13

803 42 2
                                    

[UPDATED: 21 MARCH 2024]

   "Aryan dan Ayden balik tadika pukul berapa?" tanya Edhan sambil membukakan balutan sandwich yang dibeli mereka berdua di kafe sebelum menuju ke pondok tasik buatan, meluangkan masa rehat di sana.

"12 tengah hari," jawab Hanis, memerhati tindak-tanduk Edhan di hadapannya.

Sandwich yang sedia dibuang balutannya diberikan kepada Hanis. Melihatkan Hanis langsung tidak merungut, Edhan sekadar membiarkan gadis itu menikmati sandwich yang baginya langsung tidak mengenyangkan. Ikutkan hati, bukan setakat sandwich dia belikan. Silap-silap semua makanan yang terhidang dekat kafe dia belikan tadi. Nasib saja Hanis terlebih dahulu mengambil makanan dan terus beratur di kaunter.

No wonder badan kecil. Makan pun sejemput!

"Siapa ambil?" ujar Edhan sekadar bertanya kosong memandangkan dia sudah tahu segalanya tentang latar belakang gadis itu.

"Belah keluarga abang ipar," balas Hanis santai menikmati sandwich di tangannya sambil membuang pandangan ke arah tasik buatan sekolahnya. Pandangan daripada beberapa orang pelajar yang turut menghabiskan waktu rehat di situ langsung tidak dipedulikan.

"Esok jangan lupa."

"Hm," Hanis mengangguk.

Suasana tiba-tiba menjadi sunyi. Hanis terdiam sejenak. Kata-kata Edhan kembali bermain di fikiran. Wajahnya berkerut seribu setelah memikirkan semula kata-kata lelaki itu. Spontan Edhan dipandangnya.

"Esok? Lupa apa?" tanya Hanis hairan. Seingatnya esok tiada apa-apa yang penting untuk diingatkan.

"Belum apa-apa kau dah lupa. Penat je aku beria," keluh Edhan kononnya ingin merajuk. Dia memalingkan muka menghadap tasik.

Eh? Hanis kalut. Sedaya upaya otaknya cuba diperah sehabis mungkin, memikirkan maksud yang dikatakan oleh Edhan tadi.

Anak mata mengerling ke arah Hanis, ingin melihat respond gadis itu. Bibir mengukir senyuman kecil saat melihat riaksi bersalah yang terpamer pada wajah gadis itu. Sepantas kilat dia kembali memandang tasik apabila Hanis memandangnya. Haa pujuklah pujuk!

"Awak.." panggil Hanis.

Tiada sahutan.

"Awak.." panggil Hanis sekali lagi.

Tetap tiada sahutan.

"Edhan Darell."

"Hm?" sahut Edhan dingin sedangkan hati sudah berbunga-bunga mendengar namanya keluar dari mulut gadis itu. Ingat senang nak dengar Hanis panggil nama panjang dia? Nak senyum tapi nanti senang sangat dipujuk.

"Saya tak ingat.." adu Hanis dengan perasaan bersalah menyelubungi diri. Makin bertambah tidak senang hatinya apabila Edhan langsung tidak mahu memandangnya. Cantik sangat ke tasik tu sampaikan dia yang comel ni tak nak pandang?

"Okay."

Hanis buntu. Merajuk pula anak orang ni.

"Awak..."

Diam.

"Edhan Darell.."

"Hm?"

Edhan ketap gigi, menahan bibirnya daripada tersenyum. Ini kalau Furqan mahupun mana-mana orang terapatnya yang lihat dia bertingkah begini, mahu diangkutnya dia pergi berubat.

"Sorry?"

"Hm."

"Saya tahu saya salah. Janganlah merajuk dengan saya. Siapa nak borak dengan saya kalau awak merajuk? Saya ada awak seorang je nak melayan saya sekarang ni. Awak nak ke tengok orang lain melayan saya? Tahulah awak ramai orang minat pun. Tinggal saya pun boleh jumpa orang baru sekelip mata," pujuk Hanis, mengguna-pakai semula ayat yang dilontarkan Edhan pagi tadi. Benda boleh recycle, buat apa penat-penat fikir ayat?

OBSESSIONWhere stories live. Discover now