ʚ┊25 ❝ 𝐀𝐝𝐚 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐧𝐚𝐤 𝐡𝐚𝐧𝐭𝐚𝐫 𝐫𝐨𝐦𝐛𝐨𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐦𝐢𝐧𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐞𝐥𝐞𝐩𝐚𝐬 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐪𝐮𝐚𝐥𝐢𝐟𝐲𝐢𝐧𝐠 ❞

1K 48 2
                                    

"Nasiblah baik kelas kamu semua ni dapat jawap soalan ustazah. Semalam bukan main ada candlelight dinner" Aku menutup mataku untuk menutup rasa malu yang terbit. Ustazah ni nak sindir aku dengan Faith ke apa.

"Betulke ustazah? Siapa ustazah" Soal Hayyan dengan nada yang penuh teruja. 

"Entahlah Hayyan. Siap suap suap lagi. Agaknya siapa ye Insyirah?" 

"hah?" Soalku terkejut. Semua mata memandang aku 

"Kamu rasa siapa ustazah jumpa semalam eh" Ustazah Yusra menaikkan keningnya berkali. Aku hanya memandang mata ustazah dan mengangkat bahu aku tanda tak tahu. 

"Tapi takpe, nasib baik budak berdua tu dapat jawap semua. Jangan lupa beberapa hari lagi qualifying. Ustazah nak kamu semua buat yang terbaik" 

"Faith, tolong ustazah bawa beg" Faith menolong ustazah membawa begnya dan ustazah memandang aku

"Insyirah cemburu ke?" Menyesal aku minum sebab pipi aku dah membahang

"Chiyeee chiyee" Kenapa kawan kawan aku kejam sangat. 

"Mana ada ustazah!" Sangkalku laju

"Dah dah jangan nangis. Sini kamu bawa kertas ni" Aku segera memakai mask aku kembali apabila ustazah mengarahkan aku untuk  membawa kertas tugasan kitorang. 

Faith sudah berjlaan dihadapan dan aku jalan dibelakang ustazah dengan pipi yang masih terasa bahang panas

Suapan Faith terhenti apabila kami berdua disapa oleh Ustazah Yusra

"D-dah ustazah" Sahutku perlahan

"Hmm baguslah. Kalau esok kamu berdua tak tak dapat jawap soalan ustazah siap eh. Ustazah hebohkan nak ke tak nak?" Soal Ustazah Yusra

Aku menggelengkan kepala aku 

"Dah, sambung suap suap. Malu malu pulak. Ingat ustazah tak nampak ke korang? kecik kecik dah pandai main candlelight dinner" Ustazah Yusra menggelengkan kepalanya berkali kali

"love, kau dah kenapa tunduk sangat tu?" Bisik Faith perlahan. Aku mengangkat kepala aku. Eh mana ustazah

"Ustazah pergi kantin. Kau ni mengelamun je" Faith mengambil kertas yang aku pegang. 

"Eh Faith tu-" Faith mengecilkan matanya. Aku mengehembuskan nafas aku kasar

Aku menunggu Faith di luar bilik guru. Nak masuk pun bukan aku nak letak kertas tu. Faith tu yang bawa. 

"Ha Adhiya Afira Insyirah semalam kantoi candlelight dinner dengan Muhammad Faith Elyasa" Ustazah Kenit menolak nolak bahu aku. Ustazah ni buat aku terkejut 

"Ustazah gossip eh. Tak baik ustazah" Aku menggelengkan kepala aku

"Suka hati ustazah lah! Dah tepi tepi" Badan aku ditolak perlahan. Baru aku perasan aku berdiri tepat tepat pintu bilik guru

Ustazah Kenit semakin melebarkan senyumannya apabila Faith keluar dari bilik guru. Faith memandang aku dan Ustazah Kenit lama sebelum dia mejatuhkan pandangannya

"Aiyoyoyo tunggu pakwe rupanya!" Laung ustazah. Aku segera melarikan diriku cepat

"Dah kenapa ustazah tu?" Soal Faith. 

"Dia tahu hal semalam. Biasalah Ustazah Kenit en" Aku dan Faith masuk ke dalam kelas dan Sir Huzaem sudah memulakan pembelajarannya. 

-ˋˏ✄┈┈┈┈

Aku mengesat air mata aku yang jatuh sambil memandang calendar. Sempat ke aku nak hafal semua subject ni? Dada aku terasa sempit sampaikan aku susah nak bernafas. Macamana kalau aku tak sempat nak hafal dan belajar semua tajuk tajuk ni untuk qualifying? Aku kena cover juga semuanya sebab qualifying ni target untuk peperiksaan besar yang tak lama lagi akan berlangsung. 

Aku dan Faith juga dah tak selalu luangkan masa bersama sebab masing masing dah mula sibuk. Aku juga sudah jarang nak keluar dari bilik sebab nak hafal. Makan dan minum aku juga tak teratur begitu juga dengan jadual tidurku. Haih. 

Aku mengambil buku tafsir sebab tafsir ni susah nak target. Aku membuka tajuk 3. 

' Tetap semangat baby ' Aku mengukirkan senyuman aku. Aku ingat ni waktu aku dan Faith satu kumpulan sebab nak jawab quiz. Aku nak tidur lepastu Faith tulis tu. Haih. Semangat Dhiya! 

Aku mula menghafal tajuk 3 dengan tenang. Aku paksa diri aku juga untuk menghafal sebab aku ambil masa yang sangat lama untuk menghadam. 

Tiba tiba aku terkenangkan hubungan aku dan Faith. Hubungan kami ni tak ada masalah. Saad pun sudah tak lagi menganggu Faith begitu juga dengan ayah Rubina. Dan apa yang aku dengar dari Faith ayah Rubina dimasukan lagi ke dalam penjara sebab terlibat dalam organisasi haram. Walaupun mak Rubina kaya dia tidak mengikat jamin dan tidak ingin mengeluarkan suaminya dari penjara. Aku juga baru tahu yang Rubina selalu kena abused oleh ayahnya. Haih. Kesiannya dia

-ˋˏ✄┈┈┈┈

Aku duduk bersimpuh di atas tikar yang aku bawa. Batu nisan milik arwah mummy aku usap. 

Mummy, Insyi rindu mummy. Insyi nak ingat wajah mummy. Air mata aku jatuh. Mummy awal sangat pergi. Daddy mengusap belakang aku dan dia mula membuka air asah asahan untuk dituang atas kubur arwah mummy.

"Balik jom Insyi. Solat asar" Aku dan daddy masuk dalam kereta daddy dan menuju balik ke rumah. Aku membuka tudung aku dan dilemparkan masuk dalam bakul. Tandas aku tuju dan mula membasuh muka aku. Cemburunya aku dengan orang yang masih ada mak

Selepas menunaikan solat asar aku menemani nek umi yang menyediakan minum petang. Hubungan aku dan nek umi kadang kadang renggang dan ada kalanya rapat sangat. 

"Dah sedia ke nak qualifying?" Soal nek umi. Aku menganggukkan kepala aku. Sedia ke tak sedia masih tetap berjalan kan qualifying

Aku tolong nek umi untuk membawa pinggan yang berisi cucur udang. Panas wo! 

"Ni tok walid ada sesuatu nak bagitau kamu Insyi. Tok walid dah bagitau daddy kamu cuma daddy kamu nak tok walid yang sampaikan" Daddy memandang aku dengan senyuman yang lain macam

"Apa dia tok walid?" Soalku sambil tangan mengambil cucur udang 

"Ada orang nak hantar rombongan meminang selepas kamu qualifying" Kunyahan aku terhenti dan aku memandang tok walid. 

Agak-agaknya siapa yang nak hantar rombongan meminang tu eh? 

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Agak-agaknya siapa yang nak hantar rombongan meminang tu eh? 

- January 22, 2023

DHIYA'S LOVE ©Where stories live. Discover now