ʚ┊2 ❝ 𝐬𝐢𝐚𝐩𝐚 𝐑𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧 ❞

2K 98 14
                                    

"kenal ke?" Soalnya tetapi matanya tidak memandang aku

"Eh tak" aku menggelengkan kepala aku

"Ni kelas kita. Meja awak saya tak tahu kat mana yang penting pelajar lelaki kena duduk dekat depan" Aku mengetuk pintu kelas dan terus masuk. Meninggalkan dia yang tunduk dari tadi 

Ustazah Rumniah yang merangkap sebagai penolong guru kelas memandang Faith. 

"Assalamualaikum Ustazah" Sapa Faith perlahan. 

Aku kembali duduk dan memandang Faith. Awak tahu tak kita pernah jumpa semalam? Yelah Dhiya oi siapa yang terus ingat muka orang yang tak dikenali hmm? Ada je, macam aku. 

"Waalaikumsalam, awaklah pelajar baru tu kan? Nama ustazah, Ustazah Rumniah. Selain mengajar tafsir Al-Quran, ustazah juga merangkap penolong guru kelas kamu. Sila perkenalkan diri" Arah Ustazah Rumniah. 

" Nama Muhammad Faith Elyasa. Boleh panggil Elyasa. Hidup dekat dunia ini 19 tahun" Kata Faith. Matanya hanya memandang pelajar lelaki. 

Dahi aku berkerut. Tadi kata panggil Faith, sekarang ni dia suruh classmates panggil dia Elyasa pulak. Lepastu bukan dia ada Tengku ke? 

"Baiklah, awak duduk sebelah Hayyan. Bukan main semangat kawan kamu ni Elyasa siapkan meja untuk kamu" Faith berjalan menghampiri meja kosong sebelah Hayyan. Mungkin masa aku ke tandas mereka siapkan meja untuk dia. 

"Of courselah ustazah, ada member baru kot" Balas Adneen. Adneen ketua kelas aku. 

"baiklah, hari ni kita mulakan pembelajaran ye? Jadi siapa nak volunteer diri dia untuk present tajuk pertama ni?" Soal ustazah Rumniah. 

Haa maka semua pun tunduk kebawah merenung buku. 

"Mulalah tu semua nak tunduk. Macam ustazah tak faham" Sindir ustazah. 

"Tak pe, untuk hari ni kita belajar sama sama. Minggu depan tajuk baru ustazah nak setiap seorang present satu tajuk, faham?" 

"Faham ustazah" 

-ˋˏ✄┈┈┈┈

Aku makan nasi goreng yang daddy bekalkan. Semua rakan kelas perempuan aku sudah keluar ke kantin. Kini tinggal aku, Faith, Hayyan dan Liyyan. 

"Hayyan, kau ikut ke kantin tak?" Soal Liyyan. 

"Faith kau nak ikut tak?" Aku memerhatikan perbualan mereka bertiga 

Faith mengangukkan kepalanya dan mereka bertiga terus keluar. Kini seperti biasa aku keseorangan. Tetapi aku dah biasa. Kenapalah susah sangat aku nak berkawan ni? 

Jam di dinding aku pandang. Baru pukul 10.10 pagi. Tak de selera pulak aku hari ni. Nak period lah ni. 

Bekas makanan aku kemas dan msukkan ke dalam beg. Nak pergi tandas. 

Aku keluar dari kelas dan kaki aku terhenti. Faith? Bukan tadi dia nak ke kantin ke? Kepalanya disandarkan di dinding, matanya terpejam. Tangannya juga masih memegang tafsir al-quran. Masha Allah, sejuk perut mak dia lahirkan dia ni. Tiba tiba dia membuka matanya. Aku terus cepat cepat meninggalkan dia. 

Aku ni dah kenapa, mudah berdebar kalau dengan Faith ni?

Aku masuk ke dalam tandas. Aku mengerutkan kening aku. Haih period pulak. Sepatutnya ku period esok lusa, ni awal pulak. Masalah betulah. 

Aku memandang cermin dan memusingkan baju aku. Harap harap tak kena baju, dahlah baju putih. 

"Akak Adhiya Afira Insyirah ye?" Aku memandang ke kiri. Dada aku usap perlahan. Terkejut

DHIYA'S LOVE ©Where stories live. Discover now