ʚ┊7 ❝ 𝐭𝐡𝐚𝐭'𝐬 𝐭𝐡𝐞 𝐫𝐞𝐚𝐥 𝐡𝐢𝐦 ❞

1.7K 78 3
                                    


"mama ehehe" Anayra tersengih 

"Maafkan makcik ye dik. Anak makcik ni terlebih peramah orang dia" Bebel Mak Anayra 

"Mana ada mama. Anya tak tahan" Anayra buat muka tak bersalah 

"Eh takpe makcik. Hal kecik je makcik" Aku senyum 

"Mari masuk ke masjid" Kami bertiga masuk ke dalam masjid. Telekong aku yang aku buka tadi aku pakai balik 

"Tak sangka pulak aku lepas kau pergi tandas terus jumpa bakal mak mertua" Bisik Fadwah

"Merepek apa kau ni?" Fadwah dengan Faudah hanya ketawa. Apa apa jelah kembar ni! 

"Allahuakhbar Allahuakhbar!"

"Ni kawan Abang Pet kan ma" Bisik Anayra sebelah aku. Jadi Raid ni kawan abang Anayra ke? Pet? Faith? Haa tu dia aku dah masuk campur eh tak curi curi dengar perbualan orang, Itulah habit aku. Penyibuk betul jadi manusiaa. 

Selepas azan dan iqamah dilaungkan maka solat isha pula akan ditunaikan secara berjemaah.

"Allahuakhbar!" Tu dia Faith saya. Astaghfirullah! 

-ˋˏ✄┈┈┈┈

"Akak akak akak!" Tangan aku ditarik oleh Anayra 

"Ye Anya?" Aku menyelitkan rambut Anya ketepi telinganya.

"Jomlah Anya bawa akak jumpa  Abang Pet!" Tanpa menunggu balasan aku Anayra menarik aku keluar dan kelibat Faith, Raid, Rayden, daddy dengan seorang lelaki sebaya daddy tengah berborak. 

"Abang Pet!! ni akak yang Anya bagitau tu hehehe" Anayra tertawa kecil. Dahi aku dah berkerut. Kau cerita apa ni Anya oi

"Kenapa ni Anya?" Soal lelaki yang sebaya daddy dan aku rasa tu ayah dia kot 

"Ni akak ni baik ayah. Dia tolong Anya shishi siap tolong Anya duduk atas mangkuk tandas" Ya Allah budak ni. 

"Lah terima kasih tolong anak uncle ni haih suka hati dia je" Kata ayah Anya 

"Ni anak aku Ham. Adhiya Afira Insyirah. Insyirah ni daddy Faith. Uncle Abraham" Aku menundukkan kepalaku tanda hormat 

"Haa kenal kenalah dengan bakal bapa mertua kau tu" Bisik Rayden perlahan. Kaki Rayden aku injak dengan kuat

"Oh anak kau rupanya ni Amar. Nampak macam sebaya anak aku tu Faith" Ok. Aku awkward dah kat sini. Budak Anayra tu dah blah main dengan kanak kanak entah wujud ataupun manusia jadian. 

"Uncle, Insyirah tu satu kelas dengan Faith wooo" Sampuk Raid dan bahunya ditolak kuat oleh Faith 

"Lah kecilnya dunia ni, boleh kahwi-" 

"Aik Faith nak kemana tu?" Raid menjerit apabila Faith dah pergi menghilang ke dalam masjid. Maka aku pun perlahan lahan masuk kembali ke dalam masjid untuk mencari si kembar 

"Dhiya" Aku segera memalingkan wajahku ke kanan. Muka tampan Faith menjadi santapan mata aku 

"Esok petang kau free tak?" Soal Faith. Untuk kali ni aku rasa dia memandang aku lama sebab mata kami bertentangan buat seketika dan aku yang pertama memutuskan panahan mata kami. Ayat aku pun tak teratur jadinya 

"Kenapa? Esok petang free kot" 

"Kau nak tak tengok aku berlawan?" Aku memandang Faith dengan pandangan bengang 

"Berlawan apa?" Wah ni soalan dibalas dengan soalan 

"But remember this, you won't be able to leave my life anymore" Entah kenapa suara Faith tiba tiba menjadi perlahan dan seakan akan mengugut aku. 

DHIYA'S LOVE ©Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt