12

820 53 4
                                    

[UPDATED: 21 MARCH 2024]

   Hanis berjalan menuju ke kelasnya, seperti biasa, bersama buku di tangan. Cermin mata yang setia menghiasi wajahnya diperbetulkan sebelum tiba-tiba seseorang melanggar bahunya, membuatkan buku yang dipegang serta-merta terlepas dari tangan.

Hanis terdiam, merenung buku-bukunya yang selamat mendarat di atas lantai koridor. Otaknya cuba untuk memproses apa yang baru sahaja berlaku.

"Opss, sorry tersengaja," kedengaran seorang gadis bersuara berselang dengan tawanya dan tawa rakan-rakannya.

Hanis menoleh. Kelihatan tiga orang pelajar perempuan yang tidak dikenalinya sedang tersenyum menyindir padanya. Malas ingin membuang masa dengan gurauan kasar mereka, Hanis tunduk mengambil buku-bukunya tanpa mempedulikan pelajar-pelajar itu.

"Hey, kau pekak ke?" tegur rakan si pelanggar itu tidak puas hati apabila Hanis langsung tidak beriaksi.

"Bising," keluh Hanis.

"Apa kau cakap?" panas telinga pelajar perempuan itu mendengar keluhan Hanis yang tidak berapa jelas di pendengarannya.

Hanis menoleh sekali lagi. Senyuman manis diukirkan khas kepada mereka bertiga. "Nothing. Saya tak cakap apa-apa pun. Awak ada masalah pendengaran ke?" sindirnya selamba.

"Biadap! Kau ingat kau rapat dengan Senior Edhan, kau boleh sombong dengan kitorang ke?" marah seorang lagi pelajar perempuan itu.

Hanis merenung name tag ketiga-tiga pelajar perempuan itu sebelum kembali memandang pelajar yang memarahinya itu.

"Saya rasa saya tak kenal awak. Awak kenal saya ke?" tanya Hanis dengan nada memerli kepada pelajar bernama Zara itu.

Zara menggigit bibir. Bengang dengan pertanyaan Hanis yang menunjukkan bahawa kewujudan mereka langsung tidak penting pada pandangan gadis itu, sedangkan mereka pula sibuk mengambil peduli tentang gadis itu.

"Hey perempuan. Kau tak malu ke jadi perampas? Boyfriend orang kau nak rapat-rapat macam perempuan tak ada maruah. Then, kau nak goda-goda ketua pengawas pula!" tengking Bella, pelajar yang melanggar bahu Hanis.

Hanis menarik nafas sedalam yang mungkin, lalu dihembuskan perlahan-lahan. Hatinya cuba disabarkan. Pagi-pagi yang indah lagikan dingin begini pun dah muncul anasir-anasir yang menganggu ketenangannya.

"Sorry? Boyfriend orang? Boyfriend siapa?" tanya Hanis bersahaja, sekadar melayan angan-angan kosong gadis-gadis di hadapannya.

"Boyfriend Bella!" jawab Isha.

Hanis buat muka. Terletus tawa kecil di bibir merahnya. Anak matanya tiba-tiba melirik ke arah seseorang yang sedang bersandar di dinding koridor sambil bersembunyi memerhatikan mereka. Hanis kembali menumpukan perhatian kepada tiga anasir di hadapannya.

"Kau kenapa ketawa perempuan? Ingat kitorang buat lawak ke sekarang?" marah Zara.

"Ha'ah, lawak. Boyfriend Bella? Nah, please don't joke like that. Sejak bila Edhan jadi milik awak ni?" tanya Hanis pada Bella dengan nada sindir. Sengihan masih tidak lekang dari bibirnya, sengaja ingin menambahkan lagi rasa sakit hati gadis-gadis itu.

Bella ketap gigi. Geram melihat Hanis yang langsung tidak terusik dengan kata-kata mereka.

"Sorry to say, but he's mine." riaksi Hanis berubah serius. Hilang sengihan mengejeknya tadi beralih kepada tatapan tajam.

Bella telan liur, sedikit tersentak dengan aura tegang yang dipamerkan oleh Hanis.

"Eh s*ndal! Kau memang pekak ke s*al? Tak dengar ke dia cakap yang Senior Edhan tu boyfriend Bella? Kau tak sedar-sedar diri lagi tu kenapa?" maki Zara geram.

OBSESSIONWhere stories live. Discover now