15

367 22 1
                                    

   Hanis menjamah makanan yang diambil Edhan untuknya sebelum lelaki itu digerumuni beberapa orang ahli korporat. Sesekali Edhan mengerling ke arahnya, mungkin takut dia hilang dari pandangan lelaki itu. Dia membuang pandangan, memerhati sekeliling dewan mewah yang terhiasi dengan tema crystal itu. Cantik dan yang pastinya harga pun teramat cantik.

"Who are you and why are you with Edhan? Edhan hired you to pretend to be his lover?"

Hanis menoleh apabila disergah tiba-tiba oleh satu suara dari arah belakang. Stella berdiri di hadapannya dengan tangan memeluk tubuh dan riaksi tegang menghiasi wajah wanita itu. Hanis mengerling ke arah Edhan yang berdiri tidak jauh dari tempat duduknya. Dilihatnya Edhan sibuk berbincang sesuatu, mungkin berkaitan kerja, dengan beberapa ahli korporat yang lain. Hanis kembali memandang Stella setelah memastikan Edhan masih berdekatan dengannya. Sekurang-kurangnya kalau terjadi apa-apa, dapat dilihat oleh Edhan.

"Ya, saya kekasih upahan Edhan," selamba Hanis menjawab, berpura-pura sebagai kekasih upahan yang disangka oleh Stella. Wanita itu yang mulakan dulu, dia cuma sambung. Baru cerita macam gempak sikit.

Stella mendecit sinis. Lega kerana anggapannya benar. Tidak mungkin Edhan mempunyai kekasih kerana dia kenal peribadi Edhan. Lelaki itu takkan mudahnya jatuh cinta dengan sesiapa dan tidak mudah digoda. Dia sendiri sudah berkali-kali cuba menggoda Edhan tetapi langsung lelaki itu tidak memandangnya. Lelaki lain semuanya inginkan perhatiannya, hanya Edhan yang menolak dirinya mentah-mentah.

"His assistant, Rose, who told him to find a hired lover for himself? Or Alex? Or his right-hand man, Furqan?" Stella cuba meneka. Hanya tiga nama tersebut yang sering memberi cadangan pada Edhan. Sesungguhnya dia tidak menyukai ketiga-tiga manusia yang disebutnya itu kerana merekalah punca mengapa Edhan tidak menyukainya.

Hanis terdiam sejenak. Dia langsung tak kenal nama-nama yang disebut oleh Stella, tetapi melihatkan Stella seperti sering bertemu dengan ketiga-tiga pemilik nama itu, tahulah dia bahawa mereka merupakan orang yang bekerja di bawahan Edhan.

"I guess so.." jawab Hanis.

Stella mendengus. "I'm telling you, Edhan is mine. This time I forgive you since you are just a hired lover. But you should never think that you can have Edhan. Never dream that Edhan is yours." pesannya, memberi amaran keras bahawa Edhan hanya miliknya dan tiada orang lain yang berhak memiliki Edhan selain dirinya. Tanpa menunggu balasan Hanis, Stella melangkah pergi dari situ. Tidak mahu berlamaan dengan gadis yang hanya berstatuskan kekasih upahan lelaki idamannya.

Pergi sahaja Stella dari situ, Edhan muncul seusai berbual dengan tetamu yang lain.

"Did she say anything to you? She curse you? Or she dare to touch you?" tanya Edhan, risau Stella mengapa-apakan Hanis ketika dia sibuk berurusan dengan tetamu yang lain.

"Dia tanya saya kekasih upahan awak ke, then I said yes. Saya kekasih upahan Edhan Darell," bagitahu Hanis.

"Just that?" tanya Edhan lagi. Tidak percaya jika hanya itu yang dibualkan Stella dan Hanis.

Hanis mengetuk lembut bibirnya dengan jari telunjuk, lagaknya sedang berfikir. "Hmmm.. since I'm your hired lover, she told me to realize that I am not worthy of you. Only she deserves you because you belong to him." balas Hanis lagi. Dia memandang Edhan, ingin melihat riaksi lelaki itu.

Riaksi wajah Edhan bertukar tegang. Bengang mendengar apa yang disampaikan oleh Hanis. Dia milik Stella? Hanya Stella yang layak untuknya? Stella yang patut sedar diri yang wanita itu langsung tidak layak untuknya.

OBSESSIONTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang