereka. Salah seorang daripada mereka membukakan pintu kereta.

Edhan keluar dari kereta. Seperti biasa, wajahnya dingin tidak berperasaan. Pandangannya jatuh pada iPad yang dipegang oleh Rose, setiausahanya. Dia mendengus kasar apabila merasakan petangnya akan disibukkan dengan kerja-kerja yang menyesakkan kepala.

"Selamat pulang, Encik Edhan." sapa Rose dan Furqan serentak.

"I think I should go back," perli Edhan, tidak senang dengan sambutan setiausaha.

Furqan menahan sengih mendengarkan perlian Edhan yang lebih terdengar seperti rungutan. Edhan, antara manusia yang paling anti dengan Rose setiap kali Rose datang ke rumah. Tak lain tak bukan, pasti sahaja tentang kerja jika Rose sendiri sanggup datang ke rumah Edhan.

"Let's talk inside," arah Edhan.

Rose dan Furqan akur. Baru sahaja Furqan ingin membuka langkah, Edhan berpusing menghadapnya dengan renungan tajam.

"Qaisara Hanis. I want to know everything about her from A till Z, as soon as possible," arah Edhan sebelum kembali melangkah masuk ke dalam rumah. Rose mengikuti langkah Edhan tanpa mempedulikan Furqan yang terpinga-pinga berdiri tidak bergerak.

Furqan terkebil-kebil memandang Edhan yang sudah hilang dari pandangan bersama Rose. Dia mendengus tidak puas hati. "Sikit-sikit aku yang kena. Cuba ajak kopi-kopi dulu baru bagi arahan? Nasib gaji mahal. Kalau cepumas, memang hari ni juga surat resign atas meja," bebel Furqan tidak puas hati.

Sedang mulut sibuk mengumpat majikan merangkap teman baiknya, tangan bergerak mengeluarkan telefon dari kocek seluar. Jari-jemari bergerak mencari nombor seseorang sehinggalah nama 'Alex' menyapa pandangan.

Sementara Furqan menguruskan tugas yang diberikan oleh Edhan, Rose menanti kehadiran Edhan di bilik kerja dengan penuh debaran dan perasaan teruja. Walaupun wajahnya langsung tidak menunjukkan sebarang riaksi setiap kali berhadapan dengan Edhan, jantungnya saja sudah hampir-hampir ingin meletup ketika bersua-muka dengan majikannya itu.

Jujur, Rose memendam perasaan terhadap Edhan tetapi tidak berani ingin menyatakan perasaannya kerana dia tahu lelaki itu langsung tidak mempunyai walaupun secebis perasaan terhadapnya. Bagi Edhan, hubungannya dengan lelaki itu hanya sebatas majikan dan pekerja. Mereka bertemu sekadar melibatkan soal kerja. Tidak lebih dari itu. Jadi, dia bersyukur walaupun hanya dapat bertemu dengan lelaki itu atas faktor kerja. Kerana itu, dia sanggup datang dari syarikat ke rumah Edhan walaupun rumah majikannya itu agak jauh dari syarikat.

Pintu ditolak. Edhan melangkah masuk ke dalam bilik kerjanya seusai menukar pakaian kepada pakaian yang lebih santai. Dia melabuhkan duduk berhadapan dengan Rose.

"Speak." arah Edhan tanpa memandang Rose. Matanya fokus memandang skrin iPad kepunyaan setiausahanya.

"Isnin akan datang, Encik Edhan perlu menghadiri majlis anniversary ZR Holdings mewakili Tuan Darren dan Puan Sofea. Pesanan daripada Tuan Darren, 'If you don't go, I'm gonna make you marry with Stella Franz. So, listen to me, son.'. Pesanan daripada Puan Sofea pula, 'Make sure to bring your partner. Just bring anyone as long it's a girl. You're my son, so you should listen to your mummy.'." ujar Rose, mengajuk semula pesanan yang diberikan oleh Tuan Darren dan isterinya, Puan Sofea.

Edhan mendecit. Tangan meraup kasar rambutnya ke belakang. "Tuan Darren dengan Puan Sofea pergi mana?" soalnya cuba menahan kesabaran yang semakin menipis gara-gara ugutan daddy-nya.

"Honeymoon." ringkas dan padat jawapan Rose membuatkan Edhan semakin hilang kewarasannya. Masing-masing dah berusia, sempat lagi fikir honeymoon? Nak tambah anak lagi ke macam mana? Itulah dulu masa muda-muda, tak nak buat anak banyak-banyak. Masing-masing sibuk fikir pasal kerja. Ini bila dah tua, baru nak ber-honeymoon bagai. Lepas tu mengugut anak sendiri soal kahwin. Tak ada maknanya dia nak terima Stella Franz! Perempuan kaki social, hidup lelaki keliling pinggang macam tu nak dibuat isteri? Never!

"Bila Tuan Darren dengan Puan Sofea balik?" tanya Edhan menginginkan kepastian. Jadual hairan keluarga sendiri pun dia kena tanya orang lain. Nak harap daddy dan mummy dia bagitahu? Lambat lagi! Mimpi je lah!

"Dua minggu lagi," balas Rose tenang. Sedangkan darahnya juga menggelegak saat mengetahui bahawa Tuan Darren mengugut Edhan ingin menyatukan lelaki itu dengan Stella Franz, gadis yang sering menyusahkan hidupnya di pejabat.

"Prepare everything for that stupid event." keluh Edhan pasrah dengan arahan Tuan Darren. Just wait, daddy. Ada ubi ada bas, ada hari memang kena balas!

Rose mencatat apa yang perlu dilakukannya di skrin iPad. "About partner?" soal Rose sekadar bertanya memandangkan dia tahu tiada orang lain lagi yang akan menjadi partner lelaki itu selain dirinya.

Edhan terdiam seketika. Hujung bibirnya tiba-tiba ditarik mengukir senyuman nakal. Seraut wajah manis Hanis bermain di fikiran. "I'm going with someone. So, book the whole store for tomorrow." arah Edhan. Tersenyum riang memikirkan apa yang ingin dilakukan esok.

Rose tercengang. Terhenti jarinya daripada terus menekan skrin iPad. Dia mendongak memandang Edhan menginginkan kepastian. Jantungnya berdebar saat terpandangkan senyuman yang terhias di bibir lelaki itu buat kali pertama.

"With who?" soal Rose ingin tahu.

"No need to know. Just do your job. You may go now if you're done," ujar Edhan kembali serius.

Rose diam dan akur.

** 🦋 **

Hanis mengikat rambut bagi memudahkan kerjanya di dapur. Apron yang tergantung di sebelah kabinet dapur disarungkan dan diikat ke badan. Dia bergerak menuju ke singki untuk membersihkan sayur-sayuran yang bakal dijadikan hidangan makan malam untuk hari ini.

Suara gelak tawa yang datang dari ruang tamu sesekali mengundang senyuman Hanis yang sibuk dengan kerjanya di dapur.

"Mama! Tengok Aryan! Dia cubit Ayden!" rengek Ayden sambil berlari memeluk kaki Hanis di dapur. Selang beberapa saat, muncul pula Aryan bersama mainan di tangan kecilnya.

Hanis membasuh tangannya kemudian dilapkan pada apron. Dia berpusing menghadap dua adik-beradik kembar yang kini telah berusia 3 tahun. Masing-masing mengikut wajah arwah abang iparnya. Hanya mata mereka mengikut genetik arwah kakaknya.

"Aryan, mama dah cakap kan jangan cubit Ayden?" tegur Hanis sengaja membuat muka garang, ingin mengusik si abang.

"Mana ada, ma! Ayden ni haa! Siapaaaa suruh dia tembammmm sangat? Aryan cubit la. Gewwramm!" protes Aryan dengan tangannya diramas-ramas sebagai tanda geram melihat pipi tembam Ayden. Ayden mencebik. Gewram gewram apa? Pipi kita lebih kurang tau!

Hanis tergelak kecil. Comel!

"Mamaaaa... Tengok Yanyan!" rengek Ayden masih tidak puas hati kerana Hanis tidak menghukum Aryan yang mencubit pipi limited editionnya.

"Dah-dah! Aryan, jangan kacau Ayden. Main elok-elok. Nanti mama suruh nenek jangan hantar Aryan dekat mama dah. Biar mama dengan Ayden je nanti. Nak?" ugut Hanis sekadar bergurau.

"Tak nak! Nak mama! Tak nak nenek!" rengek Aryan juga berlari anak memeluk kaki Hanis.

Hanis duduk melutut lalu menarik adik-beradik kembar itu masuk ke dalam pelukan. "Kalau tak nak, main baik-baik. Jangan cubit pipi Ayden. Ayden pun jangan gaduh-gaduh dengan Aryan. Faham?" pesannya lembut.

Aryan dan Ayden serentak mengangguk.

"Good boy. Dah, mama nak masak. Nanti nenek datang, tak sempat nak makan sama-sama pula." ujar Hanis.

Aryan dan Ayden akur.

** ❤️ **

OBSESSIONWhere stories live. Discover now